Thursday, March 17, 2016

Aiskrim Sumi Yang Viral

Panas sungguh cuaca sekarang, nak kuar umah bercinta sangat.
Nak sidai kain tu kalau boleh, sidai selonggok terus, hihi.
Taknak berlama2 kat luar

Kalau terpaksa keluar ada urusan
Tak sabar2 nak balik umah

Panas2 gini sesuai sangat makan aiskrim
Sesekali teringin nak makan aiskrim macam masa kecik2 dulu
Masa kecik dulu mak buat aiskrim bandung, aiskrim milo
Senang citer, air apa yang tak abis tu
Akan jadi aiskrim, haha

Sekarang ni tengah viral aiskrim sumi jelly
Sana sini duk post gambar sama
Nak taknak terpaksa telan air liur

Bukan susah mana pun nak buatnya
Ni CikViva tolong buatkan, aku cuma belikan bahan je
datang mood rajin dia tu, cepat2 ambik kesempatan

Ada citer kelakar masa nak beli plastik aiskrim ni

Pegi kedai nak beli plastik aiskrim
Plastik aiskrim pulak habis stok

hahahahahahaha

gitu lah citernya
bukan aku je, ada lagi 2 orang pelanggan lain pun cari benda sama
last2 pekerja pasaraya gi cari dalam stor
Sampai camtu sekali penangan aiskrim viral nih
haha


okey jemput tengok hasilnya


si abam duk ulang peti ais
intai bila nak keras nih
sabar jelah nak oi

Ni resepinya, ambik kat FB sapa tah



Akhir kata, banyakkan minum air musim panas ni ye
kalau takde urusan luar, duduk jelah kat umah
hehe




2 comments:

  1. ofcemate kak lea pun baru je plan nak buat n bawa ke ofce :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)