Friday, October 16, 2015

Cuti-Cuti ke Penang Episod 1: Perjalanan Merentasi Jerebu Dari Nilai ke Penang

Ni kisah awal October ( 3 dan 4 October 2015)
Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Pinang (Penang)

Sebenarnya dah lama teringin nak Jalan Jalan Cari Makan ke Penang
Sebelum trip ke oversea lagi aku asik menyanyi kat telinga enAbe
Tapi ada je halangan
selalunya halangan cuti lah
maklumlah waktu tu aku bekerja normal hour dan enAbe keje shift
pastu kalau nak cuti kena tunggu anak2 cuti sekolah
ada jelah halnya yang menyebabkan plan kensel

Kali ni bila EnAbe free, terus kami pack baju
takde nak fikir2 dah, semua urusan cam biasa lah, enAbe uruskan
aku urus pack baju je reti, huhu

Sabtu, seawal 7.30 pagi kami dah gerak dari rumah
masa kuar rumah aku nampak jerebu tebal sungguh
sampai terfikir, ni jerebu ke kabus?

Tapi tak silap mata memandang, lalu KL pun jerebu dan sampai ke Ipoh pun masih sama
Tapi anak2 happy je dalam keta sebab nak cuti kan?

macam2 gelagat sepanjang  4 jam perjalanan
yang paling tak sabar ialah sikenit
'lama lagi ke ayah, nak sampai hotel, kita nak swimming'
tu jelah soklannya sepanjang jalan
dalam perjalanan kami singgah ke Bandar Baharu (Kedah kot)
Ada kenalan EnAbe buat kenduri kahwin anaknya
kebetulan lalu singgah makan nasi kenduri

cantik kawasan perumahan tepi sawah ni
Selesai makan kenduri, perut pun dah kenyang
Maka perjalanan diteruskan

Merentasi Jambatan Pulai Pinang ibarat kereta terbang atas kepulan awan
tak nampak laut pun kiri kanan
yang nampak cuma asap putih semata
Menuju ke Hard Rock Hotel tempat kami menginap malam tu
anak2 sangat teruja dengan hotel ni hingga mintak nak duduk lama
nanti kita share tentang hotel ni ye

Pinjam gambar google
Sambung next episod
# saja je nak buat per episod, sebab nanti takde idea nak update blog
aci tak?
haha

6 comments:

  1. Alhamdulillah masa akak pergi kat sana belum jerebu..tapi masa tu kat KL mmg jerebu teruk...
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.my/2015/10/pulau-pinang-part-1-bukit-bendera.html

    ReplyDelete
  2. Memang cantiklah permandagan rumah tepi sawah tu..
    Elok lah dapat nasi kenduri sebelum bercuti tu..

    Tak sabar pulak akak nak menunggu next entri irfa

    ReplyDelete
  3. WAH CUTI2 MALAYSIA KE PENANG YA IRFA...SERONOK TU..TAPI XDPT WAJAH INDAH PENANG SBB JEREBU YER...BOLEH GI LAGI UJUNG TAHUN NI..KAN CUTI SEKOLAH LAGI.

    ReplyDelete
  4. wah mesti syiok..nak tunggu next entri pulak ^_^*

    ReplyDelete
  5. irfa, menantu ketiga saya org Penang.jadi kerap sgt la ke Penang.bru2 ni murid2 saya ke Penang lepas UPSR .saya tk prgi.kalau KL bolih tahan gak.Penang dh selalu sgt.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)