Skip to main content

Rombongan Menghantar Menantu

Catatan sebagai kenang-kenangan kerana ini antara perkara bersejarah dalam family.

Kisahnya, malam Sabtu lepas, kami sekeluarga bersama family enAbe bertolak ke JOHOR kerana pada hari Sabtu tu ada majlis menyambut menantu (adik pompuan en Abe yang last bertemu jodoh dengan jejaka dari Felda Sg Sibol, majlis dipihak kami telah berlangsung ada September lepas tapi aku masa tu takde mood nak berblog, so aku tak share pun kisah mereka kat blog, hehe).

Hampir 3 jam perjalanan, kami selamat sampai ke homestay yang disediakan oleh pihak lelaki dengan bantuan en Waze. Sampai pun dah dekat pukul 1, memang tak cakap banyak terus cari bantal jelah, hehe.

Pagi2 baru lah nampak sapa yang datang, sapa yang tak datang. EnAbe 5 beradik semua ada kecuali sorang adik pompuan yang sarat macam aku jugak tak dapat join majlis.

Lepas solat Zohor, kami konvoi ke rumah pengantin lelaki. Suka pulak aku dengan suasana Felda ni. Masa sampai malam tadi tak nampak keliling sebab dah gelap. Bila siang, nampak hijau je. Rumahnya besar-besar dengan laman yang luas, boleh muat 4/5 biji keta sekali parking. Keliling rumah tanam pokok bunga, segar mata memandang. Tiba-tiba rasa macam nak sebijik umah kat felda bila tua nanti, berangan itu tidak berbayar, sila lah berangan ye


Kepada Sil
 'selamat menjalani kehidupan berumah tangga, moga bahagia till jannah'

Bergambar sementara tunggu pasukan kompang tiba

kakak dan abam bersama kazen
'kakcik' tiada dalam gambar, sibuk makan kerepek dalam rumah, hihi
Aku rasa diorang masak sendiri kot, nampak meriah sangat macam majlis kat kampung aku. Lupa snap menu atas meja pengantin, mak buyung sibuk menyuap, sampai lupa orang keliling, haha..

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang majlis, elok kami nak balik, hujan pun turun selebat-lebatnya, sib baik sempat masuk kete, hujan rahmat katanya. Seperti biasa, enAbe sempat menyumbangkan sebuah lagu untuk pengantin (emm, dia memang pantang nampak microfon, haha)

Kami bergerak dari majlis lebih kurang jam 3.30 petang ke destinasi seterusnya, kemana ye? haha
#poyo lebih, cam ada sapa kesah pun, haha


Comments

oooo... Irfa turun ke Johor rupanya... sedap tak masakan Johor Fa?
paridah said…
KENDURI KAT FELDA BIASANYA BERGOTNG ROYONG MENYEMPURNAKAN MAJLISNYA...TAPI ADA JUGA YG GUNAKAN KHIDMAT CATERING LA NI...
Cantiknya pasangan itu Irfa..
Semoga berkekalan hingga ke jannah..
sweetie said…
Rumah Felda sekarang dah banyak pengubahsuain... dah cantik-cantik.... rumah batu semua.
Nieda Ramly said…
selamat pengantin baru..tahniah dapat ahli baru
Kakzakie Purvit said…
Walau kakak bukan duduk felda tapi dah arif dengan penduduk di felda. Rumah mereka besar, laman luas, pokok bunga cantik-cantik sepanjang jalan. Makanan kalau ada majlis tak payah cakaplah melimpah ruah. Cara mereka amat baik dicontohi - gotong-royong yg amat ketara. Seronok kan.. Balik majlis mesti dapat berkat haha...

Selamat pengantin baru buat mempelai:)
Madam N said…
comey pengantin pompuan

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')