Skip to main content

Rutin Harian dan Kisah 'Kak Cik' Yang Bakal Menjadi Kakak

Salam Sayang Setulus Embun Pagi Untuk Semua
Embun lah sangat, jerebu je yang ada sekarang nih
hihi

Baru balik hantar 'kakcik' ke tadika
Hari ni, jiran yang selalu aku tumpangkan kenit demam
anak dia dicutikan, so aku kenalah hantar kenit
si kenit ni kalau boleh nak umie hantar dia hari2
senyum lebar pagi ni bila kejut bangun
sambil cakap 'hari ni umie hantar kakcik gi skul ye'

sekarang duk ketagih mewarna di Ipad
tekun dia kaler satu2 bentuk tu
Ini KakCik, bakal jadi kakak lagi sebulan dua
Prihatin sangat bila dengar umie ngadu penat
'umie bertahan okey, nanti kita jumpa doktor'
so sweet lah kakcik ni tau
pastu slow2 dia gosok perut dan bercakap dengan baby
'hai baby, kakcik ni, baby dah makan ke belum?'

dia suka melukis dan mewarna selain tengok kartun
antara hasilnya, kalau boleh di frame kan mesti cantik ni kan?
Sekarang rutin harian aku bermula selepas subuh
Kejut anak2 bangun dan solat Subuh
pastikan abam sarapan sebelum ke sekolah
pastu tunggu dan tengok abam sampai naik bas
okey selesai bab abam

ada masa 1/2 jam sebelum kejut 'kakcik' bangun
sempat lah baca Qur'an kejap
# ada beberapa surah yg wajib baca setiap hari
dan aku akan pastikan habis baca sebelum aku masuk tido malam nanti
setiap hari berazam tambah bekalan  'di alam sana'

7.30 kejut kakcik bangun, mandi dan siapkan pakai uniform
tanya dia nak sarapan apa
selalunya dia makan karipap (wajib ada karipap frozen dalam peti ais)
kadang dia makan cornflake dengan susu je
pon pon, jam 8 pagi transport datang untuk ke tadika

lepas tu aku buatlah apa aku suka
aktiviti bebas, hihi

selalunya masak ala kadar sebelum kakak ke sekolah

Jam 12 tgh hari kakak ke sekolah dan kakcik pula balik tadika
masuk je rumah, mulut dia dah start bercerita aktiviti di tadika
cikgu cakap apa, kawan ngan sapa, makan apa
bla bla bla
potpetpotpet

hidup aku sekarang cuma rumahtangga dan anak2
sesekali datang jugak rindu zaman bekerja
emm, bukan senang nak lupa benda kita buat berbelas tahun
tapi cubalah biasakan diri
orang kata
'alah bisa, tegal biasa'

moga baik2 je untuk kita semua ye

(^_^)



Comments

Kakzakie Purvit said…
Eh... Irfa dah berhenti atau cuti sebab nak tunggu baby deliver? Atau kakak yg tertinggal bas.
Apa pun moga semuanya berjalan lancar dan baik-baiklah semuanya.

Kreatif kakcik mewarna walau dlm ipad. Pandai pilih warna.
paridah said…
rajinnya kakcik yg comel tu mewarna ipad cantik sgt..hadapi hidup ni dgn gembira irfa...
Kakcik Seroja said…
Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan hidup kita...

Bijak kakcik ni. InsyaAllah akan menjadi anak dan saudara yang penyayang. :)
makchaq said…
Seronok bila dapat urus anak sendiri..
Makchaq masa anak2 kecik pernah cuti 3 tahun.. rasa tak nak balik bekerja.. tapi keadaan x mengizinkan nak berenti terus masa tu...
uncle gedek said…
serious cantik!

print kaler dan frame lah...
sweetie said…
Seni orangnya kak cik tu dan berjiwa lembut. print dan framekan kerja seninya tu Irfa.

Dah tak lama tu... bakal terima org baru... nak bersalin kat mana nanti... yelah ada jugak hikmahnya tak bekerja skrg... masa ni boleh gunakan utk menambah bekalan akhirat pulak.. insyaAllah! Toksah risau2 dan fikirkan sangat tak kerja lagi tu Irfa... nanti ada efek kat baby dlm kandungan pulak.
Unknown said…
Tapi sekarang ada lebih banyak masa untuk tambah bekalan kesana ..kan??

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')