Wednesday, October 28, 2015

Kursus Memulakan Perniagaan

Hai korang

Dah lunch ke?
Hari ni aku kontrol makan, malam tadi dah start puasa dari jam 10 malam
Ujian mengandung kali ni sama macam masa mengandung si 'kakcik'
Ada kencing manis
Sebulan sekali kena ulang ambik darah untuk kencing manis
Bulan lepas terlebih berat 2 kg, bulan ni pulak ada kencing kotor
Bacaan gula naik sikit tapi masih dalam kawalan
Harap2 sampai bersalin takde la sampai kena cucuk insulin, huhu

Okey, nak udpate kisah minggu lepas yang pergi kursus selama 3 hari tu
Sebenarnya ni adalah kursus yang ditawarkan oleh ex kompeni
Bagi staf yang diberhentikan kami diberi 3 pilihan
1- cari kerja
2 - kursus memulakan perniagaan
3- pengurusan persaraan

Aku takde niat nak cari kerja dalam masa terdekat, jadi aku pilih memulakan bisnes
Sebenarnya aku pun tak pasti nak mulakan bisnes apa
Tapi tak salah kita join kelas untuk dapatkan ilmu

Dalam kelas selama 3 hari tu di ajar serba sikit macam mana nak buat kertas kerja
simpanan kira-kira
cara kira untung rugi
tapi bukanlah secara detail, cuma asas je
# aku  datang kelas dengan CikViva, aku paksa dia temankan aku, haha
Sementara dia pun takde buat apa searang
Alhamdulillah, dia dah dapat kerja baru, Nov nanti start



baju hitam tengah2 tu coach
bagus cara penyampaian, aku langsung tak mengantuk selama 3 hari kelas
pandai tackle audion
Hari terakhir kelas, kami di suruh bentangkan kertas keje
apa jenis perniagaan yang ingin dijalankan nanti
jenuh aku fikir nak buat bisnes apa
akhirnya secara spontan, aku pilih bisnes Transit House
Rumah transit khas untuk pelajar tadika dan sekolah rendah 
kawan2 ada yang pilih nak buat homestay, bisnes catering, bisnes servis aircond
semua bersemangat
# tepuk tangan semua, moga tercapai cita2

Dalam debar2 aku bentang kertas kerja aku yang caca marba
takpelah, yang penting usaha
bila dah bentang baru kita nampak dimana kesilapannya
memula tu cara kira aku langsung tak mendatangkan untung
modal lagi banyak dari keuntungan bulanan
siap kena keluar duit poket sendiri lagi
Berkat tunjuk ajar dari Coach, akhirnya kertas kerja aku dibaiki
dia bagi tips apa yang perlu di tambah dan apa yang perlu di kurangkan
Sebenarnya bukan senang nak memulakan bisnes
Silap kira memang boleh terlungkup

Walaupun bisnes Transit House bukanlah ada dalam cita2 aku
tapi kalau ada yang minta pendapat, mungkin aku boleh kongsi ilmu
# bukan senang nak handle budak2 ni, kena banyak sabar
dan aku bukanlah yang penyabar dengan kanak2, huhu

Okeylah, itu je nak share
see u next entri
jap lagi jam 2 petang nak gi ambik darah untuk kali ke3 hari ni
harap bacaan okey, tadi aku makan nasi sikit je, air masak je banyak


(^_^)


3 comments:

  1. MOGA BERJAYA DLM BISNIS YG JADI PILIHAN IRFA...BAIK2 JAGA KESIHATAN DIRI...

    ReplyDelete
  2. insya alalh ada ilmu yg bagus, mentor yg sedia membantu... segalanya akan berjalan lancar...mudah2an

    ReplyDelete
  3. wah best sangat dapat ilmu begini ..free lagi best

    coach ada buat utk public tak..boleh share fb dia ke...mcm minat je

    home transit mmg mencabar sbb deal dgn budak2 kan
    tapi kalau boleh handle oklah...sbb sekejap je..good luck wani

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)