Skip to main content

Raya ke 5:Universal Studio Singapore (USS) 2012

okey..setel sudah bab keje.*legaaaaaaaaaaaaaaaaa*

rasa terhutang pulak bila tak sambung kisah semalam ini.dipendekkan citer selepas sehari suntuk berumah tangga kat imigresen seremban tu..kul 3.15 petang siaplah passport si kenit.

kelakar tengok gambar passport dia.tahu jelah dia ni amat pemalu dengan lelaki dewasa.punyalah susah nak snap gambar passport dia tu..nak pulak mamat tukang ambik gambar tu sentuh bahu dia sebab nak bagi dia duduk dengan posisi yang betul.muka dah cebik,sikit je lagi nak meraung..sib baik aku sempat pujuk..ginilah hasilnya.walaupun masyam tapi masih comel dimata umie.hik hik hik.sapa lagi nak puji kalau bukan umienya kan?



siap je passport drive laju-laju balik umah ambil beg dan pecut ke airport sebab flight jam 5.20 petang ke Jb.hehe..mesti ada yang boleh agak ke mana destinasi kami bila ke Jb kan?ke Jb tak perlu pakai passport tapi kalau dari Jb nak melintas tambak Johor destinasinya haruslah ke Singapore kan?apa ada di Singapore?USS la..pandai pun



malam tu kami tido di Zoom In Hotel yang letaknya di Danga Bay.sebelah je dengan Tune Hotel.hotelnya sempoi je tapi selesa untuk tumpang bermalam.nanti kalau free aku akan buat entri khas review pasal hotel ZoomIn ni ye ;).kami ambik satu bilik yang katil queen rm100/satu malam..ambik 2 malam je..bukan nak selesa sangat janji ada tempat nak tido.



abam posing depan Zoom In Hotel

sampai sana pun dah malam.mendarat dah jam 6.20 petang terus ambik cab ke hotel.malam tu kuar makan dan balik hotel terus tido je.paksa anak-anak tido awal sebab pagi esoknya nak kuar awal naik bas ke Singapore.kalau tak paksa mau sampai pagi duk melompat atas katil.

RAYA KE 5 (KHAMIS:23 Ogos 2012)

bas kami bertolak dari Tune Hotel jam 7.40 pagi walaupun dalam tiket kata gerak jam 7.30 pagi.biasalah tu...ramai yang duk hotel lain tapi akan ambik bas dari Tune Hotel sebab kos bermalam kat Singapore lebih mahal.gedebuk gedebak perjalanan melepasi imigresen Malaysia biasa je.tapi nak masuk Singapore banyak betul pantang larangnya.emmm..taknak tulis lebih-lebih tapi rasanya ini first n last aku ke sana kot.yelah..sekali mungkin teruja..kali ke2 mungkin dah tak heran macam kali pertama.buat apa nak pegi lagi tempat yang dah pegi.kan?baik simpan duit pegi tempat yang tak penah pegi..baru best(walaupun dalam hati masih teringin nak ke NZ sekali lagi.huhu)



jam 7.00 pagi dah tercongok tunggu bas depan Tune Hotel



en abe tengah isi imigresen form(rasa dah isi borang dengan betul..tapi masih jugak tak memuaskan hati pegawai bertugas).

sebelum turun nak cop passport di imigresen singapore kami diberi pesanan penaja oleh pemandu bas.katanya:

1-jangan ambik gambar
2-jangan hisap rokok
3-jangan makan chewing gum
4-rokok @ chewing gum yang belum dibuka bungkusnya lebih elok jangan bawa masuk.kalau nak bawak masuk jugak..sila keluarkan sekeping/sebatang chewing gum/rokok itu dari kotaknya macam seolah kita dah guna.

bab isi imigresen form boleh tahan detail diorang check.setiap kotak dan baris diteliti..kalau salah isi,kat kaunter tu jugak disekolahkan.sabar jelah..

panjang pulak merepek..pung pang pung pang..tepat jam 10.00 pagi kami dah sampai kat pintu masuk Universal Studio Singapore itu.orang dah mula ramai beratur.haruslah posing depan tu tanda kita dah sampai sana,hehe.walaupun hazab nak ambik gambar tanpa ada orang lain.



wajib ambik gambar kat sini..bukti dah datang.haha(gambar adalah sangat banyak..lebih kurang 2ribu keping*tipu sangat*tak larat nak upload..korang bayangkan jelah sendiri ye)



map universal studio singapore peta Universal Studio Singapore

masuk-masuk je kami disambut hujan renyai-renyai..dari renyai tukar jadi lebat.tapi tak boleh komen lebih-lebih sebab cuaca ni bukan manusia boleh kontrol.banyak tempat yang aku tak dapat masuk sebab sikenit bawah umur.ukur tinggi pun tak lepas.so banyak kali la aku kena tinggal kat depan pintu je.so gilir-gilir masuk dengan en abe untuk meneman kakak dan abam.yang paling enjoy dalam percutian kali ini adalah kakak dan abam.

pendapat aku..memang tak rugi datang sini sebab amat sesuai utk anak-anak.dulu masa gi Disneyland Paris kami tak masuk Universal Studio.masa kat Disneyland Paris tu pun tak enjoy sebab abam tiba-tiba demam dan muntah teruk.maklum itu first time dia pegi negara sejuk.

















adik Ajaa yang dah basah kuyup tapi masih menten senyum ;).

komen en abe kata 'lebih kurang sama dengan Universal Studio LA tapi kat LA lagi besar la.(aku tak penah pegi LA cuma en abe je yang dah pegi sana masa bujangan dulu).

INFO KE USS:

-boleh beli pass masuk ke USS di kaunter Odyssey Luxury Liner dibangunan yang sama kat Tune Hotel.orang kata beli online lagi murah.kami cuma call dan booking thru phone.datang dan coll tiket kat sini.total kos yang kami bayar ialah RM690 termasuk tiket bas dari Jb ke USS dan pass masuk ke USS untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak(kenit adalah percuma)

-bagi aku harga makanan/souvenier dalam USS adalah mahal.(bagi orang kaya mungkin tak mahal..tapi aku golongan marhaen).memanglah duit SGD lebih tinggi dari RM tapi kalau kat Paris@NewZealand sekali pun ada souvenier rega 1Euro/2Nzd tapi kat USS ni fridge magnet pun dah SGD9.90..selai tshirt dah SGD29..tak ke mahal tu?kalau aku tahu diorang tak check beg masa masuk..harus aku borong 10 bungkus nasi lemak untuk makan dalam tu ;).



sepinggan lebih kurang SGD15..duit kita dalam rm37.

-tukar duit kat Malaysia lebih murah berbanding tukar duit dalam USS.kami dah tukar kat Malaysia sebelum pegi tapi tukar sikit lagi dalam USS sbb anak-anak nak beli souvenier.

kadar tukaran wang SGD kepada RM lebih kurang SGD1=RM2.50..tengok tempat la..mungkin ada tempat dapat tukar lebih murah dari yang kami dapat.

jam 7.00 malam semua orang dah beransur keluar.kami pun sama sebab bas untuk balik ke Jb patut bertolak jam 7.30 malam.masa balik ni bas gerak awal sebab semua orang nak naik bas.so 7.20 malam dah gerak dari USS..

kami sampai hotel jam 9.45 malam.semua dah kepenatan..nak kuar makam malam pun dah malas..makan je roti terus tido.

psssssssssssssssstttttttt:aku ni dah malas nak menaip.stop sini jelah ye.bye ;)

Comments

ZieMarziah said…
wah bestnya USS..teringin nk pegi huhu
Kakcik Seroja said…
Masa kakcik pergi ke Singapura di 'tahun alip' duluuuu... nilai matawang Malaysia dan Singapura adalah sama. Sekarang ni nak pergi pun rasa miskin sangat!
Ann Ishak said…
belum menjejak lagi ke USS, mencabar jugak nak masuk ek
seronoknya gi sana...
mmg teringin sangat nk pergi, anak2 tu pun teringin nak gi sana..
Unknown said…
irfaaa...geram gila aku tengok muka hajar.. muka macam nak belasah orang je..hahaha..

sure enjoy gila abam dengan kakak kan..
Irfa said…
SHAHZEE..
jom jom..beli tiket sekarang ;)
Irfa said…
KAKCIK..
dulu2 beza tak banyak antara RM dgn SGD
skrg dah sekali ganda lebih
sedih kan?
Irfa said…
ANN..
mgkin pengalaman saya tak sama dgn org lain
Irfa said…
KAK AIN..
anak2 mmg happy sgt
kalau anak2 happy ..mak ayah double happy la
Irfa said…
RAI..
aku rasa macam nak suh org tu ambik gambar sekali lagi
sbb gambar tu nampak cam masam sgt
tak kisahlah..bukan org lain yg nak tgk..peg imigresen je pun
hehe
juealias said…
salam kak.....sy ni nk p uss...so sy tdo hotel kt skudai...nk tau laa...sbb bawa ank kecik kn...2yr9m & 1y5m...tiket dh beli siap2 kt wisma genting..cuma nyer nk tau proses kt imigresian tu amik ms yg pnjg ke..pastu naik bus mmg kt tune hotel je ke ada
juealias said…
salam kak....ke uss tu mmg sng naik bus ke..mmg kena amik bus kt tune hotel eik..sbb hotel ktrg kt skudai..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...