Friday, April 22, 2016

Asam Pedas dan Gulai Lemak Ikan Keli Salai di Cafe Impian


Ya Allah mengantuknya petang ni. Malam tadi tido tak lena, si kecik asik berjaga je, nyamuk banyak pulak tu, dah lah halus, nak tampar asik tak kena je. Nak tido pun tak boleh, banyak lagi urusan belum selesai, baru lepas hantar kakak gi ko-ko, abam ke sekolah agama. Ni tengah tunggu call dari EnAbe untuk pick-up kat airport, penat oi jadi supir nih.

Dah lama tak apdet blog, ada je rasa nak tutup terus blog ni tapi sayang pulak. Takpe lah ye sesekali update cerita basi. Sekarang aku suka nak share makanan, kedai makan, benda yang diguna, apa saja yang bagus untuk dikongsi, takkan hari2 nak cite pasal diri sendiri je, ko ingat ko artis yang semua benda orang nak ambik tahu? haha

Okey, ni nak share satu restoren? Em nak panggil restoren ke? Sebab kecik je kedainya, ala kafe gitu. Eh memang Cafe pun namanya, CAFE IMPIAN. Terletak di 9 Avenue Nilai, senang citer dalam kawasan Giant Nilai. Banyak kedai2 tepi tu, cafe ni terletak sebelah Sushi King, bawah Kedai Buku Popular.


Kalau ada urusan kat sini, cafe ni antara tempat pilihan kami sekeluarga. Kalau rasa nak makan nasi lah. Selalunya ke Nando's @ Sushi King @Subway @ Restoren Al-Jamal (nasi arab). Tapi kalau nak makan nasi, memang ini tempatnya. Kat sini ada juga menu lain, tapi kami selalu pilih set NASI IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK @ set NASI PUTIH ASAM PEDAS. Harga pun berpatutan. Jus buah dia pun terasa buahnya. Setakat ni kena dengan tekak kami, orang lain kami tak pasti, hehe,

Meh tengok gambar..






Kalau sesekali datang Nilai, boleh lah singgah sini tukar selera.

Okey sekian perkongsian

4 comments:

  1. KALAU KE NILAI NK SINGGAH SINI JUGA TAPI TAH BILA NK SAMPAI IRFA...

    ReplyDelete
  2. dah byk kali mkn kat sini. sejak ain dok tkc, asyik melilau kaw ni je. nasi arab al jamal pun sodap

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap..masak lomak ikan keli salai tuh..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)