Friday, March 4, 2016

Terapi Sonotron, Bukan Sinetron


Salam Jumaat
emm paginya bersiaran, hehe
curi masa sementara si kecik tengah sedap tido
Mungkin dada dia dah selesa lepas 2 kali rawatan sonotron cairkan kahak kot
tu yang tido lama
kalau tidak, asik terjaga je

Okey, ni nak share pengalaman bawak baby SAA ke terapi sonotron
semalam kali ke2 kami ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal - Bangi
Mula2 tahu pasal ni tengok orang share kat Facebook
(memula baca, cam sinetron drama bersiri Indon tuh, haha)
Saja lah nak try, so call buat appointment
Walk in takut lama kena menunggu

Pertama kali ke sana, Rabu minggu lepas
appointment kami jam 10.15 pagi
Dari Nilai ikut highway, takdelah susah pun cari tempat
dari tepi jalan dah nampak
ingatkan lot kedai, rupanya pusat rawatan tu atas rumah orang (owner tingkat bawah)
tempat menunggu selesa, ekon sejuk, hihi
ada surau kecik, tempat menyusu dan bilik air jugak
(boleh lah nak tumpang)

pusat terapi tu tingkat atas, hati2 naik tangga ye, hehe

Kami tak perlu tunggu lama sebab dah buat appointment
Baby di tanggalkan baju tinggal diapers je
satu alat dihalakan pada dada baby (macam alat scan barang kat supermarket tu)
mesin tu keluarkan satu bunyi, ada budak menangis sebab tak selesa
so far baby SAA okey je, dia ingat orang agah dia kot
asik pandang je muka petugas tu, hihi




balik dari sesi pertama, baby SAA berak banyak keluar najis campur lendir
malam tu dia muntah campur lendir abis cadar
jangan terkejut sebab dah diberitahu oleh petugas masa rawatan
kahak cair akan keluar melalui najis@muntah@hingus

Harap baby SAA akan okey selepas 2x rawatan ni
kalau boleh aku taknaklah sampai kena bawak sedut kahak
sian sangat tengok

lama tak tunjuk muka kat blog, hihi

sesapa nak cuba boleh gi FB diorang

PUSAT RAWATAN SONOTRON TAWAKAL - BANGI

keberkesanan bergantung pada individu, ada yang sekali datang dah baik
ada yang kena repeat berkali2
bersabar lah ye, kita berusaha, Allah jua yang menyembuhkan

kali pertama pegi kami di charge rm95 sebab aku dan kakcik Hajar join sekali
1 sesi 15 minit (RM30 baby/kanak2, dan RM35 untuk dewasa)



okey korang, nak sidai kain jap
daaaa


8 comments:

  1. MOGA BABY AISHA SEMAKIN SELESA PERNAFASANNYA STLH SONOTRON DIBUAT...BABY MMG SELALU GITU N PERLU DPTKAN RAWATAN...

    ReplyDelete
  2. Bagus juga cara doktor bagi ubat buang lendir dari berak.
    Kakak geram tengok pipi baby SAA yg melayut:)

    ReplyDelete
  3. lamanya tak komen di sini..semoga keluarga irfa sihat dan dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  4. Sesuai ni untuk anak2 makchaq.. semua x mau makan ubat..
    Sanggup tahan sampai baik sendiri..

    ReplyDelete
  5. Wah bagus lah rawatan ni.. ajin dengar jgk rawatan ni tapi tok ajin gugel.

    Ooo magrain ada jgk dih... tp kat kelate takdok sonotron huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik kodok
      Welcome ye..
      Kt kelantan ada rawatan sonotron di klinik ramzi
      Tp sy pun x thu klinik ramzi tu kt mn
      Cer tanya google

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)