Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman Sendiri Tentang Penyusuan

Assalamualaikum...

Selasa hari ni ye?
Sejak tak bekerja ni, hari pun asyik lupa je.
Ada ke patut semalam aku ingat hari Sabtu.
Rasa cam setiap hari adalah hari Sabtu dan Ahad, haha.

Semalam check up baby SAA ( 2 Bulan). Masa tunggu giliran dalam bilik menyusu, nampak artikel ni. Emm, cam tahu-tahu je aku dalam dilema sekarang. 3 anak sebelum ni, macam2 kisah pasal penyusuan.

Si kakak menyusu lebih kurang 3/4 bulan je. Masa tu aku keje shift, dia pulak dijaga oleh MIL. So memang dia dah start campur susu formula awal lagi. Masa tu pun aku kurang ilmu bab breastfeeding, taktahu pun yang susu ibu boleh perah dan simpan.

Si Abam menyusu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Tapi dah campur susu formula bila aku mula bekerja di bulan ke3. Tapi bila aku cuti @ malam memang dia langsung taknak susu botol.

Si Kakcik beruntung sebab masa tu aku dah ada ilmu sikit, dengan gigih perah susu malam nak simpan stok dan dia merasa susu badan sepenuhnya selama lebih kurang 8 bulan, lepas tu dah mula campur bila susu dah kurang. Tapi tetap dapat menyusu selama 2 tahun 2 bulan sama macam si abam.

Dan Insha Allah, untuk baby Aisha ni aku berazam nak bagi susu ibu sepenuhnya sampai umur 2 tahun 2 bulan. Semoga ada rezkinya. Tapi sekarang ni dia belum kenal botol lagi, aku kena ajar dia botol sebab aku ada banyak urusan lain yang memerlukan dia ditinggal sementara. Dari hari ke hari nak ajar botol, asik bertangguh je, huhu.

Okey ni nak share pada ibu2 yang mungkin tak tahu macam aku masa anak pertama ( dulu aku tak kenal dunia internet, bukan keje mengadap komputer pun).



1- SUSU PERAHAN

Masih ada yang tak tahu cara perah susu, pengalaman aku yang pernah guna pam manual ialah kalau silap teknik memang sakit. Cara mudah bagi aku, masa menyusu, perah sebelah. Sebab bila menyusu, yang tengah free pun tengah menitik jugak, so buat je sekali harung. Aku takde pengalaman guna pam letrik, ni tengah survey pam letrik tapi tak jumpa yang murah, huhu. Ada sesapa nak jual prelove? nak harga kasih sayang, hehe


2- PANDUAN PENYUSUAN UNTUK IBU BEKERJA

Seeloknya 1-2 minggu sebelum habis maternity leave tu, dah siap2 ajar baby tentang jadual penyusuan. Aku start kenalkan botol pada baby lebih kurang 1-2 minggu sebelum mula masuk kerja. Kalau lewat sangat nanti kesian baby dan jugak babysitter, dapat yang penyabar oklah. Kalau yang kurang sabar, ada lak yang kena dera, huhu




3- PENYIMPANAN SUSU IBU/SUSU PERAHAN

Dulu aku tak tahu cara simpan susu, aku pernah perah susu buang dalam toilet tau, huhu (itu kisah masa anak pertama, si kakak). 



Dan ini susu pertama yang aku perah dalam botol, pertama ke? Eh ke2 lah, kali pertama tak sampai sesudu pun masa kat hospital hari pertama bersalin (masa baby di tahan wad utk monitor glucose, aku perah buh dalam bekas dan letak kat tepi baby tapi tak pasti nurse bagi minum ke tak).

Ni yang semalam, perah setengah botol sebab nak tinggalkan sekejap sementara gi pos barang. Tapi balik umah selepas 1 jam lebih, dia tengah melalak sakan sebab taknak susu dalam botol (padahal sebelum kuar umah dah bagi susu siap2). Emmm, nampak gaya kena usaha lebih lagi perkenalkan dia dengan susu botol nih, huhu.


Okeylah koranh\g, Tu je nak share... bye


5 comments:

  1. Assalamualaikum akak. AKak meh join group bfmembers atau the breastfeeding advocates network kat fb. Sy belajar dari situ hehe. ALhamdulillah susu masih ada walaupun ada turun naiknya.

    AKak boleh try pilih pam yg murah tapi ok. Pam pertama saya guna snowbear harga skang dlm 180.Akak bole tgok kat page pump on the go. Banyak pam yg murah tp berkualiti. Jenama malish. Bezanya dia punya suction. Dan pam ni ikut atas badan org gak. Ada yg rasi n tak rasi.

    happy breastfeeding kak

    ReplyDelete
  2. Masa kakak dulu lagilah langsung tak ada pencerahan tentang perah-perah susu ni. Kakak dulu siap perah buang dlm bilik air masa waktu kerja. Naif betul dulu kan.

    Untung baby sekarang ibu-ibu dah terdedah dgn macam-macam info.

    Aisha ni bijak tahu puting botol dgn nipple umi dia tak sama itu yg mengamuk sakan.

    ReplyDelete
  3. SUSU YG TERBAIK UNTUK ANAK IBU TENTULAH SUSU IBU..MENYUSUKAN ANAK2 MENGERATKAN KASIH SAYANG IBU N ANAK..
    SORRY KAK TAG IRFA NI..
    http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2016/03/25-things-that-make-me-happy.html

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)