Thursday, November 19, 2015

Rombongan Menghantar Menantu

Catatan sebagai kenang-kenangan kerana ini antara perkara bersejarah dalam family.

Kisahnya, malam Sabtu lepas, kami sekeluarga bersama family enAbe bertolak ke JOHOR kerana pada hari Sabtu tu ada majlis menyambut menantu (adik pompuan en Abe yang last bertemu jodoh dengan jejaka dari Felda Sg Sibol, majlis dipihak kami telah berlangsung ada September lepas tapi aku masa tu takde mood nak berblog, so aku tak share pun kisah mereka kat blog, hehe).

Hampir 3 jam perjalanan, kami selamat sampai ke homestay yang disediakan oleh pihak lelaki dengan bantuan en Waze. Sampai pun dah dekat pukul 1, memang tak cakap banyak terus cari bantal jelah, hehe.

Pagi2 baru lah nampak sapa yang datang, sapa yang tak datang. EnAbe 5 beradik semua ada kecuali sorang adik pompuan yang sarat macam aku jugak tak dapat join majlis.

Lepas solat Zohor, kami konvoi ke rumah pengantin lelaki. Suka pulak aku dengan suasana Felda ni. Masa sampai malam tadi tak nampak keliling sebab dah gelap. Bila siang, nampak hijau je. Rumahnya besar-besar dengan laman yang luas, boleh muat 4/5 biji keta sekali parking. Keliling rumah tanam pokok bunga, segar mata memandang. Tiba-tiba rasa macam nak sebijik umah kat felda bila tua nanti, berangan itu tidak berbayar, sila lah berangan ye


Kepada Sil
 'selamat menjalani kehidupan berumah tangga, moga bahagia till jannah'

Bergambar sementara tunggu pasukan kompang tiba

kakak dan abam bersama kazen
'kakcik' tiada dalam gambar, sibuk makan kerepek dalam rumah, hihi
Aku rasa diorang masak sendiri kot, nampak meriah sangat macam majlis kat kampung aku. Lupa snap menu atas meja pengantin, mak buyung sibuk menyuap, sampai lupa orang keliling, haha..

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang majlis, elok kami nak balik, hujan pun turun selebat-lebatnya, sib baik sempat masuk kete, hujan rahmat katanya. Seperti biasa, enAbe sempat menyumbangkan sebuah lagu untuk pengantin (emm, dia memang pantang nampak microfon, haha)

Kami bergerak dari majlis lebih kurang jam 3.30 petang ke destinasi seterusnya, kemana ye? haha
#poyo lebih, cam ada sapa kesah pun, haha


7 comments:

  1. oooo... Irfa turun ke Johor rupanya... sedap tak masakan Johor Fa?

    ReplyDelete
  2. KENDURI KAT FELDA BIASANYA BERGOTNG ROYONG MENYEMPURNAKAN MAJLISNYA...TAPI ADA JUGA YG GUNAKAN KHIDMAT CATERING LA NI...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pasangan itu Irfa..
    Semoga berkekalan hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  4. Rumah Felda sekarang dah banyak pengubahsuain... dah cantik-cantik.... rumah batu semua.

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru..tahniah dapat ahli baru

    ReplyDelete
  6. Walau kakak bukan duduk felda tapi dah arif dengan penduduk di felda. Rumah mereka besar, laman luas, pokok bunga cantik-cantik sepanjang jalan. Makanan kalau ada majlis tak payah cakaplah melimpah ruah. Cara mereka amat baik dicontohi - gotong-royong yg amat ketara. Seronok kan.. Balik majlis mesti dapat berkat haha...

    Selamat pengantin baru buat mempelai:)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)