Friday, September 30, 2016

Jaga Muka Dengan Serum

Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah

Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je.

Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah.

Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu.

Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal ko hulur je duit mana yang mampu dek poket. Apa fungsi serum sebenarnya ye? Aku kongsi sikit dari LINK SINI (mohon dihalalkan oleh tuan empunya blog)

Serum boleh lembapkan kulit.  Sebab utama serum digunakan ialah untuk menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.

Beza serum dengan pelembab, serum lagi cepat meresap ke dalam kulit. Setakat ini, aku baru pakai 2 jenis serum (gambar di bawah ye). Harga mampu milik. Kalau habis pun, masih mampu beli, kang beli yang mahal sangat, sebotol je lah mampu pakai, haha.


yang ni harganya rm70 sahaja, tahan lah sebulan lebih
pakai pagi dan malam
kalau nak jimat pakai malam je lah

yang ni dah lupa harganya, sebab dapat free haha
Okey, jom lah cantik sesama haha
* cikebom dah panggil tu, stop sini dulu, ada masa sambung lagi*

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Thursday, September 29, 2016

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Hai korang...

Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik.

Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu

Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha.

Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu riban. Tapi aku survey yang mana sesuai dengan bajet kami. Lagipun ni bukan baby sulung yang nak simpan untuk anak seterusnya.

Mula2 aku sewa dulu, untuk seminggu, test baby selesa ke tidak duduk dalam tu. Alhamdulillah dia sangat selesa sambai tertido semasa kami membeli persiapan raya di PKNS, Shah Alam bulan puasa yang lalu.

Aku sewa dengan Babywearing by IlaLia (rujuk gambar di bawah). Boleh LIKE PAGE mereka untuk tahu lebih lanjut tentang Babywearing.




Baru aku tahu SSC juga boleh disewa kalau taknak beli. Ada juga orang sewa seminggu dua minggu kalau nak travel. 

Lepas dah puas hati menyewa dan nampak baby selesa, aku buat keputusan untuk beli. Aku pilih si comel Pink Butterfly ni untuk cikebom Aisha. Harga RM340. Ada yang harga cecah ribu ringgit tapi aku dah cukup puas hati dengan yang ini buat masa sekarang. 



Aku kongsikan beberapa gambar guna SSC semasa keluar berjalan-jalan. Semoga memberi manfaat bagi ibu-ibu baru yang mencari babywearing sesuai untuk kesayangan. Jangan tersilap pilih baby carrier yang tak sesuai ( aku ada terbeli baby carrier yang tak sesuai untuk baby umur bawah 6 bulan). Carrier tu sesuai untuk baby yang dah besar @ dah boleh duduk sendiri. Nak let go murah2 je kalau ada yang berminat.







Okey jom bersiap, ada dating dengan blogger yang beli periuk ajaib dengan aku. Ops, aku belum kongsi keseronokkan memasak guna periuk ajaib kat blog ni kan? Nanti free aku cite eh

Kbai


Monday, September 26, 2016

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe*.

Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi. 

Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu KLIK SINI, terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby.

Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe.


Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle. Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page diorang ye.

Baju-baju masih berkeadaan baik, ada yang sesuai untuk jalan-jalan, ada yang sesuai untuk pakai hari-hari kat rumah.

Jemput LIKE PAGE



**********************

Cerita lain

Sakit-sakit badan bangun tido pagi ni
Semalam tawaf ioi mall, padan lah muka, haha

Sementara menunggu anak-anak besar tengok wayang dengan ayahnya
aku dan cikebom layan benda ni




Happy time naik monyet bergerak pusing-pusing dalam mall ( RM10 = 5 minit)
tak boleh jejauh, nanti jenuh lah nak tolak bila timing habis
nampak sangat ke yang aku lagi teruja lebih dari baby, haha


kbai


Sunday, September 25, 2016

Dari Dapur DJ Shaz, Mabeles You

Aku sangat kagum dengan orang pandai masak, pandai buat kek, pandai serba serbi. Aku ada ramai kawan yang pandai buat kuih, buat kek. Ada yang ambik tempahan untuk majlis lagi. Kagum giler aku dengan diorang. Aku ni, baru ada orang usik2 nak datang umah minggu depan, minggu ni aku dah seram sejuk kaki tangan 'eh!nanti nak jamu apa orang datang? takkan nak hidang biskut cicah teh o? nak masak menu pelik2, kang tak sedap malu pulak'. Padahal yang nak datang tu bukan nak makan pun, kalau nak makan sedap baik diorang gi restoren yang dah tentu2 masak sedap. Tak gitu?

Oh ni sebenarnya aku nak citer tentang salah sorang kawan yang kenal dari blog bersambung ke laman muka buku FB, dan bebaru ni aku sempat merasa air tangannya. Eh makan ati tau hari2 tengok dia post brownies kat Facebook, gigih lah aku masuk order kebetulan dia onthe way nak balik kampung, kiranya order drive thru lah ni. Mujurlah laluannya balik kampung, lalu taman perumahan aku.

Ada sesapa kenal? Inilah dia Cik Puan DJ Shaz BLOG SINI. Kecik molek je orangnya. Kami tak sempat borak lama, banyak lagi tenpat dia kena singgah, kang cair pulak brownies dalam keta tu. Hihi





Alhamdulillah, puas hati sangat. Tak sampai setengah hari, setengah kotak dah selamat masuk perut. Adoi, bahaya betul kalau aku berjiran dengan DJ Shaz ni. Sapa nak order boleh search FB Shazwani Shakeri ye. 

Kata kunci hari ini ialah Benda Baik Kena Cerita, daaaaaaaaaaaa

Saturday, September 24, 2016

Chia Seed Ku Bercambah

Salam hari minggu. Apa aktiviti hari ni? Seperti biasa rutin hari Sabtu aku hantar Abam training bola. Tapi hari ni takde training sebab ada lawan bola kat Seremban. Abam pegi tumpang jiran. Tapi hari ni kakak ada tuition extra, maklumlah PT3 dah dekat. Tq ticer yang rajin buat extra class tanpa bayaran tambahan.

Okey ni ada benda nak cite. Korang cuba teka apa kah bendanya ni? Ini ialah chia seed yang telah bercambah. Usianya baru beberapa hari.


biji ni terlekat kat penutup botol

dah bertambah tinggi dalam 1 inci
Ada sesapa kat sini guna chia seed dalam makanan @ minuman? Aku ada terbaca tentang chia seed yang bagus untuk turunkan berat badan, saja la nak cuba (nampak sangat ke aku ni mudah terpengaruh? haha)

KLIK SINI kalau nak baca, SINI PUN ADA SHARE (ramai keliru chia seed dengan biji selasih, tapi bukan ye, mungkin sepupu belah mak dia kot, haha *lawak hambar*

Aku letak dalam botol air minum aku je, tak buh dalam makanan pun. Takde rasa apa pun, cuma suka ada rasa biji2 dalam mulut bila minum air.

Antara MANFAAT Chia seed yang seronok didengar :
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat 
Tapi beberapa hari lepas aku rasa cuak bila biji yang terlekat kat penutup tu bercambah, aku cuma top up je botol tu bila dah habis. Aku rasa muskil, camner ye kalau biji tu tumbuh dalam perut aku, huhu. Masuk akal tak?


Aku tak jual ye, korang boleh beli kat mana2 pasaraya besar. Cosway pun ada jual dalam bentuk botol. Kedai jual makanan organic pun aku penah nampak. Ni aku beli online dengan Sis Dila (tu gambar kat bawah, ada nombor telefonnya).


Sekian perkongsian hari ni. Jom masuk dapur pulak, plan nak buat sup sayur pecah telur dan di regukan dengan daging qurban goreng lada hitam, campak telur dadar sebagai peneman. Cukup lah kan?

Okey.. daaa


Friday, September 23, 2016

Baby Aisha: Tik To Tik Tok, Sudah 9 Bulan

Assalamualaikum

Umie sibuk, maklum lah Home Manager katakan
banyak benda nak diuruskan
so biarlah saya tolong sapu sawang blog umie ni
hihi


Hai
genap 9 bulan umur saya hari ni
kejap je masa berlalu kan?

Umi cakap
' rasa macam baru semalam umie terkejut monkey dalam bilik doktor bila tahu saya diam2 dah 3 bulan saya menyorok dalam perut umie'
hihi

Terima kasih Umie, Ayah, Kakak, Abam dan Kakcik yang sabar melayan saya
layan saya yang suka menjelajah satu rumah
layan saya bila saya meragam

Terima kasih pada kenalan umie dalam FB dan jugak Blog
(walaupun umie dah jarang update blog kesayangan nya ini)

Sebagai kenangan, saya listkan apa perkembangan saya setakat ini

- saya dah boleh merangkak laju, sampai depan muka pintu bila ayah nak gi work
- saya dah ada 2 gigi bawah, 2 gigi atas untuk gigit umie, auwwwwww
- saya dah boleh berdiri lepas tangan dalam kiraan 2 saat
- saya dah makan bubur blend
- saya masih menyusu dengan umie sepenuhnya, harap sampai 2 tahun ye
- saya berjaya penuhkan gallery henpon umie dengan muka saya je, hihi

emm apa lagi ye? 
cukup setakat ini dulu, saya nak teman umi ambik kakcik kat tadika
tak sabar nak jumpa kakcik

baiiiiiiiiiiiiii
love u memuah


Friday, September 2, 2016

Cuci Gambar Dengan LifeBuuk

Awal bulan tu ari aku ada cuci gambar guna online, dari LifeBuuk. Gara2 terpengaruh dengan kawan yang cuci gambar percutian dia. Nampak sangat comel gambar2 tu dibukukan dengan buku comel tu. Aku pun ambik jugaklah pakej, RM60/3 buku album.

Nampak macam leceh je nak buat, tapi kalau tahu cara, takde lah susah mana pun. Memula sekali, korang kena install apps ni kat henpon dulu ye, pastu pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang. Bayar online, guna Maybank2u pun boleh. Nanti dapat code. Pastu follow je arahan yang simple dan senang faham. Pastu dah boleh lah upload gambar.

Lagi senang kalau korang dah siap2 buatkan album dalam Facebook. Tu ari aku tak tahu, jenuh lah skroll satu-satu gambar dari galeri handphone. Tak pasal, ada gambar kena print 2kali. Rugi je






Memula stress jugak pilih gambar, sampai 2x kena reject sebab gambar tak menepati piawaian diorang. Diorang akan emel kalau gambar kena resubmit balik. Aku jarang buka emel, tu yang lambat proses. Memula tu aku dah tak berharap. Padahal silap sendiri sebab tak reply emel, haha.

sempat print gambar cuti2 ke Sabah je dulu, next will follow, kalau rajin, haha

mau kakcik tak jeles, sebab baby punya dah ada, dia punya takde, huhu

setiap album ada tajuk, senang nak belek2 kan

Lepas dah hantar gambar lain, tak lama tu diorang dah pos ke rumah. Wah! Tak sangka pulak hasilnya boleh tahan cantik. Dah tak pasal jadi ketagih nak print semua gambar2 lama. Banyak gambar percutian ( yang New Zealand dan London beberapa tahun lepas pun langsung tak cuci). Sampailah kena tegur dengan kakcik bila dia jumpa album gambar kakak dan abam masa kecik dalam kabinet, dia pelik kenapa gambar masa dia kecik takde, sian dia. Maafkan umie ye, nanti umie buatkan album masa kecik kakcik (sambil godek2 laptop cari balik gambar lama 6 tahun lepas, huhu).

Sebenarnya bukan LifeBuuk je boleh buat,banyak lagi online yang lain. Tapi aku tak pernah buat. So aku share pengalaman aku je lah ye.

Okey, daaaaaaaa