Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Hari Yang Di Tunggu :)

LIKE hari Jumaat :) -hari terakhir bekerja untuk minggu ini -esok dan lusa cuti korang suka tak?

'Kawan 3 Hari' Katanya

NI KISAH PETANG SEMALAM.. aku ambik si adik dari pintu belakang.hero pulak keluar dari pintu depan.so aku tak tengok muka si hero masa ambik diorang dari rumah pengasuh.tapi pengasuh bagitau 'nanti tengok muka irfan.ada calar tepi mata dia,dekat sangat dengan mata.dia kata jatuh kat sekolah tapi anak kak I nampak dia main bertumbuk (budak darjah 2 kepit kepala dia celah ketiak) dan hempas ke tanah' . kalau korang jadi aku.apa korang rasa?aci hantuk kepala kat tembok memang aku sakit hati dan geram sangat kat dia.sampai je kat rumah,aku pandang dia..dia pandang aku.dia ingat aku tak tahu apa jadi.aku pulak nak tengok akal dia..kot la dia nak bercerita tapi non ado. aku tak bercakap dengan dia geram punya pasal.masa nak kunci pintu aku tanya 'mata lebam tu kenapa?' 'abang jatuh kat sekolah' 'jatuh sendiri ke orang buat?' diam..muka tunduk 'cakap betul-betul.jatuh sendiri @ orang buat?' 'abang main-main je dengan kawan.lepas tu ter

Bila Kenit Dapat Henfon

okey... 1 2 3 'mie.tantek' 'yelah.tantek sangat lah tu'

Wordless Wednesday

PAGI NI.. tekak sakit + hidung tersumbat + mata pulak macam ada pasir..pakej yang lengkap kalau dapat mc.huhu.si kenit pun meragam malam tadi.tak lena tido sebab hidung tersumbat.sabarlah Irfa oi..bertahun,berbulan,berminggu sihat je..baru sehari selsema dah kecoh..layan

Kisah DiSebalik Kejadian Yang Kita Tak Tahu

selalu bila berlaku sesuatu kejadian buruk cth:budak umur 5 tahun diculik semasa ke kedai berdekatan rumah.kita pun mula buat macam-macam ulasan. 'kenapa yang bingai sangat bagi anak umur 5 tahun pegi kedai?maknya buat apa kat umah?bercucuk tanam kat fb ke?' . gitu la lebih kurang ulasan tanpa nama dari mulut-mulut orang sekeliling.aku pun tak terkecuali.sedangkan aku juga ada ketika penah jugak benarkan anak aku gi kedai walaupun aku monitor dia berjalan dari rumah sampai masuk kedai dan dari kedai aku tunggu dia patah balik kerumah.w,pun aku tengok dari jauh dia berjalan kaki ke kedai apa jaminan yang itu cara yang selamat?takde sapa boleh jamin kan?kalau nak jadi apa-apa semasa dalam perjalanan tu apa aku boleh buat?nauzubillah..mintak jauh anak-anak aku dan anak-anak kita semua yang baca blog aku ni dari malapetaka dan bahaya. kenapa aku tak pegi kedai sendiri?alasan 'malas nak tukar baju'.boleh?yelah..duk umah takkan aku nak pakai baju kurung selendang belit-bel

Mini Contest Itu,Kini Sudah Ada Pemenang.Siapakah?

SELAMAT PAGI KAWAN-KAWAN ;) sangat ceria kan siap usaha cari gambar selamat pagi untuk menunjukkan betapa cerianya aku hari ni memula nak ucap jutaan terima kasih pada yang sudi join mini contest aku tu.tak ramai pun yang join.huhu.tapi takpelah..lagi senang nak pilih pemenang.kang ramai-ramai sangat susah nak pilih (ayat pujuk ati) .korang tahu kenapa aku buat contest tu?hahaha..saja je nak korek rahsia lama korang lepas spm belasan tahun dulu.seronok baca..nak gelak pun ada.tapi itu semua pengalaman dan kenangan yang indah kan? hadiah tu biasa-biasa je.. (aku belum fikir lagi nak bagi hadiah apa.boleh?tapi hadiah itu akan dipos secepat yang mungkin.kena fikir kotak apa nak packing ni..maklumlah hadiahnya sangatlah besar) yang mintak basikal fixie tu amboi..tak hagak-hagak ko punya permintaan yer.apa kata kalau aku bagi loceng basikal je dulu.basikalnya ko beli la sendiri.hehe okey..pemilihan dibuat dengan cara 1-aku baca semua komen 2-tulis semua nama yang join (maksud

Tutup Sudah..

okey MINI CONTEST sudah ditutup. dan untuk yang sudi join ;) insya Allah esok aku bagi umumkan pemenang

(Mini Contest) Tajuk:Lepas Spm Buat Apa?Tarikh Tutup 26 Mac 2012 jam 5.30 petang

TAK RETI NAK BUAT STICKY POST.. (so aku tukar date je la yer) Entry baru ada kat bawah --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- sana sini sinun kecoh pasal result spm 2012 dah keluar.TAHNIAH bagi yang berjaya dan USAHA LAGI JANGAN PUTUS ASA pada yang dapat result cukup makan. tertarik nak buat entri ni bila baca BLOG MOON dan pengalamannya lepas dapat result spm. aku peksa spm tahun 1997..3 bulan tunggu result duk umah tolong mak basuh kain,kemas umah dan jaga adik.ops..mak aku tukang jahit so tolong la apa yang patut.bosan tak yah citer la..tapi mana reti nak komplen.fb pun tak kenal..kalau masa tu ada fb mesti hari-hari apdet status 'buhsan..buhsan..buhsan' bulan Mac 1998 keluar result.zaman aku tak kira A..yang tulis kat slip ialah BAHAGIAN DUA.pangkat 2 la kan?nyesal tak belajar sungguh-sungguh dapat result daftar kelas komputer.pertama kali pegang komputer gigil jangan citer la.masa tu baru nak

Terokai Korea Bersama.................(hehe)

Sekarang duk gila tengok citer Korea.dari makanan dan juga hiasan dalam rumah mereka (dalam citer tu la) aku telek habis-habisan.suka tengok comforter diorang.warnanya ceria je dan nampak kainnya sejuk. (ceh.kalau dah suka tu semuanya cantik aje) .dan kat Astro Ria ada pulak rancangan Terokai Korea bersama Awal dan Didie Alias.walaupun aku anti 'kapal merah' tu tapi aku terpaksa tengok semata-mata Korea punya pasal.huhu. KOREA TOURISM klik sini kalau nak info melawat korea.bila la aku nak gi korea ni.ada akak opis aku ni dah 2 kali gi sana.dia kata tak puas pegi sekali.anak-anak dia pun suka gi sana.last week dia ada bagi souvenier dari korea.simpan je tak nak pakai.sayang pulak.hehe.ops!tak lupa blogger KakPah pun baru balik dari melawat Korea..bestnya tengok blog kakpah..dahlah gambar-gambarnya pun cantik.menambah lagi keterujaan asik tengok diorang makan dalam drama korea tu tiba-tiba aku teringin nak makan kimchi dan bibimbap.sedap ker? ni rupa kimchi (sejenis kobis

Aktiviti Malam Hari Ku

memula nak komplen 'napa entri aku takde tarikh pada setiap posting?'dulu aku rasa ada,sekarang takde.adakah kerana aku tersangat bijak godek sana sini terus hilang tarikh tu?huhu..sapa mau tolong,bagitau cepat...... emm semalam takde keje..ambik gambar kanak-kanak ribena tu sambil layan citer kegemaran aku,drama Korea la apa lagi :) malam tadi aku perasan si adik ni main masak-masak sambil bercakap ngan babydoll dia tu.dialog lebih kurang gini 'akan nak'(makan nak?)sambil kepala angguk2 kat doll tu. 'akan yer'(makan yer?) macam la doll tu paham dan boleh mengganguk 'emm..tedap'(emm sedap) siap dia atur doll ngan bear atas anak tangga tu.bila doll jatuh,menjerit suh abang tolong ambikkan.tensen je abang bila kena paksa ngan adik.seingat aku masa kakak baya dia,aku tak nampak pun kakak bercakap ngan babydoll@bear ni.yelah kan.10 anak 10 perangai walaupun lahir dari perut yang sama. bosan main dengan doll kacau abang baca buku.sekarang ab

Senyumlah Sayang

'KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI..DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA KEMANA HILANGNYA SINAR.RUPANYA-RUPANYA..ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI' maka..senyumlah sayang

Makan Nasi Arab Lagi

PETANG SEMALAM.. anak tekak tiba-tiba teringin nak makan nasi arab lagi.ngada-ngada sangatlah kan.dahlah belum gaji lagi.huhu.so suh cik abe bawak anak-anak dan jemput aku balik keje,adik pompuan pun join sama.katanya 'makan masa mak ayah datang tu ari tak puas' so 6.15 kami berdesup ke Saba' Cyberjaya. orang cam biasa la ramai..tapi masih ada meja kosong.apa tah silapnya,order kami lambat sampai (atau adakah kerana aku sangat lapar so rasa sangat lama tempoh menunggu itu) .aku order set Lamb Hanith,adik pompuan order set Lamb Kabsah dan cik abe macam biasa la Mandi Chicken (ayam bersiram hehe) .hero tak nak makan nasi katanya.so dia order chicken kebab.nasi lambat sampat sampai kami pakat makan sikit sorang kebab hero.tensen je itu budak. sampai je nasi terus makan tak toleh kiri kanan.rasa sangat kenyang macam tak boleh bernafas.nafsu nafsi menguasai diri.huhu.adik aku yang baru kali ke2 makan nasi arab ni cakap 'lepas ni lambat lagi la dia nak makan nasi arab.da

Basikal Fizie Idaman Hero

sana sini aku dengar dan baca tentang orang duk cite isu pasal Maid Gaji RM700 sebulan buat 1 kerja.kat blog pun bersepah yang mengulas isu yang sama.memula rasa nak komen jugak isu tu tapi cepat-cepat sedar diri yang aku tak layak nak komen lebih-lebih sebab aku pun takde orang gaji.bila kat rumah aku adalah mem dan aku jugak orang gaji.tapi aku bukan superwomen,buat setakat yang terdaya je..buat apa nak paksa diri tunggang langgang buat keje sampai patah pinggang..badan ni nak pakai lama beb.suami isteri kena ada kerjasama.kalau suami tak pandai buat keje umah suh dia jaga anak.takkan itu pun susah.bukan kena bagi 't3t3k' pun ..layan main sambil tengok tv @ bawak la gi taman ke sementara isteri buat keje umah. katanya 1AMAH1KERJA..kalau ambik untuk jaga anak dah tak boleh suh masak @ kemas umah.banyak best hah?sekarang ni kalau aku boleh ambik jawatan tu agak-agak bape gaji aku?sebabnya aku multitasking..boleh jaga anak,masak dan kemas umah jugak.3 keje tu dapatlah RM2100.le

SPM Diumumkan Hari Ini..Tetiba Aku Yang Nebes.Pehal?

HARI NI 21 MAC 2012.. keputusan SPM akan di umumkan. dari malam tadi aku yang tak lena tido. padahal zaman aku ambik spm dah berlalu 15tahun yang lalu. sapa kata SPM tak penting? bagi aku SPM penting kerana itu anak tangga pertama untuk menuju menara gading ataupun nak memulakan alam pekerjaan.tapi SPM sekarang kalau nak keje dah tak berapa laku.paling koman pun nak ada Diploma..zaman aku dulu lainlah. hari ni.. sudah semestinya debaran aku tidak sehebat debaran adik pompuan aku yang akan ambil result tu.dia sekarang dalam tren dari seremban nak balik kampung..masa entri ni ditulis dia belum lagi sampai kampung..biasalah perjalanan ngan tren kan lama. harap-harap dia dapat result yang membanggakan.aku sentiasa doakan adik-adik aku yang 5 orang itu berjaya dalam hidup mereka dunia akhirat dan bertemu jodoh yang beriman serta bertanggung jawab.mungkin sebagai kakak aku seorang yang garang tapi segarang-garang aku,adik-adik tetap dihati kerana kami berkongsi perut yang sama. korang do

Rindunya Pada 'Mok'

cuti memang best.tapi yang tak bestnya bila masuk keje selepas bercuti itu.huhu.sampai hari ni keje masih belum setel.aku punya penyakit tak boleh blah ni,bila keje banyak lagilah rasa nak post entri.boleh? tadi aku call ma kat kampung,tanya pasal nenek.aku kini ada 1 nenek je (belah mak) .nenek belah ayah dah meninggal tahun lepas.atok pun semua dah takde.aku sangat rapat dengan nenek belah mak yang aku panggil 'mok'.sekarang nenek dah tak sihat sangat. aku rasa mok makin tak sihat selepas 'kehilangan 2 lelaki kesayangannya ' 4 tahun yang lalu.mula-mula mok kehilangan anak bongsunya yang ku panggil 'poksu' pada bulan November 2008.4 bulan selepas itu pada April 2009 'tok' pula menyusul.sejak itu mok selalu tak sihat.sakit-sakit badan tu biasalah bagi orang tua macam mok.tapi yang paling aku sedih dan airmata cepat je nak meleleh bila mok selalu menyebut tentang arwah poksu dan tok. yang paling buat aku sedih bila ma cakap,mok dah mula 'lupa-lup

Seminggu Bersama Kakak

Sebelum baca entri ni kalau free dan nak tahu kisah DUIT TABUNG HERO SILA KLIK ..tak nak pun takpe..tiada unsur paksaan disitu ;) Alhamdulillah.. cuti sekolah minggu lepas kakak balik sini selepas 42 hari tak bersua muka.cuma sms dan suara di telefon mengubat rindu.last bersama kakak ialah 27 Jan 2012.cuti raya cina tu hari.setiap hari belek kalendar mengira bila kakak nak balik sini.keje si hero ialah pangkah kalendar bila kakak nak balik. kakak selamat sampai rumah jam 7.30 malam bersama atok dan mok juga paksu. (adik lelaki yang bujang tu baik hati balik kampung hari jumaat tu dan balik sini semula hari sabtu bawak diorang ke sini.TQ Ichik) tapi malam tu mak ayah aku tak tido umah kami sebab dah janji nak tido rumah adik lelaki.so diorang cuma singgah hantar kakak je.malam tu tido sekatil ngan kakak.rindu sangat kat dia.tadah la telinga dengar cerita-cerita kakak.tentang sekolah la yang banyak.aku gembira bila dia kata seronok kat sekolah baru tu..cuma bila kat rumah bosan sikit

Pertemuan Yang Tak Di Rancang Dengan Cik Ja

sebenarnya nak citer pasal 'Seminggu Bersama Kakak' tapi belum karang lagi citer pasal tu..huhu.nanti-nantilah yer.cumanya nak citer pagi tadi aku terserempak dengan blogger.nak kata baru kenal tak jugak..kategori dah lama kenal la cuma belum penah bersua muka. alkisah...macam biasa la pagi-pagi aku kena collect document kat opis lama.ontheway balik opis lalu kat bahagian orang menunggu ketibaan penumpang.aku nampak seseorang yang 'eh!cam kenal.adakah dia?'..pandang yang duk sebelah dia.seorang lelaki bertopi yang khusyuk tengah main games Angry Bird.hehe sorry encik Azam.ye ye..betul la dia. (muka sama cam dalam blog dia) ..jerit-jerit sambil lompat bintang kat situ (adegan lompat bintang itu adalah rekaan semata-mata) .hilang akal ke nak lompat bintang di khalayak ramai. dia pandang aku dan aku pandang dia.dan aku pun tercakap 'eh.kau.buat apa kat sini?' dia pun sama-sama terperanjat boboi cam aku jugak.sib baik la aku tak silap orang.kalau tak memang malu f

Hai Hai Hai ;)

ASSALAMUALAIKUM........... hari ni kembali bekerja setelah ber'cuti'an selama seminggu sambil menternak lemak.hehe.rindunya nak merapu kat blog okey..nanti aku citer apa aku buat cuti seminggu tu (emm ada orang kisah ker)

Keletah Si Adik Bila Bergambar

ingat tak dulu,si kecik Hajar mesti posing buat muka macam ni bila ambik gambar?tapi sekarang dah tukar fesyen baru.nak tengok?tak nak pun aku nak tulis jugak..hehe taraaaaaaaaaaaaa..penah dengar lagu Jalil Hamid yang liriknya 'makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng' tapi ini bukan kes makan leher ayam yer (aku tak penah bagi dia makan leher ayam pun) .ini kes bajet cute la kalau buat kepala teleng camtu. versi penuh :) dan akhirnya..satu gambar tanpa kepala teleng tapi mulut dah takleh nak senyum sebab kepala dah tegak :).tapi aku rasa senyum adik makin lebar esok bila tengok kakak depan mata. ini gambar malam tadi..yang pakai anak tudung tu sebab dah ready nak gi kenduri kat rumah jiran sebelah.dia buat kenduri sempena masuk rumah baru (baru lepas renovate la) .aku sarung tudung,dia pun 'nak tutung' jugak..so bagi jelah pakai anak tudung (kes umienya dah malas nak naik atas ambik tudung si kakak) . ini entri terakhir untuk minggu ni.n

Maggi Saya Sudah Kembang dan Adakah Itu Ulser ?

tiba-tiba je 'anak tekak' mengidam nak makan maggi cup.ops..bukan jenama maggi tapi jenama super ;) sesekali makan takpe kan?jom layan........ (tengah rendam tu..jangan sampai kembang sangat,tak lalu makan pulak nanti). ops..sebelum tu nak tanya korang kalau ada sesapa penah mengalami situasi macam hero aku sorang ni (sila rujuk gambar) (ni gambar snap malam tadi) sebenarnya ini bukan kali pertama naik biji ni kat bibir dia.senang citer biji ni sentiasa ada kat bibir dia.cuma ada ketika ketika sizenya kecik dan ada ketika size jadi besar.bila tanya katanya 'tak sakit sangat.sakit sikit je' .so far belum rujuk pada pakar..tu ari saja je gi klinik 1Malaysia bawah flat mil.pembantu perubatan tu kata 'ini bukan ulser.kalau nak buang boleh tapi kena pegi hospital besar.benda ni tak bahaya cuma mungkin dia rasa tak selesa'. aku dengar macam tak yakin je..dahlah satu ubat pun tak bagi.redha jelah sebab bayar RM1 takkan nak demand lebih-lebih. ada pengalaman

Kesian Mak Cik,Rumahnya Terbakar

kisah SYILING TABUNG HERO tu aku masih belum follow up.jap lagi la nak check kat 'si ai em bi klik' ;).balik semalam dia ada tanya 'umie dah hantar bank ke duit abang?belum cukup ke nak beli psp?bila dia kasi duit tu?' aku cakap 'abang kena simpan lagi biar penuh.belum cukup lagi tu.orang bank kata lagi 3hari dia bagi duit kertas' .harap-harap ada la,InsyaAllah..kalau rezki halal duit tu tak kemana.kalau takde jugak kenalah aku bagi duit aku sebagai bukti duit syiling dah tukar duit kertas..takut nanti hilang semangat dia nak menabung. petang semalam dapat berita 'kurang baik' dari kampung.rumah makcik (kakak sulung mak aku) hangus terbakar tinggal selai sepinggang.makcik dan suaminya sempat menyelamatkan diri.kejadian berlaku semasa mereka sedang mengambil wuduk di bilik air. kata mak lagi 'bomba datang pun tak boleh buat apa.rumah papan pulak tu..rumah pun jauh dari jalan besar'.sian makcik..ramai jiran-jiran pakat sedekah barang keperluan

Tabung Syiling Hero

Dah banyak hari hero duk menyanyi kat telinga aku 'umie.tabung abang dah penuh.dah tak boleh nak masuk duit lagi.umie hantar la kat bank rakyat.nanti abang nak beli PSP' .hah,itulah yang dia ulang hari-hari kat telinga aku dari minggu lepas.tabungnya ialah tabung bentuk bangunan Tabung Haji macam ni ini bangunan Tabung Haji ;) dulu-dulu zaman sekolah rendah aku pelik kenapa tabung tu rupanya pelik tak macam tabung ayam yang lain.rupanya dia adalah sebuah bangunan balik kepada citer si hero dan tabungnya..semalam dia cakap lagi.yang best dia cakap 'bank rakyat' takde pulak dia sebut bank lain..ni mesti pengaruh iklan 'Bank Rakyat,Saya Mesti Pilih'..hehe. so nak keluar rumah tadi aku capai tabung tu dan keluarkan isinya masuk dalam beg tanpa mengira berapa jumlahnya.jam 11 tadi pegi bank kat airport ni yang katanya 'ini adalah mesin deposit syiling yang pertama di Malaysia' .masuk kad atm dan buka je lubang syiling tu aku terus tuang syiling dalam t

Aku Mahu Cuti

Minggu depan cuti sekolah seminggu. apa ada dengan cuti sekolah? 1-kakak akan balik sini..rindunya kat kakak 2-insya Allah ma ayah pun datang jugak 3-pengasuh mintak cuti seminggu nak balik kampung ada kenduri kahwin so.. apa lagi..aku pun kenalah cuti jugak.nanti sapa nak jaga kenit..boleh je mak aku tolong jaga tapi..aku nak cuti jugak.spend masa ngan kakak,alangkah bestnya kalau dapat gi bercuti ke mana-mana.perancangan paling dekat nak jalan-jalan ke MELAKA.insya Allah minggu ni kena pulun buat keje,harap seminggu aku cuti takde menyusahkan sapa-sapa ;)

Salah Siapa?

sehari sebelum kejadian.Jumaat la..balik keje ambik anak-anak kat umah pengasuh macam biasa.sesampainya kat rumah..masukkkan beg anak-anak ke dalam rumah.hero mengikut aku dari belakang sambil bawak beg sekolahnya. hero:umie.esok abang sekolah tak? aku:esok kan sabtu.mana sekolah.kenapa?cikgu kata sekolah ker? hero:tapi kawan abang kata sekolah. aku:kalau sekolah mesti ada surat.mana surat?ada cikgu bagi surat? hero:takde surat pun..oklah,abang nak gi main bola ingat dah habis citer setakat itu.. TETAPI.. hari sabtu.. biasalah aktiviti mendobi,hero bangun lewat.aku saja tak kejutkan dia sebab hari cuti je peluang untuk dia tido lama sikit.jam 11.00 kuar sidai kain. (gila lambat sidai kain kan?jangan tiru perangai macam ni) akak jiran:(nama aku)..ada nampak bas sekolah lalu tak? aku:bas sekolah?hari ni sekolah ker? akak jiran:eh sekolah la.sekolah menengah,sekolah rendah semua sekolah.anak tak sekolah ker?hari ni ada mini sukan kat sekolah dia . aku:oh yer ker?tak d

Nilai RM100

gara-gara tak suka tengok posting pasal Menyesal Tengok Video Baby Mulut Kena Salotape tu duk atas sekali so aku gigih post lagi satu entri. kredit pic kat sini satu petang,singgah pasaraya kecik sebelum balik rumah..aku masuk pasaraya sambil sorong troli (motif ambik troli macam banyak sangat barang nak beli). sebenarnya cuma nak beli untuk masak makan malam.datang tak bawak list apa pun..so tak fikir nak beli apa.. mula-mula sekali pegi rak lampin pakai buang.sambil otak fikir *bila la adik nak free diapers ni,sekarang umur 2tahun2 bulan..aku bagi lagi 4 bulan sampai umur 2tahun setengah.aku akan paksa dia berak kencing kat bilik air.moga berjaya* .jenama pilihan cuma fitti.yang lain tak sesuai. pastu ambik biskut 2 bungkus,minyak masak sebotol,sedikit sayur dan sesikat pisang.adik kan suka 'pitam' aka pisang.jalan lagi sampai rak yang ada macaroni dan spageti.ambik macaroni spiral dan setin sos cendawan prego.konon dinner taknak makan nasi..feeling omputeh :) teru

Menyesal Tengok

Aku dah lama tak bukak Fb.sib baik jugak masih ingat password.tapi semalam aku bukak dan tak sangka pulak bila bukak fb aku 'di sajikan' dengan video anak-anak kecil yang takde dosa itu di balut {bedung}ketat-ketat dan mulut comelnya di salotape.tak terkata aku bila ramai yang share video itu kat fb,nak tengok sampai abis pun aku tak sanggup.mungkin korang semua dah tengok dan tahu pasal video ni cuma aku je yang kelewatan.aku rasa kalau aku tak tahu pasal tu lagi bagus..sebabnya,sampai ke malam aku duk terbayang-bayang anak-anak kecil yang di amanahkan oleh ibubapa kepada nursery itu diperlakukan sebegitu. dengar citer pulak katanya pekerja nursery tu saja buat sebab nak sabotaj owner nursery tersebut.tak kisah lah ko nak sabotaj ke hapa.takde ke cara lain selain jadikan anak-anak itu mangsa?buat la cara lain..simbah cat kat umah dia ker?sorok selipar dia ker?apa salah anak-anak kecil tu sampai sanggup buat macam tu.eeeeeeeeeeeeee geram.ingat tak sakit ke letak salotape kat m

Hobi Baca Katalog

Aku ingat perangai aku yang suka belek katalog sebelum tido (selalunya katalog Cosway,Tupperware @ pamphlets pasaraya) dah menurun kat kenit.aku suka tengok gambar-gambar yang cantik dalam katalog.cer korang tengok ni.. sambil menelaah tu mulut cot cet cot cet 'nak tu..nak tu' ..selalunya makanan @ minuman yogurt la yang dia tunjuk.selagi tak cakap 'okey' selagi itu lah dia mintak.lepas aku cakap dia pun akan ulang apa aku cakap 'key' .. 'o' sudah hilang.suka dengar dia sebut 'key' dengan suara comel dia. suka baca katalog.korang pun ada perangai camtu jugak ker?

Smelly No More by Total Image

takde keje diorang ni yer?hehe sapa ada masalah bau badan mesti rasa tak selesa bila berpeluh kan?tambah-tambah lagi bila berhadapan dengan orang ramai.ada yang sembur minyak wangi banyak-banyak dan ada juga yang pakai deodorant?tapi tak semua jenama sesuai untuk semua orang.apa lagi yang kulit sensitif macam aku ni..silap pakai nanti gatal dan akan mula menggaru sampai melecet kulit.huhu..sakit siot :( antara sebab masalah bau badan (senang citer bau 'keti' la.'keti' means ketiak. antara punyanya ialah: -pemakanan(makan bawang dna benda2 ber bau) -kebersihan diri(kurang mandi) -persekitaran (keje yang membuatkan kita selalu berpeluh) -stress -keturunan -pakaian yang tidak sesuai (kain yang tidak menyerap peluh) itu sebahagian..malas la aku nak tulis semua(aku bukan pakar pun) . banyak jenama aku dah guna ni kes try and error.ada setengah jenama tu pakai sikit je dan menggaru seharian.terus buang dan beli jenama lain pulak..yang aku ingat aku penah cuba Re