Skip to main content

Cuti-Cuti ke Penang Episod 2: Hard Rock Hotel Penang dan Jumpa Sahabat Blogger

Lebih kurang jam 3 petang, kami pun sampai ke 

makin bolat si abam ni
riben pink comel ni menarik perhatian aku masa mula2 melangkah masuk ke hotel
lama aku perhati, rupa2nya ialah di buat daripada 'coli'
terlebih kreatif nih

lampu bertulisan 'Hard Rock Hotel' di lobi
EnAbe booking online, ambik bilik Lagoon Deluxe
memang pilih bilik ni khas untuk anak-anak yang suka berendam
sampai2 je kalau boleh nak terjun ngan baju-baju sekali
sebab pool depan mata, umie boleh rilex monitor dari atas katil je
berendamlah korang sampai kecut ye

acara berendam bermula
umie kat mana?
layan internet atas katil, haha





Antara aktiviti untuk anak-anak ialah Mandi Buih
ni aku tak pegi, enAbe yang temankan diorang kesana
aku banyak lepak dalam bilik je
Dah penat berendam, konfemlah semua kelaparan
nak keluar malas, kita order makan hantar ke bilik
tapi pizza jelah buat lapik perut
kejap lagi nak keluar cari makan kat luar dan aku ada temujanji dengan seseorang
tak sabar nak jumpa 'si dia'


Malamnya, jam 9 malam kami keluar
tak jauh pun, dekat2 hotel je
dah janji ambik dia utk temankan kami gi makan

perkenalkan Cikgu Luna, sahabat alam maya
termasuk kali ni kalau tak silap dah 4x kali kami bersua muka
kami kenal waktu aktif berblog tahun 2006
#sekarang sahabatku ni cuma aktif di FB, mungkin dia dah lupa password blog, hihi

tengok lah kami berdua bila berjumpa, dedua berebut nak bercerita
eh!sapa yang nak mendengar ni kalau semua nak bercerita? hihi

Pastu jalan2 kat pasar malam depan tu cari souvenier, semestinya kakak akan beli untuk kawan2
aku beli FM utk diri sendiri dan dapat loceng aka bottle opener sebagai kenangan dari Cikgu Luna
tq fren, kring kring kring


Lebih kurang 11 malam, kami pun berpisah
moga jumpa lagi sahabat

sambung lagi untuk kisah esoknya

(^_^)



Comments

paridah said…
seronoknya anak2 irfa berendam di kolam hotel ya...selesa nampaknya nginap di situ...n dpt jumpa kwn blogger pula...teringin juga nk jumpa irfa ni..tah bilalah tu..
Kakcik Seroja said…
Seronoknya bila dapat bersua muka dan berkongsi cerita... :)
Assalam Irfa.. masa mula2 HRP ni buka.. akk ada pergi.. pergi ambil gbr jerlahhh.. tak stay pun. Salu jugak berangan nak stay sana.. tapi selalu ter'stay' kat tempat lain... hahaha. Dia ada private pool yang boleh lompat terus dari bilik ke??? Sbb selalu nmpk pool tu kat luar.. tak perasan bersambung dgn bilik. Mandi buih tu cam seronok jer.. rugi Irfa tak join.

p/s : mesti ada yg senyum kambing tengok Irfa dok tenung riben 'bra' tu.. hahahaha
Kakzakie Purvit said…
Bukan lupa password tapi ramai yg dah malas nak berblog sekarang ni..
Anak-anak juga yg terlebih happy kalau jenjalan macam ini.
HeNRieTTa JoSe said…
kreatif sgt simbol pink ribbon tu....bdk bdk klu dpt berenda mmg sronok la...FM...yeyy....
sweetie said…
Sapalah yang begitu kreatif menjahit pink ribbon tu... saya rasalah kan Irfa... agaknya banyak sangat jumpa coli yang di tinggalkan oleh penginap hotel tu... langsung di kutip dan di buat hiasan... apa kata coli2 lama kita, kita kumpul balik dan buat kraftangan kemudian framekan dan gantung dalam bilik tidur kita.... bilik tidur kita je ye... hahahhaha... (just kidding)
shida said…
hahahaa.... dari coli.. lain mcm ja maksud tersirat hotel ni. kikiki...
mesti mahal hotel cam gini.. satru mlm berapa RM kak?
Angah said…
bestnye kolam tu boleh nampak dari atas katil...
Mulan said…
Seronoknya ke Penang dpt jumpa luna lagi.. Bila ehh kita nak jumpa lagi.. Lama tak rewang KL ni.. Tunggu cuti sekolah kot.. Take care ya..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')