Monday, March 28, 2016

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum korang
Bersua lagi kita dengan hari Isnin.
Baru balik hantar kakak dan abam ke sekolah, ntah kenapa pagi ni bas sekolah tak datang, anak2 dah gelisah takut lambat. So aku hantar je lah, angkut sekali dengan anak2 jiran setakat yg muat keta.

Nama je tak keje, tapi sibuk dan penatnya tetap sama. Sapa cakap duk umah rilex tu mungkin sesuai dgn yang ada 10 orang gaji kot, hihi. 

Bila Isnin hingga Jumaat, jadual aku pun padat macam bekerja jugak. Tambah pulak bila ada jual-jual online ni. Sekarang aku dah tetapkan, cuma hari Isnin untuk urusan pengeposan. Maknanya sekali seminggu je. Kecuali ada barang urgent. Kalau boleh tunggu, memang Isnin jelah aku pos.

Sekarang dah ambik tugas jadi supir anak2, petang hantar dan ambik sekolah agama, aktiviti ko-ko, kelas tambahan. Malam pulak hantar dan ambik kelas tusyen. Penat jugak kuar masuk keta. Satu hari je kuar masuk dekat 10 kali (campur ngan auta, haha)

Memandangkan dah takde gaji tetap, apa sahaja duit kuar masuk yang aku dapat dalam bisnes kecil-kecilan ni aku rekod dan bila terkumpul, aku akan tukarkan kepada sesuatu yang berbentuk barang @ apa yang aku inginkan.

Ni adalah antara benda yang sempat aku beli (sebelum2 ni duit abis gitu je, tak nampak apa). Aku tulis sebagai tatapan sendiri dan kenang-kenangan masa akan datang. 

POWERBANK

Dulu penah beli tapi bagi kat mak (masa kejadian banjir besar kat Pantai Timur tu, kami adik beradik sangat risau sebab tak dapat call family di kampung, bekalan elektrik terputus, macam mana nak charge henpon kan). Pilihan tetap jenama Pineng yang orang kata bagus dan berkualiti. Yang ni RM105 (termasuk postage, beli kat IG).


BABY WEARING

Tak pasti orang panggil apa mende nih, aku terpikat dengan mende ni bila try kat satu booth di carboot sale dekat rumah, si kecik Aisha lena je dalam tu selama 2 jam aku pusing cuci mata kat situ. So banyak jugak lah masa duk cari info kat Google apa yag bagus dan sambil tu tanya kengkawan yang pernah guna. So beli ni kat kawan FB, Rm 260 termasuk pos (mahal ke murah tak pasti lah, bagi aku okey kot) dan sekarang masih terkial2 belajar melilit, haha.


PAPAN TULIS

Ini beli khas untuk kakcik yang suka sangat melukis dan menulis. Habis 1 rim kertas A4 kakak di tarik selai2 untuk dia menconteng. Bukan tak boleh beli khas untuk dia, tapi nanti dia lukis, gumpal2, buang. Belum lagi yang bersepah bawah kerusi. Ini beli kat personal shopper Ikea, kawan Facebook jugak. Siap delivery kerumah dengan harga RM90.



Ada satu rasa kepuasan bila apa yang kita buat dapat beli benda kita suka. Bukan aku tak boleh mintak enAbe belikan (dia tak pernah berkira apa sahaja keperluan keluarga, selagi mampu pasti dia belikan). Tapi aku suka kalau dapat beli dengan hasil apa yang aku buat (benda kecik lah, kalau mahal tak mampu lah mak nak).

Akan datang aku tengah fikir nak beli apa ye?
Tunguuuuuuuuuuuuuuuuuu



4 comments:

  1. btul tu....rietta pown suka buat cmtu jugak...kumpul sket sket...bila dah dpt beli...sgt puas hati....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)