Friday, August 21, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke?
Dah baca A Kahfi ke belum? hihi
Kalau belum, jom luangkan masa baca Al Kahfi sekejap



Sarapan apa pagi ni?
Aku sarapan cekodok je, tu pun bancuh tepung segera cekodok bilis Adabi
Rajin sangat kan....

Sunyi dah rumah
Abam dah ke sekolah, Sikenit dah ke tadika
Kakak je sekolah sesi petang ada meneman
Tu ada duk study hari ni last exam

Jap lagi nak masak lunch untuk kakak kesekolah
sibuk kan suri rumah?
sapa kata suri rumah banyak masa lapang?
huhu


Dah hampir 3 bulan aku jadi suri rumah tak rasmi (masih mc)
Hujung bulan ni last day sebagai pekerja
dan secara rasmi September aku memegang title baru
Sebagai SURIRUMAH SEPENUH MASA
jawatan yang tak pernah aku terfikir akan dipegang sebelum pencen
aku ingat paling tidak akan berkerja sampai umur 45 (kalau pencen awal)
tak sangka Allah rancang lain, bersangka baik padaNya

Ramai gak yang tanya, apa planing aku lepas ni?
Nak cari keje lain @ memang taknak keje dah?
sebenarnya aku pun tak pasti
apa pun aku nak buat, tunggulah lepas bersalin Jan 2016 nanti
Kembali cari kerja @ teruskan duduk rumah
Tapi aku ada planning nak bekerja dari rumah
tengah mencari2 apa yang sesuai dengan minat
# banyak benda yang dalam kepala ni, tapi tak tahulah yang mana menjadi realiti

Oklah korang, sambung nanti
Take care semua
Pada yang bekerja, diucapkan ' Happy Working' ye

kbai



8 comments:

  1. selamat menunggu hari Irfa,, insha Allah kat mana2 pun ada rezeki janji ada usaha kan,,, selamat maju jaya dan harap pilihan tu adalah pilihan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga,,,

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT IRFA..APAPUN YG DILALUI DIHADAPI BANYAK2LAH BERSABAR ADA RAHMAH DISEBALIK SETIAP SESUATU YG BERLAKU.

    ReplyDelete
  3. SAlam JUmaat..thank you Irfa bagi reminder...InshaALLAH, nanti Nany habiskan sket lagi Surah Al-Kahf tuh..baca sket2. I feel you bila jadi SAHM ni..Nany dah resigned after 10 years di dunia kol 8-5..kadang2 more than that. Alhamdulillah..sy happy skrang. Ingat nak buat entry pasal SAHM juga nanti. Dari Working mother ke Stay at home mother. Setiap kerjaya ade cabaran nya..dok kat rumah pun sama jugak... hehehe

    ReplyDelete
  4. salam jumaat irfa..")

    best laa jdi surirumah.. untung sangat.. doakan wawa juga 1 hari nanti ye..")

    ReplyDelete
  5. Kak zai pernah kecewa bila jadi surirumah sepenuh masa disebabkan anak sakit. Tapi sekarang rasa gembira bila anak2 dah besar dan berjaya dalam pelajaran dengan bimbingan kak zai sendiri.

    ReplyDelete
  6. mungkin DIA nak beri sesuatu yg lebih baik dari yg ada pada hari ini

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)