Monday, November 9, 2015

Tak Pandai Mekap @ Tak Suka Mekap?

Salam Isnin untuk semua
Kejap je dah November ye
*dah bulan ke3 aku jadi suri rumah sepenuh masa*

Hari ni nak berceloteh pasal apa ye?
Meh kita citer santai-santai je

Sapa sini yang suka mekap?
Yang wajib mekap kalau nak keluar rumah?
Yang wajib touch up tiap kali lepas solat kat surau akan touch up balik mekap?

Sebenarnya ada beza antara orang yang Tak Pandai Mekap dengan yang Tak Suka Mekap?
Ada yang memang suka mekap tapi tak pandai mekap, jadi dia usaha belajar mekap
Ada yang pandai mekap tapi tak suka mekap, cuma mekap bila ada majlis istimewa

Aku spesis mana pulak ye?
Aku spesis Tak Pandai Mekap, Tak Suka Mekap dan Tak Nak Belajar Mekap (kalau nak belajar boleh je, SIL aku seorang mak andam pengantin)

Seingat aku, mekap paling tebal aku ialah masa jadi pengantin 15 tahun lalu, lama giler kan? Haha. Itupun aku ingat lagi macam mana susahnya mak andam nak lekatkan bulu mata palsu kat kelopak mata aku, sampai merah2 mata, lepas tu ada lah jugak mekap sikit2 kalau ada majlis istimewa (cth: kenduri kawen ke, dinner ke). Masa keje pakai kebaya batik hijau dulu, wajib mekap tapi aku setakat lipstik dan blusher je, selalu jugak kena tegur dengan senior bila lipstik kurang merah, huhu.

Bila keje normal shif, lagilah malas mekap. Keje ngadap kertas je, bukan ngadap orang ramai. Jadi setakat lipstick dan bedak nipis. Dan aku paling elergik dengan Foundation dan BB Cream. Penah lah habis duit beli Foundation dan BB Cream bermacam jenama yang orang kata bagus, aku pun beli jugak. Tapi pakai sekali dua, pastu simpan je dalam je dalam beg mekap sampai expired. Antara sebab aku tak suka pakai Foundation @ BB Cream sebelum ni sebabnya ada rasa benda bertepek kat muka, pastu bila cuci muka rasa macam masih melekat kat kulit. Nak tengok apa ada dalam beg mekap aku tak? Jangan terkejut pulak ye, haha.

Taraaaaaaaa

'harta karun' dalam beg mekap aku
mekap ke?
yang ada cuma lisptik, lipcare, perfume (kecemasan), lip liner, bb cream
Itu sahaja. Eh! Takde bedak kan? Pelik kalau pompuan takde bedak, tapi itulah aku. Sejak berkenalan dengan BB Cream Seqy Beauty, aku dah tak pakai bedak. Cukup dengan sapu BBCream, aku dah rasa cukup yakin nak keluar rumah, ni dah masuk botol ke 3 aku pakai. Memang puas hati. Pakai BB Cream Seqy Beauty tak terasa melekit dan berminyak, rasa cam tak pakai apa@ pun. Nak cuci muka pun takde rasa melekit.


KELEBIHAN BB CREAM SEQY BEAUTY

- Wajah tidak berminyak sepanjang hari
- Boleh jadi krim essential, menutrisi, menegang dan menghaluskan kulit
- Menutupi cela dan menjadikan tona kulit sekata
- Mencegah bintik hitam, noda dan flek di wajah
- Melambatkan penuaan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF30+ dan menjadikan kulit kekal sihat
- Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang asia
- Sebagai bedak asas


Nah belanja gambar sebelum dan selepas

maaf tak pandai sangat nak buat testimony
gambar 1 - tak pakai apa@ langsung
gambar 2 - cuma pakai bb cream dan lipstik saja

Sebenarnya  Seqy Beauty bukan jual BB Cream saja
Ada set skincare (cleanser, serum, toner, Day & Night Cream)
Terbaru ada Sakura Mask (yang ni dah masuk list nak cuba nanti)



Nak tahu lebih lanjut tentang Seqy Beauty http://seqybeauty.blogspot.my/
Nak beli online pun boleh, klik sini http://seqybeauty.shoppy.my/
Nak sekodeng IG pun boleh https://instagram.com/seqybeauty

Kalau berminat nak cuba boleh terus Whatapps 011-2107 6726



10 comments:

  1. menarik gak produk ni..saya suka mekap, tapi malas mekap..

    ReplyDelete
  2. BAGUSNYA BB CREAM NI YA ..NAMPAK NATURAL BEAUTY BILA DISAPU KE WAJAH...

    ReplyDelete
  3. saya suka mekap dan tengah belajar mekap.. hehhe

    ReplyDelete
  4. Make-up bila perlu.. i.e bila dating ngan Cik Asben or ada majlis rasmi.
    Other than that.. bedak bb Johnson pun malas.

    ReplyDelete
  5. saya tak tau makeup & tak suka makeup....cuma saya pegi keje pakai bb cream & lipstik tu pun kalau ingat hahahhaha (dah lama aku tak komen kat blog orang)

    ReplyDelete
  6. Saya tak pandai bermekap langsung.. Kalau ke majlis tertentu, hanya sekadar berbedak arab, memakai celak dan lipgloss, itu sahaja.. Itupun dah rasa 'berat' je muka.. Huhuh

    ReplyDelete
  7. saya tak suka mekap dan x minat mekap.x pndai mekap pon iye gak hikhiks.
    betul, bb cream seqy beauty mmg best..

    ReplyDelete
  8. Saya pun kategori tak suka make up... eh tapi mcm menarik pulak bb cream tu... nampak natural saja... suka... suka...!

    ReplyDelete
  9. Irfa, nampak menarik walaupun akk ni x pandai mekap, old school

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)