Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi Kononnya

Petai Jeruk: Busuk Tapi Sedap

Sapa suka PETAI? Suka petai mentah ke petai jeruk? Aku suka kedua-dua nya Apa saja masakan berasaskan Petai, semua aku layan Tapi aku jarang beli petai kat rumah sendiri Selalunya stok petai dibekalkan oleh Ma Ayah dari kampung Ayah akan kait petai di kebun Kopek buang kulit dan simpan dalam bekas Bekas tu di lapik dengan kertas/tisu atas bawah Nanti Ma Ayah akan bawak datang waktu melawat anak-anak di Nilai Itu lah kasih sayang ibu ayah kepada anak-anak nya Mampu kah kita membalas jasa mereka? huhu *sebak* okey.. Nak kongsi cara buat PETAI JERUK Bahan-Bahan: Petai  ( dicelur/rebus sekejap tanpa kopek kulit) Garam Asam Keping Air Bekas bertutup Cili Padi - ikut suka Cara-caranya: 1- Petai yang di rebus/celur tadi di kopek Kulit putih tak perlu buang 2-  Masukkan dalam bekas, masukkan air tutup paras petai 3- Tabur garam, bubuh asam keping dan cili padi 4- Tutup rapat bekas dan simpan dalam peti ...

Resepi Siakap Bakar Tempoyak

Resepi mudah bagi yang tak berapa rajin macam aku haha aku cuma letak sambal tempoyak petai dilaila atas ikan tu tambahkan carrot dan daun kesum bungkus dengan aluminium foil bakar dalam pemanggang ajaib taraaaaaaaaaaaaaa siap untuk di makan dengan nasi panas pun cukup dah

Kek Kampung Semudah 123

 Assalamualaikum lama tak update blog saja nak share resepi kek mudah minggu ni dah 3 kali buat sebab anak-anak suka layan gambar dulu Bahan-bahan: 1 cawan gula halus 1 ketul butter cup 2 cawan tepung naik sendiri 4 biji telur sedikit Esen vanilla Sedikit soda bikarbonat Cara-cara: Pukul gula dan butter hingga kembang Masukkan telur (aku guna blender je, putar sampai sebati) Tuang dalam mangkuk besar Masukkan tepung yang telah di ayak dengan soda bikarbonat kacau sebati dan tambahkan esen vanilla Kacau hingga sebati Sapu inner pot periuk noxxa dgn sikit butter Lapik inner pot noxxa dgn kertas kek Tuang dlm inner taburkan coklat rice kasi ceria sikit tutup periuk pusing jarum kepada Stema Tekan STEAM 25X boleh lah buat kerja lain sampailah bunyi tet tet tanda 00 keluarkan kek dan letak atas pinggan korang yang paling cantik, haha dan sila ambik gambar dan post kat facebook nanti k...

Puding Roti Kismis, Mudah Sesangat

Hai Selamat petang dah masak? ker tapau kat param? apa2 jelah kan.. masak pun boleh, tapau pun boleh puasa setahun sekali, apa salah kita memeriahkan pasar ramadhan asalkan tak membazir oklah tu okey, saja nak share (walaupun korang lagi hebat masak2 dari aku) sejak jadi surirumah ni, cuba-cuba merajinkan diri tapi setakat yang simple2 je pelik2 dan bahan susah dapat memang takde lah Okey ni nak share Puding Roti Kismis Mudah Teramat hamboihhhh seram sangat nama nya haha cilok kat FB je pun abaikan presentation yang as-bol (asal boleh) tu Resepi Puding Roti Sos Kastard Bahan-Bahan: Puding Roti – 4 keping roti – dikoyak kecil-kecil 1 tin susu cair (375 mL) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu besar butter Sedikit kismis Sos Kastard – 400ml susu segar (low fat) 2 sudu besar kastad 1 1/2 sudu besar gula perang lembut 1 sudu kecil esen vanilla Cara Membuat: Pudi...

Cheesekut Semudah ABC, Kegemaran Anak-Anak

 Selamat Pagi korang buat apa tu? dah masak ke belum? kain dah basuh ke? soklan itu ditujukan kepada surirumah cam aku bagi yang bekerja, selamat bekerja ye tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin *tetiba rindu meja kat opis dulu sapa agaknya duk kat meja sebelah mesin potostat tu ye* okey, move on *tarik napas, hembus* Sejak duk umah ni, baru tahu boleh tahan selera anak-anak aku nih mulut asyik mengunyah je, hihi sampai aku kena perah otak nak masak apa pagi nak sarapan apa? petang nak kudap-kudap makan apa? malam nak makan nasi ke nak makan apa? wah! mak-mak sangat tau Saja nak share, kegemaran anak-anak terutama si kakak sekarang ni ni bahan2nya biskut (apa brand pun boleh, janji biskut) susu segar nestum cream cheese (ni pun belasah brand apa pun) susu pekat (setengah tin je aku guna) Caranya: blend susu pekat dengan creem cheese (nak kacau ngan sudu pun boleh, tapi blend lagi sebati) rendam b...

Proses Membuat Asam Rom @ Asam Rong @ Aserong

Baru lepas masak, meh kita update blog # simple je masak pun, kari ayam dan telur dadar, hehe sementara rajin nih kena update cepat2 Belek handphone, banyaknya gambar Bayangkan dari February 2014 (handphone dapat masa besday aku) bayangkan ribu-ribu keping gambar tak tahu nak save kat mana nak transfer ke laptop tak reti (malas belajar pun ye jugak) so aku ingat lepas ni nak update cerita setiap gambar so boleh lah delete mana yang sudah jangan korang muntah pulak ye, haha Dimulakan dengan gambar ini Sapa tahu ni apa? Ye, ini biji getah bijinya ni kalau orang tak tahu memang akan buang je tapi sebenarnya biji getah yang di proses akan menghasilkan sesuatu yang dinamakan ASAM ROM aka ASAM RONG aka ASERONG  Ini proses biji getah untuk menjadi Asam Rom (rujuk pada mak) 1- biji getah yang dikutip di kebun getah di jemur di tengah panas seketika 2- lepas tu dipecahkan kulitnya 3- isinya di kering sekali lagi hingga betul2 keri...

Ramadhan 10: Kuih Kepek Hidung (Hidung Penyek)

Salam Jumaat dah hari ke 10 berpuasa rasa sedih sebab tak sampai 20 hari je lagi tinggal kalau boleh nak tambah lagi 2 bulan  boleh? aku suka bulan puasa perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata okey, kalau korang tengok tajuk tu mesti pelik kan? hidung sapa yang penyek? terlintas nak wat entri bila baca blog kakakku sayang, Kak Erna gambar ni # kak, pinjam gambar ye aku tak penah buat kuih ni tapi masa kecik2 dulu mak @ nenek selalu buat bila bulan posa resepinya senang je adunan untuk buat kuih kekoh cha (buah melaka aka onde-onde) baki lepas buat kuih buah melaka tu kalau 'nise' dah habis, gentel dan penyetkan  macam korang penyetkan hidung (tekan tengah2) pastu rebus dalam air menggelegak dan ketepikan dalam kuali lain masak kelapa dengan santan dan 'nise' (gula kabung/gula melaka) sampai likat dan masukkan adunan yang di penyet tadi agak2 dah sebati semua adunan disalut kelapa dah siap # k...

Ramadhan 8: Sambal Lenggong aka Sambal Makwan

Alhamdulillah, Ramadhan ke 8 setakat ni belum ada yang berlubang entah2 tak dapat solat raya, huhu Pagi tadi hampir2 tak sempat sahur set alarm tapi silap set 5.25 pagi kelam kabut bangun, suap mana yang sempat je Okey, hari ni kita citer tentang satu benda makan Sebelum citer, kita tengok gambar dulu ni 2 hari lepas punya ulam kubis tu feberet si abam suka betul dia dengan kobis mentah tu # tak bagus untuk pompuan kubis ni  ini semalam punya masa blend lupa nak masukkan ikan bilis so jelas nampak sekor2 ikan bilis tu jering tu member bagi, katanya kawan bagi tapi kat rumah takde sapa makan so dia bagi aku, ai okey je ko mampu makan jering bulan posa, hahaha okey, ini ceritanya Aku rasa ikan bilis ni ikan serba guna, macam2 cara boleh dimasak. Aku tahu kalau aku share resepi sambal ikan bilis ni, ramai akan terfikir 'alahai, ingatkan resepi apa la tadi yang beria-ia bercerita, sambal bilis je pun' haha. Tapi percayalah, sambal ni boleh kata...

My Kebun Pisang

okey..entri ke2 hari ni.wah!duk opis baru kemain rajin apdet blog ko ye..eh!mana ada,bukan dari dulu ke aku rajin?hehe kisah petang semalam,balik keje ambik kenit lalu jalan belakang umah..ternampak sebatang pokok pisang yang ayah aku tanam dibelakang rumah sudah tumbang,buahnya dah elok membesar mungkin akan masak tak lama lagi.sekarang kan selalu hujan lebat siap pakej dengan angin kuat lagi.tu pasal agaknya pokok pisang ni jenis yang rendah tak mampu menampung tandan yang berat itu.nasib baik pokoknya jenis rendah je..so tandan pisang tu elok je menongkat pokok itu.tidaklah patah terus.kalau tidak,mau rosak buah itu nanti. dengan berbaju kurung aku menebang pisang,pakai pisau dapur je sebab takde parang.sib baik pisau size besar.sebijik rupa macam petani moden .... layan gambar sebagai bukti penceritaan... Gambar dari kiri ke kanan: -2 pokok pisang tengah berbuah,nampak yang tepi pagar sudah tumbang -gambar pokok pisang yang tumbang itu -lagi sekali..mungkin tumbang sebab ...

Bahrin Tangkai Jering..gila kedekut taik idung masin

masih lagi kisah drama tv.hehe.takde keje lain ke ko Irfa,asyik ngadap tv je kerjanya ye ;).ni pun aku tengok masa duk melepak umah mil sabtu lepas.lepas rancangan Soal Wanita tu aku tukar channel ke tv3.masa tu ada gak drama melalak dari kenit sebab dia nak tengok kartun.ish budak kenit ni.tak jemu2 ngadap kartun macam aku la tak jemu-jemu ngadap citer korea. lama dah tak tengok tv3.kat umah aku memang tak layan la sebab asyik ngadap drama korea je kejenya.huhu Bahrin Tangkai Jering aku tengok ni,cerekarama bertajuk Bahrin Tangkai Jering .gila sakit perut aku gelak dengan lakonan Zul Yahya.dia ni suka berlakon drama kelakar.muka pulak macam tak bersalah je Sinopsis aku sendiri: Bahrin ni duk kampung.dah kawin dengan Zainab (lakonan Lisdawati) ada seorang anak nama Irfan (abam cakap eh!nama anak dia sama ngan abam la). konon nak mengubah nasib Bahrin ke Kolumpo tinggalkan anak dan isterinya.Memula keje kedai makan gaji sikit badan penat.pastu kawan suh dia try mintak keje s...

Pertama Kali Buat Ayam Percik Putih

sabtu ahad,adik-adik datang berbuka kat rumah.seperti biasa..masa ni lah kalau nak main masak-masak..kalau berdua dengan si abam je aku makan apa ada.penat masak pun aku dan abam je yang makan.si abam tu dapat nasi goreng cukupla bagi dia..masak pelik-pelik nanti ulang alik masuk peti ais lama-lama destinasinya ke dalam tongsampah.tapi aku buat ayam percik ni..komen dia 'abam suka ayam masak macam ni' nampak gaya kena buat lagi.. 'abam.posa tahun depan boleh ke?' hehe.pandai ye umie kata abam suka nasi goreng je padahal umie yang tak rajin nak masak pelik-pelik. okey..sebenarnya nak citer..pertama kali aku buat ayam percik kelantan (yang kaler putih tu ye) ..sib baik menjadi.kalau tak jadi konfem tak letak kat blog.hehe.resepi dari dapur Mamawandiha korang kalau nak copy paste resepi boleh klik kat situ sebab blog aku sorry takleh copy.blog aku bukan blog resepi tapi saja gatal nak try resepi orang ni resepinya aku copy paste..minta halal ye mamawandiha Bahan2 ½ ekor a...

Nasi Daging Jadi Nasi Ayam

Jumaat lepas aku intai blog resepi waktu rehat 2 jam tu.dalam banyak2 resepi terpikat dengan resepi nasi daging dalam blog De Nuanza ,kenapa terpikat?sebab nampak macam senang je.aku ni kalau tengok resepi aku bukan takat tengok gambar je,tengok jugak bahannya.kalau susah nak dapat..macam saffron yang mahal tu (betul ke aku eja ni?) memang tidaklah jawapannya. Cik De Nuanza ..pinjam ye :).lawa blog awak berlatar belakang kaler hitam tu nampak eksklusif. ------------------------------------------------------------------------------ RESEPI NASI DAGING 1/2 kg daging- potong petak besar, rebus bersama hirisan halia sampai lembut- simpan air rebusan 2 pot beras 2 pot air rebusan daging 1/4 pot susu cair 1/2 bungkus kecil serbuk kurma adabi- suka ti la nk jenama ape- bancuh ngan air skit 2 biji tomato masak- cincang kasi lumat! 2 helai daun pandan bahan2 utk tumis: 2 sudu besar minyak sapi / mentega- aku guna planta je sbb x dak minyak sapi 2 biji bwg besar- hiris 3 ulas bwg putih-hiris hali...

Gulai Tempoyak Ikan Patin

gambar dari sini ikan patin dengan aku ibarat kembar tak seiras.hehe.ikan patin juga sangat sinonim dengan kami adik beradik sejak kecik lagi.menu ikan patin ini wajib ada bila ada makan-makan keluarga.sekarang kecintaan terhadap ikan patin diperturunkan pada anak-anak aku (kakak dan abam) ,adik belum nampak lagi potensi ikan apa yang dia minat. ikan yang menjadi ikon negeri Pahang ni selalunya dimasak gulai tempoyak.resepinya sangat simple (ini versi mak aku..mak orang lain aku tak tahu) . gulai tempoyak kecintaan kami adik beradik.gambar ambik sini .aku ada ambik gambar sendiri tapi masih tak jumpa cara nak tsfer gambar ke pc.huhu bahan-bahan: ikan patin cili padi garam kunyit hidup-dah moden kan?kunyit serbuk pun boleh je tempoyak asam keping daun pijat( blog ni ada citer tentang pokok pijat. sini pun ada jugak),tak cuba tak tahu..ada orang kata baunya busuk.tapi aku suka ;) cara2: -tumbuk cili padi,garam dan kunyit -masukkan dalam periuk..tambahkan tempoyak dan juga air -dah g...