Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Raya 2012

Raya Qorban Kami

Assalamualaikum...kembali bersiaran dipagi Isnin yang ceria.3 hari tak berceloteh di blog kesayangan,rasa macam 'kosong' je.hehe gedik la sangat. Okey..haruslah apdet kisah raya Haji yang lepas,memula nak stori mori,aku kan dapat pelepasan balik awal hari jumaat tu..kul 12 tengahari dah boleh balik tapi en abe kena keje,shift petang pulak tu.apa gunanya balik awal kan? tapi ada gunanya jugak..balik keje gi 'dating' ngan adik kesayangan, cikviva .aku tunggu dia kat umah sewanya dan kami jalan-jalan ke Jayen.alahai..Jayen je?oklah dari takde...makan nasi ayam penyet sebelah Jayen tu..dah banyak kali nak singgah tapi en abe tak berminat.huhu.maka hari itu aku melayan anak tekak.rasanya?boleh tahan..mintak 2 set tapi makan tak abis sebab portion agak banyak.tapau bawak balik..lepas makan cuci mata kat Thai Bazaar depan Jayen itu.terbeli kemeja murah..terbeli sebab susah nak dapat size.bila nampak ada size aku terus je beli.rm29 lepas tawar dapat rm25,tawar lagi sebab am...

3 Hari Yang Padat Dengan Aktiviti Makan2

Morning u olls...Salam Syawal dah tamat,sekarang dah masuk bulan Zulkaedah. Boleh aku lupa hari ni hari Selasa.huhu...mati-mati ingat hari Isnin.dahlah malam tadi last episod drama korea,Bravo My Life aku lupa tengok sebab ingatkan hari Ahad.uwaaaaaaaaaaaaaaaa.bila member citer ending drama tu pagi tadi,aku cuma dapat bayangkan je macam mana ending watak2 dalam drama tu.aku harap dapat tengok ulangan nanti. Hari ni aku puasa ganti yang dah tinggal 2hari tu,konon nak bagi perut rehat sebab 3 hari cuti Sabtu,Ahad dan Isnin asyik makan je kerjanya. Sabtu  paginya sarapan kat PijaHut.punya banyak order sampai terpaksa tapau bawak balik.memnag nafsu sungguh la.dan petangnya patutnya pegi kenduri sorang kenalan dan dia jugak blogger tapi rasanya blog dah tak apdet lagi sebab aku cari blog dia tak jumpa.Aku kenal dia sebah dia penah menang dalam mini contest yang pertama kali aku buat.teka teki teka tekuk tu bertajuk Destinasi Percutian dan dia jawab dengan betul iaitu 'France'...

Kuih Raya itu bukan aku yang punya

sambil buat keje,sambil mengunyah kuih raya.sedap pulak rasanya..tak sedar abis sebalang.kalau ada orang tanya aku soalan 'waktu bila kah kuih raya nampak sangat sedap?'  pasti dengan yakin akan ku jawab 'kuih raya nampak sedap selepas raya' tak percaya tengok ni?walaupun cuma sekeping gambar yang bisu tapi ia boleh membuatkan air liur berebut-rebut nak keluar.sedangkan masa hari raya,kuih raya ini usahkan nak pandang..jeling pun tak nak. gambar ini diambil masa makan-makan raya jumaat lepas

Beraya dengan Blogger dan Minum Petang bersama Jiran-Jiran

Assalamualaikum and Good Morning korang ;) dah bekfes ker?aku bawak bekal pagi ni..bihun goreng lada hitam,belen buat minum petang bersama jiran-jiran petang semalam.akhirnya tercapai jugak hajat nak ajak jiran-jiran datang umah.aku jemput yang dekat-dekat je dan jugak akak-akak yang penah jaga anak aku. sebelum tu..kita layan kisah petang Sabtu.ingat tak aku duk canang konon banyak  jemputan open house  tu?memang banyak tapi aku cuma dapat pegi umah kak erna je itupun sebab dah janji dari minggu lepas nak menemankan si Rai yang nak kesana.dia datang umah aku dulu dan kami konvoi ke sana.adik-adik aku pun join sekali. kan selalu aku citer jalan-jalan dengan adik-adik,ni le 2 adik aku yang selalu datang lepak umah aku hari sabtu@ahad dan diorang berdua jugak selalu teman/bawak aku jalan-jalan bila en abe keje.kalau takde kemana-mana kami lepak je sambil makan-makan kat umah aku... perkenalkan,belah kiri Ichik dan belah kanan ialah MakCheq. Itu panggilan anak-anak ak...

RM15..menu macam-macam ada

hai korang.. dah jumaat hari ni yer,esok Sabtu..lusa Ahad (macamlah orang lain takde kalendar.hehe) malam tadi kami beraya umah makcik kat Seksyen 18,Shah Alam.lepas berbuka dan solat Magrib baru kuar umah.sampai umah makcik elok2 jam 8.45 malam...perkataan pertama dari mulut makcik bila nampak muka aku dimuka pintu 'hah.anak sedara bertuah aku ni.setahun sekali nak nampak muka pun susah.kemain jauh rasanya' hehe..aku sengih je sebab tahu salah sendiri.dijamu mee goreng dan borak pung-pang pung-pang tengok2 jam dah kul 10.00 malam..mintak diri.dalam perjalanan balik hujan lebat.sekarang kalau hujan je aku mesti risau takut banjir kilat dan pagi ni kelewatan..huhu.mana tidaknya,melayan drama korea sampai jam 2pagi tu sapa suruh?tapi aku rasa sebelum tido dah set alarm tapi aku tak dengar pun alarm bunyi.konpius jap..betul ke aku dah set @ aku set dalam mimpi je? Hari ni ada makan-makan raya internal punya.bayar rm15 buleh makan nasi tomato,laksa johor,lemang,sate a...

Raya ke 6 dan Senai Airport

nasib la korang..selagi tak abis citer raya ni korang takde peluang baca cerita benda lain kat blog aku selain citer pasal raya.kan dah kata aku nak tulis kisah sebulan raya.haha Raya ke 6 (JUMAAT:24 Ogos 2012) masih di Jb..lepas subuh tido balik.bilik lak sejuk dan siap tutup lampu..semua lena sampai jam 10.00 pagi.anak-anak bangun,harusla umie kena bangun sama.bersiap..turun bawah pegi kedai runcit sebelah hotel..beli makanan dan kul 12.00 tengah hari check out.sebelum tu dah call teksi datang ambik kami untuk ke airport Senai.tambang teksi rm39..kira genapkan rm40 je. Senai Airport yang cantik..banyak kedai untuk cuci mata.terjatuh cinta dengan sepasang kasut kat Sembonia,ingat nak singgah balik lepas makan tapi hampa bila datang balik kedai tu..kasut itu sudah terjual.huhu flight jam 4.45 petang.masih awal so merayaulah kami dalam airport tu.ada kedai buku MPH.kakak apa lagi..habislah duit raya dia memborong novel dalam tu.sempat makan tengah hari kat kafe tapi takde pilihan makana...

Raya ke 5:Universal Studio Singapore (USS) 2012

okey..setel sudah bab keje.*legaaaaaaaaaaaaaaaaa* rasa terhutang pulak bila tak sambung kisah semalam ini .dipendekkan citer selepas sehari suntuk berumah tangga kat imigresen seremban tu..kul 3.15 petang siaplah passport si kenit. kelakar tengok gambar passport dia.tahu jelah dia ni amat pemalu dengan lelaki dewasa.punyalah susah nak snap gambar passport dia tu..nak pulak mamat tukang ambik gambar tu sentuh bahu dia sebab nak bagi dia duduk dengan posisi yang betul.muka dah cebik,sikit je lagi nak meraung..sib baik aku sempat pujuk..ginilah hasilnya.walaupun masyam tapi masih comel dimata umie.hik hik hik.sapa lagi nak puji kalau bukan umienya kan? siap je passport drive laju-laju balik umah ambil beg dan pecut ke airport sebab flight jam 5.20 petang ke Jb.hehe..mesti ada yang boleh agak ke mana destinasi kami bila ke Jb kan?ke Jb tak perlu pakai passport tapi kalau dari Jb nak melintas tambak Johor destinasinya haruslah ke Singapore kan?apa ada di Singapore?USS la..pandai pun...