Assalamualaikum... Entri lepas aku ada bagitau yang hobi aku sekarang ialah membaca. Membaca bukan setakat buku dan majalah tapi juga e-book, ada beberapa e-book yang aku dah miliki tapi belum habis khatam, hehe. Ada unsur ketamakkan disitu ye, kalau boleh semua nak dibeli. Okey, bersempena tengah 'membuyung' ni dan Insha Allah, January 2016 nanti akan memasuki fasa berpantang, adalah wajib untuk aku memiliki e-book dari Puan Masayu yang bertajuk 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini, tengok muka depan pun dah meleleh air liur, hihi. Irfa, ingat sikit. Pantang betul2, banyak kot kilogram yang nak dikurangkan lepas bersalin nanti, uwaaaa. Cover yang menarik, tak sabar tunggu diterbitkan dalam bentuk buku fizikal lagi best dapat belek-belek masa tunggu mata mengantuk Jom kita tengok apa ada dalam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini Bahagian 1: Menu Nasi 1. Nasi Herba 2. Nasi Goreng Lada Hitam 3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar 4. Bubur Nasi Ulam Bahagia...