Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Selamat Hari Lahir ke 61, AYAH

Salam Hari Minggu untuk semua Apa xtvt hari ni? Sepatutnya sekarang dah ke Klia sambut Mak Ayah dari Umrah tapi flight delay  (dalam schedule pukul 11 pagi tapi delay kul 1 tgh hari) so lepak dulu lah, umah pun 10 minit je ke Klia tak payah lah terkejar2, hehe Hari ni hari istimewa untuk lelaki pertama dalam hidup aku Hero pertama ku iaitu AYAH Hari ni bersday ayah yang ke 61 tahun semoga Allah memberkati sisa2 usia yang ada TQ CikViva yang menaja kek comel ni *harap sedap secomel rupanya* Okey, nak bersiap ke airport daaaaaaaa

'KakCik' dan Gelagatnya Yang Mencuit Hati

Hai semua, Salam Jumaat ye Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik' Sementara belum ada 'baby baru' ni kan Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat) Genaplah umurnya 6 tahun Dia seorang peminat setia kucing pantang nampak kucing mesti mintak nak bela maaflah sayang, tengok dan pegang boleh bela tu umie belum mampu, huhu ( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati) # kucing ni nama Ray (kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai ) Ni situasi biasa bila balik dari tadika Tudung senget benget tu pemandangan biasa jarang lah tengok tudung dia terletak elok sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe Tapi anak tudung dah banyak kali hilang Yang ni memang sakit perut mak aku gelak mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni bila citer, sakit perut gelak kata mak mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah alasannya "kita ...

Happy Besday Mama, Terima Kasih Untuk Segalanya

Ni cerita bulan lepas, ada dalam draf, so teruskan je lah Sebelum berkahwin, masa single mingle dulu Aku selalu fikir nanti dah kawen, nak kawen dengan anak yatim piatu eh! betullah, ni bukan rekaan tau Aku bayangkan bakal suami tu anak yatim piatu @ pun kalau tak dapat yang yatim piatu aku harap dia cuma ada mak je, tapi ayah dah meninggal dan dia takde adik beradik # sebab aku takut adik beradik dia tak suka aku sebabnya apa aku takut kalau ada bapak mentua? aku takut kalau bapak mentua aku suh buat pengat pisang sebab aku tak yakin boleh buat pengat pisang, huhu gila punya imaginasi kan? TAPI... yang berlaku adalah sebaliknya aku berjodoh dengan anak sulung (kami sama2 anak sulung) aku 6 beradik dan enAbe pun 6 beradik masih punya mak ayah masa tu * Fil meninggal April lepas, kehilangan Fil masih terasa hingga kini* aku dapat 5 adik ipar dan enAbe pun dapat 5 adik ipar wah! besar adik beradik kami kan? Memandangkan mak ayah ak...

Hadiah Untuk Ma dan Ayah

Bagi pembaca setia (wah! berani mati punya statement claim ko ada pembaca setia ye, kikikiki)  mesti dah sedia maklum yang aku dan CikViva sudahpun menamatkan 'khidmat' kami selama berbelas tahun dengan 'kapal cap wau' itu. Teruskan langkahmu jangan dikenang perkara yang dah lepas #lap air mata dengan lengan baju, sobs sobs sobs. Kalau ada yang tertanya2 apa aku buat sekarang, aku tak buat apa2 selain mengurus rumah tangga dan anak2, jadi supir hantar anak ke tusyen/sekolah dan selain itu menunggu hari bersalin. eh! penat rupenya jadi supir ni ye, huhu CikViva pun dah sebulan lebih memulakan kerja barunya, moga dia baik2 aje menyesuaikan diri dengan kerja baru, kawan baru, suasana baru dan segala yang baru. Doaku untukmu sis..... krik krik krik. Eh! aku nak citer pasal apa tadi ye? Oh, nak citer pasal hadiah untuk my lovely parent, ayah dan ma. Memandangkan tiket free CViva masih berbaki (bahagian untuk parent), so kami adik beradik berpakat menghadiahkan pakej u...

Baby Baru: Keterujaan Nak Sambut Baby Baru

Datang malasnya, berminggu blog terbiar tak ber update Datang rajinnya. rasa nak post setiap 30 minit ( pentipu sangat, hehe) Okey, ni datang rajinnya, meh lah kita update blog ye Baru je lepas lipat baju baby, dah beli sikit2 minggu lepas, tapi takde masa nak basuh, lagipun hari mendung je sekarang, takut lambat kering. Sebenarnya, mengandung kali ni semua kena beli baru. Yang lama semua dah let go kat orang (ingatkan dah tutup kedai, hehe) . Tapi tak banyak pun membeli, hanya beli yang penting je. Boleh tahan jugak harga barangan baby sekarang ni ye, jenis aku pulak tak pandai nak survey, kalau boleh masuk satu kedai dan borong semua kat situ je, tak kuasa nak survey banyak2 kedai, penat oi nak menapak masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ada orang cakap expo barangan baby situ sini murah, aku takat dengar jelah. Berpanas dan bersesak kat tempat ramai, memang bukan aku lah orangnya. FIRST BATCH: model kecik nak enterframe, kasik can lah  1- Beli ...

Baby Aisha: Berjaga-Jaga, Akhirnya Cucuk Insulin Juga

27-30 NOVEMBER 2015 Aku tulis sebagai kenang-kenangan apa yang berlaku sepanjang pengalaman mengandung kali ke4. Mengandung kali ini diduga dengan diabetes sama macam masa mengandungkan KakCik (Hajar). Bezanya masa tu aku cuma di suruh control diet, pernah di masukkan ke hospital untuk 2 malam monitor gula dalam darah dan berjumpa pakar pemakanan tapi belum sampai tahap kena cucuk insulin. Sebenarnya aku dah bersedia mengandung kali ini juga akan ada diebetes sebab masa mengandungkan 'kakcik', doktor ada pesan kemungkinan diebetes akan ada bila mengandung akan datang. Walaupun aku control diet, result on off, kadang ok, kadang ko. Nak taknak klinik refer jugak aku ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ada gak mintak excuse, tapi tidak dilayan, huhu. Untuk kebaikkan ibu dan anak seperti kata doktor, aku serah diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada petang Jumaat ( 27 Nov 2015). ini bukan wad bersalin tapi bangunan utama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban WOW! Wad ...