Saturday, December 12, 2015

Baby Baru: Keterujaan Nak Sambut Baby Baru

Datang malasnya, berminggu blog terbiar tak ber update
Datang rajinnya. rasa nak post setiap 30 minit ( pentipu sangat, hehe)

Okey, ni datang rajinnya, meh lah kita update blog ye

Baru je lepas lipat baju baby, dah beli sikit2 minggu lepas, tapi takde masa nak basuh, lagipun hari mendung je sekarang, takut lambat kering. Sebenarnya, mengandung kali ni semua kena beli baru. Yang lama semua dah let go kat orang (ingatkan dah tutup kedai, hehe). Tapi tak banyak pun membeli, hanya beli yang penting je. Boleh tahan jugak harga barangan baby sekarang ni ye, jenis aku pulak tak pandai nak survey, kalau boleh masuk satu kedai dan borong semua kat situ je, tak kuasa nak survey banyak2 kedai, penat oi nak menapak masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ada orang cakap expo barangan baby situ sini murah, aku takat dengar jelah. Berpanas dan bersesak kat tempat ramai, memang bukan aku lah orangnya.

FIRST BATCH:


model kecik nak enterframe, kasik can lah 




1- Beli barut baby dengan kakak blogger, sekarang blog dah tutup untuk invite reader sahaja.
2- Pastu beli Cloth Diaper pun dengan blogger aka kawan Facebook, still in good condition (dulu aku penah beli masa kecik 'kakcik' tapi dah jual murah2 kat kawan bila dia free diapers.

SECOND BATCH:

- ke kedai baby area Giant Nilai, masuk satu kedai je. Beli baju baby, lampin kain, sarung tangan sarung kaki, lampin yang ada tutup kepala, mandian dan jugak wet tissue

snap sekeping gambar sebelum basuh, comel2 sangat, rasa nak borong satu kedai
boleh check kat list ni bagi yang buntu nak bawak apa ke hospital nanti

okey, tu je nak share
kbai (*_*)


6 comments:

  1. baju2 baby sekarang ni cantik2 kan

    ReplyDelete
  2. WAH DH SIAP SEMUA YA...KAKCIK PUN XSABAR NK JUMPA ADIKNYA TU...

    ReplyDelete
  3. baju pun macam2 pesen , comel2 pulak tu

    ReplyDelete
  4. wah dah macam2 utk sambut baby... semoga segala nya di permudah kan utk ibu dan baby yg bakal lahir..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  6. wah semua dah siap,smoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)