Monday, June 13, 2016

Ramadhan Bersua Kembali, Alhamdulillah

Wow, dah sebulan lebih blog terabai. Maafkan daku kerana melupaimu, bukan ku sengaja tetapi masa amat mencemburuiku, uhuk uhuk uhuk.

Alhamduillah, hari ni umat Islam berpuasa di hari ke8. Sekejapan je dah seminggu lebh kita berpuasa ye. Harap belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua sahabat alam maya yang sudi singgah ke blog sendu ini.



Ramadhan kali in amat bersejarah kerana ma ayah sudi datang menyambut Ramadhan di perantauan, haha. Bukan senang oi mak ayah aku nak menyambut Ramadhan dirumah anak-anak. Tapi kali ini seminggu sebelum puasa, mak datang dan 2 hari sebelum puasa, ayah pulak datang dengan adik. Jadi dapatlah kami bersahur dan berbuka puasa bersama mak ayah beberapa hari. Dapat makan masakan mak,

Ramadhan kali ini sama macam tahun2sebelum jugak, aku masih dapat menahan diri untuk ke bazaar Ramadhan, masak ala kadar kat rumah. Kecuali keluar makan kat restoren pilihan je yang tak boleh elak, huhu.

Anak-anak pun berpuasa seperti biasa kecuali kakcik Hajar yang masih belum mampu berpuasa penuh (setakat ni baru 1 hari puasa penuh) selain tu cuma setengah hari je mampu, aku pun tak paksa sangat sebab badan dia yang cekeding tu tambah pulak dengan asik semput, tak berani nak paksa lebih-lebih kecuali dia yang mintak nak puasa penuh.

Okey, aku pun dah tak tahu nak tulis apa, kebetulan ke on laptop sebab nak print benda penting. Tu yang tetiba ter update blog, haha.

Kbai


3 comments:

  1. Ramadhan Kareem Irfa...semoga ALLAH SWT menerima segala kebaikan dan amalan kita di bulan puasa ini

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)