Wednesday, February 3, 2016

Me Turn 37, Alhamdulillah

Hai semua, ada yang singgah sini lagi ke? YaAllah rindunya nak apdet blog, dah banyak hari duk log in pastu log out, dalam kepala dah karang macam2 tapi semuanya blur bila ngadap laptop, baru nak taip mukaddiah, si baby dah memanggil, memang babai lah jawabnya.

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana masih bernafas dimuka bumi ini. Bangun pagi, masih ada wajah2 kesayangan utk di tatap. Ada makanan utk di makan dan ada pakaian utk dipakai. Seiring dengan usia (tahun ni umurku 37 tahun, besday on Feb1,baru 2 hari yang lepas). Bersempena dengan besday ku itu, berazam nak update blog dengan kerap, emm boleh percaya ke?



Macam tak percaya boleh capai umur 37 tahun, masa umur belasan tahun dulu selalu fikir, macam mana rupa aku bila umur 20, 30, 40 tahun, apa aku buat masa tu, haha. Ngok ngek sangat kan?

Sama macam tahun2 yang lepas, bukan celebrate sangat pun. Aku tak harapkan hadiah mahal, paling penting ialah orang yang aku sayang ingat tarikh keramat aku dilahirkan kedunia ini, tahun ni ucapan terawal datangnya dari mak dan adik2, pastu soulmate dan anak, kendian kengkawan fb, bagus jugak ada fb, ada reminder tentang besday kengkawan, so takdelah sunyi sangat kalau orang penting tak wish besday kita, haha.

Sebagai kenangan, ni hadiah dari soulmate ( tak besday pun memang dia beli je bila dia rasa nak beli, tapi sebab jatuh pada tarikh istimewa, kita anggap lah ini hadiah besday, boleh gitu? hehe

yang dah ada pun lom abis sembur lagi, kadang asik lupa je ada perfume
nak bagi cepat abis, sembur banyak2 kat langsir bilik, bagi mewangi satu bilik, haha

Sebenarnya tujuan aku log in blog nak tulis pasal kelahiran baby SAA tapi dah melalut ke lain dah, huhu. Nampak gayanya tujuan asal tak tercapai, nanti lah free aku karang sikit sebagai tatapan lagi 10 tahun, haha.

Okey, hari ni dah hari ke42 pantang, lagi 2 hari bebas terbang, dah lama rasanya terperap kat rumah, keluar kejap2 pun ke klinik je. Okey babai semua, sambung lagi bila free

Last, TQ untuk semua yang wish kat FB ye.. Jemput makan kek Ferrero Rocher kat atas tu (^_^)






8 comments:

  1. selamat ulang tahun Irfa...semoga diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yg sempurna dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Iffa. May many happiness come.

    ReplyDelete
  3. Masa terbang dengan sangat pantas, kan? Sedar tak sedar, tahun baru dah tak berapa nak baru lagi...

    ReplyDelete
  4. selamat hari kelahiran irfa, semoga sentiasa gembira, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah rahmatNYA

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday Irfa..

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday irfa..moga sht walafiat, bhgia selalu, murah rezki panjang umur...miss pula n3 irfa yg ni...maklum asyik bercuti selalu.

    ReplyDelete
  7. barakallahufiq sis... moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)