Skip to main content

IKEA Berhantu

JANGAN MARAH YE, SEKALI TAJUK SERAM DAAA....

Gempak je lebih, kena saman ngan Ikea baru tahu. Sebenarnya bukan cerita hantu, tapi memang berhantu kalau sesekali ke Ikea nih. Aku boleh kira baru 3x kali (termasuk kali ini) ke Ikea sejak kewujudannya di Malaysia. Kenapa jarang pegi? Sebab bukan dekat, pastu boleh agak kalau pegi mesti terjebak, jadi aku memang elak untuk kesana. Tapi Mil dan Sil boleh kata tiap minggu kesana, kadang2 jeles gak umah diorang semua barang Ikea, cantik2 pulak tu, huhu.

Sebenarnya sekarang tak susah nak beli barang Ikea. Dah ramai yang jadikan kerjaya sebagai Personal Shopper Barangan Ikea sekarang ni, kebanyakkan mereka adalah surirumah yang mencari duit sampingan, aku pun dah beberapa kali beli barang dengan diorang, tak mahal pun diorang charge, dalam rm10-15 je untuk satu barang. Kalau pegi sendiri, aku rasa lebih dari tu. Dengan kos minyak, masa dan terbeli benda yang tiada dalam list, hihi.



Ahad lepas balik Cheras, Petang tu SIL yang baru jadi pengantin tu nak gi Ikea, so Mil dan aku ngikut ler. Dalam hati dah pasang nekad, taknak terjebak. Okey, just wait n see

'KakCik' mintak ambik gambar dengan bilik idaman. Alahai, dah besar anak dara kenit omie ni, dah ada cita2 nak bilik sendiri.


Itu bilik idaman 'kakcik'




Ini pula SOHO Small Office Home Ofiice idaman umie
kalau cantik camni, mesti sehari 2/3 kali post entri


tapi ini pula SOHO realiti umie, hihi
oklah dari takde kan?


walaupun tak secantik SOHO idaman, aku belajar untuk istiqamah update blog
hehe


kbai, jumpa lagi bila free

Comments

paridah said…
cantiknya bilik kecil idaman kakcik...moga tercapai hajatnya tu..
Izwa Kamaruddin said…
takpe ummi slow slow soho akan di upgrade ;)
Aisy Nasiha said…
Waa.. lawanya soho idaman tu.. saya baru nk wujudkan soho..kononnya insaf nk bersungguh2 buat keje kat rumah.. kalau tak biasa meniarap kat ruang tamu je..
sweetie said…
ooo peminat Ike jugak... samalah kite... kalau ke sana tak boleh tidak mesti ambik satu barang walaupun tak plan nak menyoping... paling tidak pun makan kat cafenya... hehehhe
lieyalatif said…
ishh betul tu .... kalo pergi konon nak gi makan jek, sah2 terjebak gak membeli..waloo pun sekecik barang mesti ade punye..... mmg lieya setuju kalo tajuk entry irfa bagi ikea berhantu kekekeekekeke.....
Unknown said…
ok lah ada SOHO gak daripada aku.. meja soho tak siap siap lagi nih..hahaha
Dr K said…
Oooo..1st time tau ada yg buat kerja Personal Shopper Barang IKEA ni..hahaha
Mahsyuk tu..kot satu barang dia charge RM10,dapat order belikan 20 barang sehari?
pB said…
insyaallah ....satu hari mampu
Irfa said…
DZ..
Jgn x caya, kwn sy jual tapuwe ikea tutup hijau tu 200 set bulan lps. Dlm bonet keta dia ada mcm2 brg Ikea. Skrg kn gi ikea 2 kali smggu ambik brg. Rezki org rajin
Irfa said…
Rai..
Sbnrnya beli printer utk kakak, tu yg tiba2 ada soho utk umi
Irfa said…
LieyaLatif..
Mmg pun. Dlm kt x nk beli apa2 tu pun tah hapa2 dibeli nya,huhu
Irfa said…
Sis Sweetie..
Klu mmpu satu rumah nk isi brg ikea sbb ia comel. Tp sy ni x pyabar klu nk diy. Nk psg satu2 brg dgn segala skru tu mmg boleh buat sabar sy hilang, kafe tu baru mkn sekali jr, itu pun jenuh tggu meja kosong
Irfa said…
AisyNasiha..
Tumpang sudut ruang tamu, lgpun nk mniarap dh x selesa skrg, kn cari kerusi jgk
Irfa said…
Idzwa..
Insha Allah
Irfa said…
KakParidah..
Dh ada pun katil dia dlm bilik kakak tp bila mlm nk jgk myelit dgn umi ayah. Hihi

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')