Skip to main content

Pilihan Dalam Hidup Kita

emm..dah terasa sunyi sikit kat taman perumahan.dah ramai yang balik kampung agaknya.yang naik van kesekolah pun tak ramai tapi abam masih pegi sekolah.esok baru cuti.kat opis aku ni masih ramai yang bekerja.opis korang dah sunyi ke?aku masih keje sampai esok.cuti dah susut so tak bolehlah nak suka-suka ambik cuti.

apa citer hari ni ye?oh.tadi aku ada borak-borak kosong dengan sorang lelaki (atas urusan kerja..tapi lepas tu borak-borak kosong sekadar berbasa basi orang kata).dia seorang lelaki india berumur pertengahan 40an.eh!lepas tu dia bagitau umur dia 45 tahun.sesi dialog dgn dia,bukan dengan jin tau ;)

tanda - tu dia,tanda + tu aku.

-u anak berapa orang?

+3,1 boy 2 girl

-oh,samalah dengan saya tapi saya 2 boy n 1 girl.paling besar umur berapa?

+11 tahun,darjah 5.

-eh kecik lagi..saya punya anak sudah form 1 tau.(nada macam nak kondem aku la yang anak aku kecik lagi dan anak dia dah besar..dari riak muka dia)

dalam hati aku kata..'mmglah,umur ko dah berapa?umur aku berapa?kalau ko dah umur 45 tahun anak baru form 1.tapi kalau aku panjang umur,bila umur aku 45 tahun..anak sulung aku dah 23 tahun.betul tak?

+(tak nak mengalah aku jawab jugak)yelah..umur u berapa,umur i berapa?i tak rasa kita sebaya kan?(angkat kening kat dia.hehe).

-hehe.i baru 23 lah..taklah,i dah 45 tapi i tak kisah.mywife cikgu.anak i upsr last year 5A.masa pilih isteri dulu i memang nak cari wife keje cikgu.senang nak ajar anak.itu pasal masa muda i tak ngorat sesama staf.

ai terasa u

+oh untunglah u,wife cikgu.tak perlu risau nak ajar anak..wife boleh ajar sendiri.

-ye..walaupun i keje macam ni i tak risau sangat.gaji wife i lagi banyak dari gaji i.lagipun nanti dia ada pencen.

dalam hati..lama lagi aku layan mamat ni,boleh bernanah telinga.tapi tak sangka ayat akhir dia tu macam airbatu..hilang nyampah aku kat dia.

lelaki itu:tapi walaupun macam ni..i kalau boleh bila dah tua mau mati senang-senang.tak mau susahkan anak-anak.kita pun tak jaga orang tua kita sebab kita banyak tanggungjawab.so kita tak boleh harapkan anak kita jaga kita bila sudah tua nanti.betul tak?bukan senang mau jaga orang tua tau.hati dia sangat sensitif.i selalu sembahyang mintak tuhan ambil nyawa i senang-senang,tak mau sakit lama-lama

hehe..aku senyum tak komen apa.kalaulah kita boleh dapat apa yang kita nak..kita pun mesti mintak yang baik-baik je.bab jodoh tu pun sama..mana kita tahu akan jatuh cinta dan kawen dengan sapa.bercinta bagai nak rak pun belum tentu berjodoh.ada orang bertahun bercinta dengan orang lain tapi penyudah kawen dengan orang yang baru kenal sebulan.kalau boleh pilih..semestinya kita akan pilih yang bagus.

aku ada baca satu blog yang tulis macam ni 'kalau seorang lelaki tu disuruh pilih antara 2 orang gadis,A-cantik tapi keje kerani.B-kurang cantik tapi doktor.lelaki itu mungkin akan pilih gadis B untuk jangka masa panjang'..itu hanya contoh keadaan walaupun tak semua.sila jangan salah sangka.maknanya..lelaki @ perempuan..semuanya pandai memilih juga.jangan kata perempuan zaman sekarang memilih sebab lelaki pun ada yang macam tu.

macam tak percaya pun ada...kesian A yang cantik tapi keje kerani itu.huhu.tapi..kata mak aku 'kita pilih orang,ingat sikit..orang pun belum tentu pilih kita'

ye dak?

Comments

Kakcik Seroja said…
Kita ada hak untuk memilih dan orang ada hak untuk menolak. Tak gitu?

Eh.. Irfa, blogger Zana dari Kota Kinabalu ada tersadai untuk 6 jam di KLIA tu. Taknak cari dia? :)
Irfa said…
kakcik..
ye betul..kita pilih orang,orang pilih kita ;)

zana?apa blognya?
no kakcik hilang dr hp saya,huhu..sebab tukar hp.
Unknown said…
eh irfa, anak ko 3 1 boy 2 girl lah..hehe..sala type la tu..

heran aku jenis manusia yang berlumba lumba usia anak ni. Pernah gak kot aku jumpa orang macam ni. Tapi mungkin sebab nadanya berbeza aku terima je. Siap aku kata "untung la..anak ko da besar nanti orang nampak sebaya je"

tapi aku setuju dengan apa yg pakcik tu cakap yg last tu.syukur gak ada akak dengan adik lelaki aku tengok tengokkan mak ayah skang ni. tapi bukan nak kata aku boleh lepas tanggungjawab jaga diorang.. cuma lega la sikit..
ikut pilihan hati masing2 mana yg berkenan dihati..pilih selagi boleh dipilih untuk yg terbaik...


selamat menyambut hari raya dari kakain..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...
HeNRieTTa JoSe said…
Yeap...setuju ngn kata mak akk...kite pilih org, blom tentu org plih kita....dan rietta piwn igt kata sorg tua pada rietta...kwenlah dengn org yg sygkan kite, bukan dengan org yg kita sayang....
JunAina said…
Memilihlah yang terbaik untuk masa depan kita. Bukan senang nak berkongsi segalanya bersama. Tapi budak2 sekarang suka pilih yg cantek2 yang ensem2...:)

Selamat hari raya dari akak.
Anonymous said…
Says setuju!!!! Pilihan memang masing-masing punya, tapi takdir tu kat angan yang Esa. So, tawakal tu pun penting jugak.
Salam kenal =)
Zareda Norman said…
Antara gadis a dan b, klu yg memilih tu doktor juga dia akanpilih a tapi klu dia kerja biasa je sure dia akan pilih b.. Hehehe jangan ingatpompuan je materialistik, lelaki zaman skrg pun sama je

bangsawan nilai said…
tetapi jgn lupa, kita mmg boleh memilih tetapi takdir juga menentukan...
NenetPenne (NP) said…
Betul...nak pilih org pun, ukurlah baju di badan sendiri... Oleh tu, tak nak pilih sesiapa... Ha ha ha....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...