Wednesday, March 2, 2016

Segalanya Indah, Manis dan Wangi

Tajuk atas tu tak tahu nak letak tajuk apa. Hihi.

Sekarang aku dah ada idea nk update blog cara pantas (mungkin orang lain dah lama buat, aku je baru tahu, ketinggalan ko Irfa oi).

Okay, caranya ialah:

Bila free, sambil BF pun boleh. Memula tu taip je cerita kat nota di henpon, hantar pada whatapps, dari whatapps tu copy dan paste kat blogger.com. Jauh kan jalan nya? Dari utara ke selatan, patah balik ke timur sampai utara, haha. Takpe lah asal blog berhapdet. Sebab skrin henpon tak besar, view blog pun tak sepenuhnya, so bila free buka laptop.. Edit je mana yg rasa tak ok, kot nk tambah apa yg kurang. Letak gambar sekeping dua sebagai hiasan... dan publish.

MeTime kejap, sikenit tengah tido. Akhirnya aku terpaksa mengalah dengan buai. Walaupun dah niat taknak ajar buai tapi terpaksa mengalah sebab dia tido kejap2 sampai aku tak leh wat keje lain. Dia nak berkepit je, mana tahan. Takkan tak basuh kain, tak masak tak hapa kan. Sekarang dah pegang jawatan supir,tak larat nak usung kuar masuk keta sebab dia takleh tinggal lama. Sudahnya semalam beli jugak buai, uwaaaaaaaaaaa. Tapi taklah duk dalam tu 2 jam, bila meragam sangat baru letak.

Taraaaaa siap satu entry. Tak perlu lagi buka laptop dan masa tu baru nak karang cerita. Dahlah ada sikecik yang asik lah nak berkepit celah 'tekiak' (kcik sebut ketiak jadi tekiak, hihi).

Ops dah melalut, tajuk atas tu sebenarnya nak citer tentang kami (aku dan en abe) yg sangat teruja dgn ahli baru dalam family kami, siapa lagi klu bukan baby SAA.



Maklumlah orang dah lama takde baby tetiba ada baby, macam mimpi pun ada. Doploh4jam citer kami lakibini pasal dia je. Kalau henpon toksah citer lah, gambar dia sesaje. Jap lagi jem henpon tu baru nangis bucu katil. Haha.

Abam dan kakak2nya pun sama. Balik sekolah ngadap adik macam ngadap pulut kuning je. Adik nangis ditepuk dipujuk suh tido, bila adik tido, pakat usik suh bangun. Adik bangun siap korang.. Umi baru nak luruskan pinggang nih.

Yang aku pulak, pantang ler online fb@ig nampak barang baby yang super comel cute miut, semua nak dibeli. Bahaya betul. Semalam aku kemas kotak2 kat umah ni, boleh pulak terjumpa 2 pasang baju baby masih dalam plastik (nampak sangat banyak membeli online, masih dalam plastik pos lagi, selit mana2 sampai terlupa).

okeylah korang, aku akan cuba apdet sekerap mungkin mulai sekarang. daaaaa



3 comments:

  1. BABY AISYA YG CUTE BERSINAR MATANYA TANDA KECERDIKANNYA...ANAK2 ADALAH PENYERI DUNIAA KASIH SYG UTK MRK TERLALU MEWAH...BAHAGIA SEKALI RASANYA DGN KEHADIRAN BABY KECIL DI TENGAH KELUARGA..KAK ADA JUGA WHATSAPP TAPI MMG XRETI SGT NK BERBLOG GUNAKANNYA.

    ReplyDelete
  2. saya punya stail, stail kono....hahaha..bila ada idea, saya tulis atas kertas! bila ada masa, saya taip kat blogger...kalau ada masa terus publish, kalau tulis tak habis/ tak cukup gambar or info, saya peram as draft...hahaha

    ReplyDelete
  3. Yg untung mestilah Baby SAA
    Semuanya sayang. Muka pun dah tembam bukan main
    Gambar bebanyak buat apa simpan dlm hp aje.
    Tepeklah sini bagi terapi mata kakak nak tengok:)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)