Skip to main content

Cerita Aidil Adha 2015

Hai semua...

Tak tipu, memang aku sangat-sangat malas nak update blog sekarang, aktif hanya di laman muka buku, setiap 5 minit post, hehe. Tipu jelah, tapi memang ada lah post status kat FB paling tidak sekali sehari. Selalunya post gambar makanan je kot

Tapi hari ni paksa diri menulis seperenggan dua Cerita AidilAdha 2015 sebagai kenang-kenangan. Bagi yang mengikuti dari awal, mesti akan ingat yang aku diduga dengan 'sakit pinggang' bermula May dan itu membuatkan aku tak dapat balik beraya pada AidilFitri yang lalu, bukan saja tak dapat balik kampung beraya, tapi jugak memang tak kemana2 kerana kudrat sangat terhad (bila di kenang balik bagaimana aku mengharapkan belas ihsan yang tersayang untuk bergerak, memang menitik airmata, huhu). Alhamdulillah, dengan izin Allah kesihatan bertambah baik. Mengah sikit tu biasa lah bila perut makin membesar, kini dah masuk 6 bulan pun.

Okey, meh kita bercerita tentang AidilAdha yang disambut pada 24 September 2015 yang lepas. Memandangkan enAbe tak dapat cuti raya, jadi aku dan anak2 balik kampung dengan CikViva dan sorang lagi adik pompuan. 2 hari sebelum raya, kami bersempit2 dalam myvi adik untk pulang ke kampung, Aku gilir drive dengan CV, Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung tanpa kesesakkan lalu lintas, mungkin ramai yang dah balik awal kot

balik kampung oooo balik kampung
perjalanan lebih kurang 8 jam sebab kami jalan santai2 je
Malam raya, kami adik beradik buat BBQ panggil sedara mara terdekat, 10 ekor ayam dan 5 peket bihun jadi santapan, Seronok makan ramai2 sambil borak2, maklumlah lama tak jumpa, semua ada komitmen, bukan senang nak berkumpul



Raya pun tiba...

Beramai2 ke masjid solat AidilAdha, pastu sesi berfoto walaupun tak cukup korum, Cam biasalah nak ambik gambar semua orang macam main kejar2 je, jadi kita abaikan lah yang takde tu. 

eh! mana lagi semua orang nih?
okey, say cheese
(^_^)
Anak2 happy dapat tengok orang sembelih lembu qurban


Kami berada di kampung selama 4 hari, Aktiviti aku selepas hari raya pertama ialah makan, tido, makan tido je, Sabtu kami bertolak balik, Alhamdulillah sekali lagi kerana perjalanan balik pun berjalan lancar tanpa kesesakkan lalu lintas. Mungkin kerana kami balik awal, ada kawan2 yang bertolak hari Ahad mengadap jem sampai berbelas2 jam. 

Okey, itu je kenangan AidilAdha kami ....


Comments

ct cheery said…
Hehe still lagi nampak meriah.Selamat hari raya
IndaMarya said…
dear Irfa, bestnya raya kat kampung kan...boleh nmpak evryone enjoy.
uncle gedek said…
kampung tanpa kesesakkan lalu lintas?

kampong mana ni? macam tak caya je?
Nieda Ramly said…
dah boleh memandu tu ...itu sudah bagus
nini said…
Meriahnya beraya kat kg

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')