Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum korang Bersua lagi kita dengan hari Isnin. Baru balik hantar kakak dan abam ke sekolah, ntah kenapa pagi ni bas sekolah tak datang, anak2 dah gelisah takut lambat. So aku hantar je lah, angkut sekali dengan anak2 jiran setakat yg muat keta. Nama je tak keje, tapi sibuk dan penatnya tetap sama. Sapa cakap duk umah rilex tu mungkin sesuai dgn yang ada 10 orang gaji kot, hihi.  Bila Isnin hingga Jumaat, jadual aku pun padat macam bekerja jugak. Tambah pulak bila ada jual-jual online ni. Sekarang aku dah tetapkan, cuma hari Isnin untuk urusan pengeposan. Maknanya sekali seminggu je. Kecuali ada barang urgent. Kalau boleh tunggu, memang Isnin jelah aku pos. Sekarang dah ambik tugas jadi supir anak2, petang hantar dan ambik sekolah agama, aktiviti ko-ko, kelas tambahan. Malam pulak hantar dan ambik kelas tusyen. Penat jugak kuar masuk keta. Satu hari je kuar masuk dekat 10 kali (campur ngan auta, haha) Memandangkan dah takde gaji tetap, apa sahaja dui...

Renung Sejenak

Panasnya cuaca kat luar tu Duk dalam rumah pun rasa berbahang Kipas dah di angka 5 pun macam malas je bergerak, slow motion je pusing Nak ber aircond 24 jam pun, rasa nak nanges tengok bil yang datang Ni baru panas dunia kan? huhu Hari ni nak bercerita tentang perasaan Kadang2 bila keseorangan, aku selalu fikir, berapa lagi agaknya baki hidup aku di dunia ni. Apa yang kita cari dalam hidup? Selama mana je pun kita hidup didunia ni Semua orang nak bahagia? Apa maksud BAHAGIA? Kebahagian tak sama bagi semua orang. Ada orang, kita tengok dia nampak susah dari semua segi, tapi mungkin dia lebih tenang hatinya. Tido nya mungkin lebih lena dari orang yang rumah besar, kereta besar dan duit berkepuk walaupun cuma tido beralaskan lengan. Hidup kita didunia paling lama mungkin 60-70 tahun. Buat apa nak sakitkan hati memikirkan dosa orang pada kita, memikirkan orang yang menyakiti hati kita sedangkan sebagai umat Islam yang percaya bahawa kita akan bangkit didunia satu lagi untu...

Char Kway Teow

Aku ni bab masak2 bukan lah pandai sangat Tapi setakat tekak sendiri dan anak2 tu boleh diusahakan Tapi ada satu benda yang aku jarang masak kalau disuruh pilih masak mee, kway teow @ bihun aku akan angkat tangan laju2 untuk masak bihun kway teow akan jatuh nombor last tak pandai sungguh nak agak banyak mana bahan nak masak kway teow minyak banyak mana kalau kena letak air tak tahu nak buh banyak mana ada masa lembek melekat kat senduk ada masa kering sampai hangus kuali huhu TAPI... jangan tak percaya, gambar bawah tu aku masak wah! hebat nih dah boleh bukak gerai tepi simpang jual char kway teow telor leleh kata si Abam (dia memang suka puji umie masak, semua sedap katanya) haha abaikan kuali hitam kuali tu lama dah tapi tetap menjadi kesayangan beli kuali mahal pun, tetap masak guna kuali ni kehitaman itu lah yang menyedapkan masakan aku #kuali hadiah dari mil masa memula kawen 16 tahun dulu Sebenarnya ini lah rahsia a...

Aiskrim Sumi Yang Viral

Panas sungguh cuaca sekarang, nak kuar umah bercinta sangat. Nak sidai kain tu kalau boleh, sidai selonggok terus, hihi. Taknak berlama2 kat luar Kalau terpaksa keluar ada urusan Tak sabar2 nak balik umah Panas2 gini sesuai sangat makan aiskrim Sesekali teringin nak makan aiskrim macam masa kecik2 dulu Masa kecik dulu mak buat aiskrim bandung, aiskrim milo Senang citer, air apa yang tak abis tu Akan jadi aiskrim, haha Sekarang ni tengah viral aiskrim sumi jelly Sana sini duk post gambar sama Nak taknak terpaksa telan air liur Bukan susah mana pun nak buatnya Ni CikViva tolong buatkan, aku cuma belikan bahan je datang mood rajin dia tu, cepat2 ambik kesempatan Ada citer kelakar masa nak beli plastik aiskrim ni Pegi kedai nak beli plastik aiskrim Plastik aiskrim pulak habis stok hahahahahahaha gitu lah citernya bukan aku je, ada lagi 2 orang pelanggan lain pun cari benda sama last2 pekerja pasaraya gi cari dalam stor Sampai ...

Pengalaman Sendiri Tentang Penyusuan

Assalamualaikum... Selasa hari ni ye? Sejak tak bekerja ni, hari pun asyik lupa je. Ada ke patut semalam aku ingat hari Sabtu. Rasa cam setiap hari adalah hari Sabtu dan Ahad, haha. Semalam check up baby SAA ( 2 Bulan). Masa tunggu giliran dalam bilik menyusu, nampak artikel ni. Emm, cam tahu-tahu je aku dalam dilema sekarang. 3 anak sebelum ni, macam2 kisah pasal penyusuan. Si kakak menyusu lebih kurang 3/4 bulan je. Masa tu aku keje shift, dia pulak dijaga oleh MIL. So memang dia dah start campur susu formula awal lagi. Masa tu pun aku kurang ilmu bab breastfeeding, taktahu pun yang susu ibu boleh perah dan simpan. Si Abam menyusu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Tapi dah campur susu formula bila aku mula bekerja di bulan ke3. Tapi bila aku cuti @ malam memang dia langsung taknak susu botol. Si Kakcik beruntung sebab masa tu aku dah ada ilmu sikit, dengan gigih perah susu malam nak simpan stok dan dia merasa susu badan sepenuhnya selama lebih kurang 8 bul...

Terapi Sonotron, Bukan Sinetron

Salam Jumaat emm paginya bersiaran, hehe curi masa sementara si kecik tengah sedap tido Mungkin dada dia dah selesa lepas 2 kali rawatan sonotron cairkan kahak kot tu yang tido lama kalau tidak, asik terjaga je Okey, ni nak share pengalaman bawak baby SAA ke terapi sonotron semalam kali ke2 kami ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal - Bangi Mula2 tahu pasal ni tengok orang share kat Facebook (memula baca, cam sinetron drama bersiri Indon tuh, haha) Saja lah nak try, so call buat appointment Walk in takut lama kena menunggu Pertama kali ke sana, Rabu minggu lepas appointment kami jam 10.15 pagi Dari Nilai ikut highway, takdelah susah pun cari tempat dari tepi jalan dah nampak ingatkan lot kedai, rupanya pusat rawatan tu atas rumah orang (owner tingkat bawah) tempat menunggu selesa, ekon sejuk, hihi ada surau kecik, tempat menyusu dan bilik air jugak (boleh lah nak tumpang) pusat terapi tu tingkat atas, hati2 naik tangga ye, hehe Kami ta...

Segalanya Indah, Manis dan Wangi

Tajuk atas tu tak tahu nak letak tajuk apa. Hihi. Sekarang aku dah ada idea nk update blog cara pantas (mungkin orang lain dah lama buat, aku je baru tahu, ketinggalan ko Irfa oi) . Okay, caranya ialah: Bila free, sambil BF pun boleh. Memula tu taip je cerita kat nota di henpon, hantar pada whatapps, dari whatapps tu copy dan paste kat blogger.com. Jauh kan jalan nya? Dari utara ke selatan, patah balik ke timur sampai utara, haha. Takpe lah asal blog berhapdet. Sebab skrin henpon tak besar, view blog pun tak sepenuhnya, so bila free buka laptop.. Edit je mana yg rasa tak ok, kot nk tambah apa yg kurang. Letak gambar sekeping dua sebagai hiasan... dan publish. MeTime kejap, sikenit tengah tido. Akhirnya aku terpaksa mengalah dengan buai. Walaupun dah niat taknak ajar buai tapi terpaksa mengalah sebab dia tido kejap2 sampai aku tak leh wat keje lain. Dia nak berkepit je, mana tahan. Takkan tak basuh kain, tak masak tak hapa kan. Sekarang dah pegang jawatan supir,tak larat nak usu...