Friday, March 18, 2016

Char Kway Teow


Aku ni bab masak2 bukan lah pandai sangat
Tapi setakat tekak sendiri dan anak2 tu boleh diusahakan
Tapi ada satu benda yang aku jarang masak
kalau disuruh pilih masak mee, kway teow @ bihun
aku akan angkat tangan laju2 untuk masak bihun
kway teow akan jatuh nombor last
tak pandai sungguh nak agak banyak mana bahan nak masak kway teow
minyak banyak mana
kalau kena letak air tak tahu nak buh banyak mana
ada masa lembek melekat kat senduk
ada masa kering sampai hangus kuali
huhu

TAPI...

jangan tak percaya, gambar bawah tu aku masak
wah! hebat nih
dah boleh bukak gerai tepi simpang jual char kway teow telor leleh
kata si Abam
(dia memang suka puji umie masak, semua sedap katanya)
haha



abaikan kuali hitam
kuali tu lama dah tapi tetap menjadi kesayangan
beli kuali mahal pun, tetap masak guna kuali ni
kehitaman itu lah yang menyedapkan masakan aku
#kuali hadiah dari mil masa memula kawen 16 tahun dulu

Sebenarnya ini lah rahsia aku masak Char Kway Teow sedap tu
EnAbe beli masa gi Penang tu ari
beli 2 botol je
kalau tahu sedap cenggini, nak suh beli sedozen terus


senang je cara masak yang diberi kat belakang botol tu
1 botol tu kena tambah 2x air panas guna botol sama
dah kacau sebati boleh simpan dalam peti
nak masak boleh guna
1 botol tu aku boleh masak untuk 2kali

aku tak jumpa kedai kat sini yang jual jenama sama
kalau ada jual sini, hari2 lah kot makan Char Kway Teow
nanti muka pun jadi Char Kway Teow gak
haha

sekian perkongsian hari ini
okey daaa


5 comments:

  1. Kakcik ni kalau buat kuey teow goreng, tak pernahnya lulus! :(

    ReplyDelete
  2. kuali hitam la awesome!! kuali saya pun hitam gak...lagi guna lagi sedap masak..ehh..

    ReplyDelete
  3. KAK XRETI BUAT KUEWTIAU GORENG TAPI MKN SUKA SGT TERUTAMA YG BNYK KERANGNYA...
    KUALI TU DH MENYERAP NIKMAT KSH SYG PENGGUNANYA TU YG JADI SEDAP MSKN GUNAKAN KUALI LAMA IRFA TU.

    ReplyDelete
  4. kalau sedap nak kena cari ni. kat penang ni banyak jual sos char kue teaw macama ni. tak tau yang mana sedap

    ReplyDelete
  5. Senang sungguh cara masak ni. Nampak sedap lak tue..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)