Skip to main content

Cheesekut Semudah ABC, Kegemaran Anak-Anak

 Selamat Pagi korang
buat apa tu?
dah masak ke belum?
kain dah basuh ke?
soklan itu ditujukan kepada surirumah cam aku

bagi yang bekerja, selamat bekerja ye
tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin
*tetiba rindu meja kat opis dulu
sapa agaknya duk kat meja sebelah mesin potostat tu ye*

okey, move on

*tarik napas, hembus*

Sejak duk umah ni, baru tahu boleh tahan selera anak-anak aku nih
mulut asyik mengunyah je, hihi
sampai aku kena perah otak nak masak apa
pagi nak sarapan apa?
petang nak kudap-kudap makan apa?
malam nak makan nasi ke nak makan apa?
wah! mak-mak sangat tau


Saja nak share, kegemaran anak-anak terutama si kakak sekarang ni



ni bahan2nya
biskut (apa brand pun boleh, janji biskut)
susu segar
nestum
cream cheese (ni pun belasah brand apa pun)
susu pekat (setengah tin je aku guna)


Caranya:

blend susu pekat dengan creem cheese
(nak kacau ngan sudu pun boleh, tapi blend lagi sebati)

rendam biskut dalam susu segar* kasi lembut sikit*
susun dalam loyang
lapiskan dengan cream cheese
selang selai sampai habis biskut
last sapu cream cheese dan tabur nestum






sejukkan dalam peti ais
dah keras, boleh lah makan
nak potong boleh, nak ceduk pakai sudu pun boleh
janji masuk mulut


semudah ABC kan?
aku kalau senang2 camni boleh lah
pelik2 dan banyak bahan, baik aku beli jelah
tak kuasa mak nak

kbai


Comments

Unknown said…
saya kalau buat ni suka tabur coklat rice atas nya..tak pun susun coklat candos tu..tapi jarang2 buat sebab anak2 kurang gemar cheese..kalau nak bawak balik kampung , saya buat la.
Kakzakie Purvit said…
Kakak pun sama kalau yg leceh-leceh memang malas..
Kalau macam ini senang selalu buat pun tak apa:)
paridah said…
mudah saja buat cheesekut ya irfa selama ni tau mkn je buat xreti...tq resepinya.
kakrose said…
senang buatnya..bolehlah membuatnya bila cucu2 datang..
pendek kata... mesti cuba..!!
Acik Erna said…
tersama lak nak cerita cheesekut.terus akak tukar lain guna gambar yang ada dalam draff he he..tunggu 2..3 hari lagi..air tangan Aimi masa dia cuti buat cheesekut sendiri
makan banyak kalau buat ni.. hihi
NanyFadhly said…
Yumsss~~~ senang sangat nak buat kan?. Nanti la balik Malaysia boleh cuba. Saya setuju sangat bab nak prepare makanan tuh. Kadang buntu nak masak ape. Ada masa repeat jer the same thing. Hehe...
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

sebab kata semudah ABC terus rasa macam nak buat aje weekend ni.. sebab akak yg susah2 memang tak rajin sikit nak buat he..he..
Puan Eka said…
mmg sedapp cheesekut ni. Saye suke hehehehe. Dahla senang nak buat. Kadang beli je. Tapi kawan buat guna biskut merie
Unknown said…
omaigot what happeng??
:: CIKVIVA :: said…
Blhlaa wat cisekut hari...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')