Skip to main content

Kronologi Kelahiran ke 4: Baby SAA

Assalamualaikum...

Hari ni 21 Feb 2016, genap 60 hari umur baby SAA. Dah lama bertangguh nak update kisah kelahirannya pada tahun lepas, 23 Dec 2015. Hari ni aku pastikan post ini di publish, Insha Allah. Giler lama mengarang, 2 bulan baru siap satu post, haha.

Coretan ini agak panjang, sebab aku nak abadikan dalam blog kesayangan sebagai kenangan masa depan, bagi aku ia sebuah kelahiran yg cukup istimewa kerana selama 3 bulan dia 'bersembunyi' dalam rahimku tanpa aku sedari (kerana sibuk memikirkan sakit pinggang dan belakang yang dialami). Kandungan yang banyak menduga mental dan fizikal, permulaan yg diuji dengan bermacam ujian tapi pengakhiran yang sangat manis. Mengandung di usia 30an berbeza dgn mengandung di usia 20an, ni nasihat hakak pd adik2 yg 'family planning' tu, elok korang beranak masa muda2 nih (wah! nasihat mcm dh tua sgt dah, hihi).

Aku dah maklum dari awal, bagi ibu2 yg dikategorikan berisiko (yang ada darah tinggi @ diabetes waktu mengandung), kami di sarankan bersalin awal dari tarikh jangka, iaitu sewaktu kandungan berusia 37 minggu. Nak tak nak ko kena ready mental dan fizikal, tapi ada jugak kes macam kawan aku, dia bersalin minggu ke 38, ikut doktor agaknya.

Setelah disahkan diabetes waktu ujian minum air gula pekat, giler manis sampai muka hampir bertukar kaler hijau waktu kandungan 4 bulan, aku dh sedia maklum kena bersalin awal dari due. So dekat tarikh tersebut, hati di berdebar bagai gong dipalu, hihi.

Jadinya, pada tarikh 21 Dec 2015 (Isnin), masa kandungan genap 37 minggu, aku ada temujanji jam 9.30 pagi dengan doctor pakar di HTJS, aku dah ready dgn beg baju dalam bonet kot lah kena masuk wad terus. Jumpa doctor (pompuan cina yang bertugas, lupa dah nama) dia check semua yg perlu, scan baby pun kedudukan dah cantik kt pintu rahim. Tapi bila baca rekod aku ada suspect slip disc, dia suruh aku balik rumah ambil salinan x-ray slip disc utk pastikan aku layak bersalin normal @ perlu bersalin melalui pembedahan. Giler cuak bila doc ckp, bg yg ada sejarah slip disc kena dapat pengesahan dari pakar tulang yang aku layak bersalin normal @ tidak. Ini kerana ada kes slip disc yg si ibu lumpuh selepas bersalin, masa tu kepala aku dh fikir macam2 benda negatif. Takut wei

So balik umh dulu, ambik salinan xray dan serah diri kt wad bersalin lebih kurang kul 1 petang,  tapi jam 5.30 petang baru dapat katil, maklum lh ramai yang tunggu giliran. Malam tu aku bermalam di katil hospital ditemani misi yg sibuk sepanjang malam dan ibu2 yg senasib dengan aku. Anak2 yang lain dirumah ditemani oleh mak ayah yg baru semalam pulang dari menunaikan umrah. Sian mak ayah, penat dalam kapal terbang belum lagi hilang, dah kena risau pasal aku.

22 Dec 2015 (Selasa)

Di wad Kenanga 3B
Sambil menunggu keputusan dari pakar tulang, aku berehat di katil menikmati saat2 akhir sebagai ibu mengandung, bukan selalu mengandung kan? hihi. Sambil menunggu, aku meneruskan rutin biasa yang aku lalukan sewaktu dirumah. Alhamdulillah, sejak disahkan mengandung pada bulan Mei, aku tak pernah gagal untuk menghabiskan 5 surah setiap hari, rasanya ibu-ibu yang lain pun sama kan?. Aku baca surah Al Kahfi, surah Yasin, surah Maryam, surah Yusof dan 3x surah Al Waqiah.

Akhirnya penantian aku berakhir bila petang tersebut, aku didatangi oleh doktor bahagian tulang dan mendapat pengesahan yang aku boleh bersalin secara normal, Alhamdulillah.

Doctor bahagian wad bersalin bagitau, esok pagi aku akan di induce. Sebenarnya ini kali pertama pengalaman bersalin secara induce. Sebelum tu ada baca sikit2 pengalaman ibu2 bersalin secara induce, wah! macam2 kisah. Ada yang kata lebih sakit dari orang yang bersalin dapat tanda turun darah@turun air ketuban. Apapun aku berserah padaNya.

23 Dec 2015 (Rabu)

Pagi tu aku bangun awal, mandi dan solat Subuh. Sempat juga tunaikan solat Hajat mohon dipermudahkan bersalin dan solat Taubat mohon keampunan padaNya jika umur ku tak panjang (bab ni aku pernah citer kot, kalau korang folo blog aku dari awal. Aku memang selalu fikir mati bila nak bersalin, mula lah otak tu fikir macam2, jenuh lah cik abe melayan emo aku, huhu).

Jam 7.30 pagi, aku dipanggil masuk kebilik untuk di induce bersama dgn 2 ibu lain. Selepas ubat dimasukkan, doc menasihatkan untuk berehat dan tidak turun dari katil selama 2 jam. Jadi aku pun baring sambil layan fb dan tak sedar bila masa aku tertido.

Aku tersedar bila dengar bunyi bising orang bercakap, buka mata rupanya jam 2.15 ptg.. waktu melawat rupanya, patutlah bising. Family orang katil sebelah datang melawat. Aku bangun solat zohor sambil duduk sebab dah terasa berat dari pinggang kebawah. Masa tu aku terfikir mungkin sakit pinggang mcm biasa, jadi aku bertahan dan perlahan2 naik ke katil sambung baca quran.

Lenguh dan sakit pinggang semakin kerap dan aku terfikir mungkin ubat yang dimasukkan pagi tadi sudah bertindak dan dah sampai masanya nak bersalin. Aku panggil misi tapi mungkin mereka sibuk, takde sapa nk layan lambaian tangan aku, sebenarnya aku malu nak panggil2 ni, kang dikata mengada, lagipun dah anak ke4, tak sesuai kot nak mengadu sakit macam orang nak beranak kali pertama, so aku bertahan sambil wsap hsben utk get ready, dia masih kt opis, habis keje jam 3 ptg, masa tu jam 2.49 ptg.

Jam 3 ptg aku dah tahan sakit, terus aku jerit bila doc besar melawat wad 'doctor, tolong. Sakit sangat dah ni' bila aku jerit barulah datang misi dan doc pelatih, seperti biasa sebelum doc besar check mesti doc pelatih kena check dulu (yelah, diorang kan tengah belajar) tapi doc pelatih tak dapat pastikan berapa cm bukaan, terus doc besar datang dan check bukaan.

Dia check dan terus cakap 'FULL'  hah! tu dia, sebut je FULL, terus kelam kabut misi tolak katil aku ke labor room, aku yg tengah sakit rasa macam dunia nak terbalik bila disorong atas katil dari tingkat 3 je tingkat bawah, siap dengar misi cakap 'ingatkan lambat lagi sebab baru je check kontraksi' dan waktu dalam lif, aku rasa macam dah nak meneran teramat sangat, aku cakap kt misi 'dah nak keluar ni' tapi misi jawab 'jangan teran, bertahan. Tarik nafas, kita dalam lif ni, takde peralatan, dah nak sampai ni, sikit lagi ye' dengan sabar dia memujuk aku supaya bertahan, sungguh demi Allah aku kagum dengan kecekapan mereka menolak katil sambil berlari.

Sampai je ke labor room, kelam kabut tukar dari katil wad ke katil bersalin, elok diorang bentang kertas lapik. aku terus teran dan rasa sesuatu meluncur laju keluar. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dengar tangisan bayi yang baru kenal dunia. Tepat jam 3.07 minit. Alhamdulillah semua berlaku dengan pantas, dalam masa 15 minit dari waktu yang sakit sangat itu, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.15 dan dialah baby SAA ( Siti Aisha Aulia).

Sebelum dibersihkan, baby SAA diberi sekejap untuk aku tengok dan pastikan jantina dan di pakaikan tanda nama di kaki, aku tak sempat susukan baby SAA kerana dia perlu dibawa ke wad kanak2 untuk dipantau gula dan sebagai baby yang dilahirkan oleh ibu GBS (bab ni aku citer kendian ye). Pemantauan selama 48 jam.

Lebih kurang jam 5 petang, aku di sorong semula ke katil di wad bersalin, kat sana en abe sedia menunggu. Sebenarnya besar harapan cik abe untuk temankan aku kat labor room kali ini selepas 3 kali bersalin tak dapat peluang masuk, nampaknya kali ni pun tak dapat peluang sebab semua berlalu sangat pantas. Takpelah, yang penting semua dah pun selamat. En Abe rupanya dah sempat melawat baby di wad bayi, bila ditunjukkan gambar baby, aku rasa sedih sebab nampak ada tiub di mulutnya, rupanya itu tiub untuk dimasukkan susu, rasa sedikit kecewa kerana dia minum susu formula dulu bila kenal dunia, rasa kesal kerana bukan susu aku yang dia dapat dari awal kelahiran.

tapak kaki sebesar 2 jari

tiub kecil di pasang pada mulut baby untuk memudahkan bagi susu

Malam tu aku tido seorang diri di wad bersalin di tingkat 3 dan baby di wad bayi tingkat 1. Tapi aku tak risau kerana aku tahu misi akan menjaga dia, cuma kesal tak dapat menyusu je. Tengok ibu lain ada baby kat sebelah mereka, aku rasa sedikit jeles. Takpelah, aku cuba bersabar. Misi kata, esok aku boleh balik dan boleh jumpa baby.

24 Dec 2015 (Khamis)

Pagi tu misi suruh aku perah susu untuk dihantar pada baby, aku boleh discharge tapi baby kena tahan untuk 1 hari lagi bagi mencukupkan procedure pemantauan selama 48 jam. Aku cuba perah susu tapi tak sampai pun setengah botol, aku mintak dengan misi nak gi melawat baby. Alhamdulillah, ada adik misi yang baik hati tolong sorong wheelchair hantar aku ke wad bayi.

Aku tengok baby SAA dalam baby bassinet dengan rasa kagum, rasa macam tak percaya aku kini ada baby kecik lagi, ingatkan kakcik dah bongsu, haha. Misi keluarkan dia dan bagi aku untuk di susukan, Alhamdulillah dia pandai menyusu walaupun pada mulanya menolak mungkin sebab dah diberi susu formula, kat sini baru aku tahu yang sebenarnya dari malam tadi pun aku boleh datang lawat baby untuk di susukan, tapi takde sapa bagitau pun, huhu.

Petang tu aku discharge dari wad bersalin dan minta di admit kat wad baby, Alhamdulillah dapat katil walaupun pada awal memang wad bayi penuh. Rezki aku bila sorang perempuan India bagi katil nya sebab tak jadi admit. So malam tu aku dapat tido bersama baby buat kali pertama. Harap besok kami berdua dapat balik rumah dah. Tak sabar nak temukan baby SAA dengan abang dan kakak2nya.

25 Dec 2015 (Jumaat)

Malam di wad baby bukanlah pengalaman yang semua orang sanggup hadapi, bayangkan satu malam diiringi suara tangisan bayi non stop sampai pagi. Ada yang menangis sampai nak hilang suara. Bukan sebab di biarkan melalak oleh misi, tapi mungkin tak selesa dan menahan kesakitan. Alhamdulillah baby SAA tak meragam, elok tido. Bangun hanya untuk menyusu.

Jam 3.30 petang kami berdua dibenarkan balik selepas results glucose baby ok. Rasanya results GBS pun ok, kalau tidak takkan lah kami dibenarkan discharge.

6 petang selamat sampai rumah, welcome home baby SAA. Atok dan nenek pun happy dapat jumpa cucu terbaru mereka yang ke 8.



26- 27 Dec 2015

Dirumah, baby tak banyak ragam. Seperti kebiasaan bayi baru lahir banyak tido.
Aku sempat berurut dengan bidan yang datang kerumah selama 3 pagi berturut-turut.
26 hb, ma dan ayah pulang ke kampung, sian mereka dah lama tinggal rumah sejak ke umrah
Aku meneruskan pantang sendiri di bantu enAbe dan anak2.

27hb, MIL datang membantu kami bab masak2
Bukan senang MIL nak datang lama2 rumah anak2, Alhamdulillah merasa dijaga MIL pantang kali ni.

Misi yang setiap hari datang melawat bagitau ada tanda2 baby kena jaundice. Aduhai, dah terasa pasti lepas ni kena ulang alik ambik darah. Nak taknak kena terima, cuma harap tak berpanjangan.

Misi menyuruh kami membawa baby ke klinik pada esok harinya

28 Dec 2015

Pagi itu, EnAbe menghantar baby ke klinik di temani Mil dan kakak. Bacaan kuning boleh tahan tinggi iaitu 276 dan disuruh admit ke HTJS dengan segera.

Petang tu lebih kurang jam 6.30 petang aku dan baby admitted semula ke HTJS. Alhamdulillah, dapat katil bersama dengan baby. Malam tu baby tido bawah lampu biru ( Photometer)




29 - 30 Dec 2015

di wad kanak2 HTJ  Seremban

Aku cuba letakkan baby selama mungkin dibawah lampu biru dengan harapan moga bacaan jaundice cepat turun, walaupun dia agak tak selesa. Bacaan pada hari pertama 270 dan bacaan hari ke2 ialah 240 dan kami dibenarkan pulang kerumah.

Lega sangat dapat balik kerumah, sebabnya aku rasa segala urat dah kembang sebab aircond dalam wad sangat sejuk walaupun aku dah cuba pakai baju tebal siap berstokin, tido pun lapis 2 helai selimut.

Jam 3 petang kami discharge dari hospital.

31 Dec 2015

Pagi tu misi datang melawat lagi dan nampaknya mereka masih tak puas hati sebab baby nampak masih ada kuning dan kami disaran ke klinik swasta sebab esoknya klinik kerajaan tutup cuti tahun baru.

1 - 3 Jan 2016

Kami berulang alik selama 3 pagi berturut ke klinik I Care Sungai Pelek untuk check darah
Bacaan hari pertama 260
Hari ke 2, turun kepada 250
Hari ke 3, turun lagi kepada 240

Macam2 cara aku baca dan tanya kengkawan untuk kurangkan jaundice, macam2 petua juga aku dapat dan aku cuba mana yang logik akal. Tapi paling penting ialah breastfeeding sebanyak dan sekerap yang boleh supaya baby kerap berak dan kencing.

4 - 6 Jan 2016

Syukur bila kuning baby dah makin menurun tapi pada masa yang sama aku perasan baby ni banyak tido. Ye, memang best sebab aku dapat rehat banyak bila baby tido dan aku juga fikir itu normal bagi baby baru lahir.

Tapi aku perasan tentang 2 perkara
# mata baby bertahi dengan banyak setiap masa dan dia langsung taknak buka mata.
# mata kanan ada kesan darah kering selama 3 pagi berturut2

Allah, ujian apa ni?

7 Jan 2016

Hari ke 15
Misi masih membuat lawatan ke rumah dan bila aku bagitau tentang kemuskilan pasal mata baby, dia menyuruh aku ke klinik untuk berjumpa dan bertanya sendiri pada doktor, sebab dia pun tak pernah tengok kes macam ni.

8 Jan 2016

Pagi itu aku ke klinik bawa baby untuk berjumpa doktor dan doktor menulis surat rujukan terus ke hospital,

Kami ke emergency counter HTJS dan seterusnya baby admitted kali ke3 di wad SCN untuk berjumpa pakar mata. Masuk wad kali ni dah macam duk rumah sendiri dah, misi pun ada yang dah kenal mesra, huhu.

Baby tak meragam sebab banyak tido, mungkin tak selesa untuk buka mata.
Aku berdoa pada Allah moga baby baik2 aje.
Malam tu aku di ajar cuci mata baby dengan kapas dan letak krim mata.

9 - 11 Jan 2016

Masih di WAD KANAK2 HTJS
Alhamdulillah, pagi itu dah takde lagi kesan darah kering pada mata baby, lega sangat.
Setiap pagi selama 3 pagi berturut2, baby akan di sorong oleh misi untuk berjumpa pakar mata.
Aku sangat lega bila baby dah makin kerap buka mata.

Kata doctor, mata baby mungkin ada infection, diorang ambil sampel tahi mata untuk ujian untuk mengetahui kuman jenis apa, aku pun tak paham sangat pasal ni, tapi lama juga kena tunggu nak tahu kuman tu bahaya ke tidak.


sori gambar terbalik, puas aku betulkan x jadi jugak


Pada 11 Jan 2016
Jam 6 petang, kami dibenarkan pulang dan temujanji diberi pada 13 Jan 2016 untuk rawatan susulan.

12 Jan 2016

Misi masih datang melawat kerumah dan hari ni baby di timbang
dah naik 400gm dari berat waktu lahir (3.15kg).


13 Jan 2016

Hari ni temujanji dengan doktor mata di HTJS jam 9.30 pagi. Mak yang baru sampai dari kampung teman aku ke hospital. Wah! ramainya orang, semua kaum ada, hehe. Kita kan 1MALAYSIA. Boleh tahan lama jugak menunggu, dahla baby kecik lagi, antibodi pun belum kuat tapi terpaksa bersama2 menunggu dikhalayak ramai, rupanya staf tersalah bagi nombor giliran. Nasib baik lah mulut aku ni gatal bertanya, kalau tidak sampai ke petang lah kami kat situ. Rupanya baby ni special case dan tak perlu tunggu lama pun.

Dalam bilik rawatan, diorang cuci mata baby tapi tak bagi ibu tengok, aku kena tunggu kat luar. Dengar dia melalak kuat sangat, dia melalak kat dalam, aku melalak dalam hati kat luar bilik.

Pastu misi bagi baby kat aku lepa titik ubat mata, Diorang nak besarkan mata hitam baby untuk scan apa tah, sampai 4x titik baru bola mata hitam tu membesar. Alhamdulillah, selesai semua ujian dan doc pun puas hati, semua ok dan kami tak perlu datang lagi

15 Jan 2016 (Jumaat)

Klinik call bagitau result darah baby yang last (240) tu masih kategori tinggi dan diminta datang hari Isnin minggu depan untuk diambil darah sekali lagi. Alahai, tak habis lagi kes kuning nih, huhu.

18 Jan 2016 (Hari ke 26)

Ref klinik - results  blood test, Alhamdulillah bebas kuning

Sekian karangan saya hari ini, haha


gambar terbaru baby SAA selepas dibotakkan
dah macam muka baby boy pun ada, haha

WAHAI ANAK KU, SITI AISHA AULIA
SEMOGA MEMBESAR DENGAN BAIK
MENJADI MUSLIMAH YANG BERIMAN
YANG AKAN MENDOAKAN UMIE AYAH BILA DAH TIADA NANTI

AMINNN

(^_^)




Comments

Nieda Ramly said…
tahniah irfa ...sedih pula baca eh !
paridah said…
PANJANG N3 IRFA BUKAN SENANG NK MENCATAT SEMUA TU WALAUPUN PENGALAMAN HIDUP SENDIRI...SEBAK PULA MEMBACANYA TERBAYANGKAN BETAPA SUKARNYA MELAHIRKAN ANAK PERTAMA KEDUA DAN KETIGA YG MENINGGAL DUNIA DLM PERUT..ANAK K4 DAN KE5 TIADA MASALAH PULA...SEMOGA BABY AISHA AULIA AKAN TERUS MEMBESAR SHT WALAFIAT SBG ANAK SOLEH..
mija mija said…
tahniah! betul la...sebak plak baca..:(
Hsna Rahman said…
subhanallah..sungguh mulia pengorbananmu wahai sekalian ibu..
ntah kenapa terasa sebab je baca ni...

moga jadi anak solehah wahai anak syurga Siti Aisha Aulia
Rumah Kuning said…
Alhamdulillah. Tahniah dgn krhadiran org baru Semoga baby SAA membesar dgn sihat dan menjadi ank yg menyejukkan mata ayah ibu.
Nora Karim said…
subhanallah comeinya baby SAA... walau menghadapi pelbagai kesukaran, akhirnya semuanya dipermudahkan Allah. Moga baby SAA, sihat walafiat.. membesar dengan baik... dan menjadi anak yang solehah... insyaAllah... amin...
SIQAHIQA said…
Alhamdullilah. Seronok baca kisah ibu mengandung dan melahirkan. semoga SAA membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah :)
Zareda Norman said…
alhamdullillah.. membesar dengan sihat ya SAA. semga menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat
HeNRieTTa JoSe said…
wah...mcm mcm pengalaman bby SAA ni...comelnye dia....
sweetie said…
Sekarang ni ada kuning sikit je... nurse mesti suruh rujuk semula kat spital... kesiankan baby tu kecik lagi... darah pun belum sampai secawan dalam tubuh, dah kena berkali2 ambik.

So.. apa keputusan tahi mata berdarah tu?

Terbayang kelucuan time hang kena tolak laju dlm lif utk ke labour room...

Pengalaman saya kena induce masa lahirkan anak pertama... mmg sakit giler... time tu tobat tak nak mengandung dan lahirkan anak lagi... tapi kejap je... habis pantang sebulan lepas tu... timbul balik... hehehe...
||aLeaSaRa|| said…
alhamdulillah, tahniah sis! tengok fotobaby tu, automatik kak lea tersenyum ,comelnya!

bgs entri ni, nanti bila SAA dah besar, boleh dia baca & hargai pengorbanan ibunya :)
Puan Eka said…
alhamdulillah tahniah akak. Senang akak bersalin. Saya dulu pun Alhamdulillah dipermudahkan. Anak 1st kan. rasa nk buang air besar rupanya nak beranak hihi. 15 minit jugak nak keluarkan bby.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')