Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kakak

Alhamdulillah

Salam Jumaat  Alhamdulillah langit cerah pagi ni Walaupun petang semalam gelap gelita siap pakej hujan lebat macam nak banjir Kehidupan kita pun macam tu jugak ada hari terang, ada hari mendung Minggu lepas macam2 perkara berlaku Bermula dengan cik abe dan si kenit On Off demam Petang je badan start panas Malam pun tak lena tido sebab risau diorang panas mendadak Ke klinik ulang alik ambik darah Endingnya En Abe admit hospital hari Khamis setelah sah denggi Sian cik abe drive sendiri ke hospital sebab aku tak boleh tinggal anak2 ini budak taknak balik katanya (ni kejadian malam sabtu sebelum dia admit) ' umie pegi lah balik rumah, teman kakak dan abam, kita nak teman ayah' Elok je En Abe discharge hari Sabtu Si kenit pulak admit hospital yang sama sebab denggi jugak Hari Ahad bersambung dengan kakak join si kenit badan dah naik bintik2 merah aku tak perasan pun dia demam sebab sibuk uruskan si kenit Kakak kat tingkat 3, Adik ka...

Kakak Berjualan di Hari Koperasi Sekolah

Happy Wednesday u olls okey, nak sambung cerita minggu lepas Masih ingat entri INI ? # tak ingat takpe, aku tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan di blog kesayangan ni   Bagi menunaikan hajat kakak nak berniaga di Hari Koperasi Sekolah. Aku order Bubblerice Chocolate dan Red Velvet Cake dengan jiran. Pastu ada kawan sekolah poskan hasil krafrangannya iaitu Bookmark dan benda yang gantung kat henpon (lupa dah nama apa).  Tapi malam sebelum kejadian, jiran wsap bagitau yang dia masih dikampung, ada kematian ahli keluarga, berkemungkinan tak sempat nak buat Red Velvett Cake. Tapi dia cuba buat Bubblerice Chocolate tu je, emm takpelah .. benda kita tak rancang. Teruskan jelah dengan apa yang ada. Tiba lah hari yang ditunggu, kakak dan kawan yang share tapak sangat excited nak berniaga (kawan kakak tu ialah anak kawan aku). kami yang paling awal sampai untuk setting meja  taraaa, dah siap kakak jual bubblerice coklat, bookmark ...

Hari Koperasi Sekolah Kakak

Selamat Pagi Balik sekolah semalam, kakak dengan muka happy tak sempat bukak kasut dah panggil aku 'umie, ada berita gembira nih, umie mesti suka' wah! yakin sungguh dia yang aku akan gembira dengan berita yang dia bawa pulang tu. haha Katanya 'Umi kan suka jual-jual. Jadi umie mesti gembira dengan berita ni. Rabu depan sekolah kakak ada Hari Koperasi, cikgu kata kalau nak berniaga, tapak untuk ahli koperasi RM20, kalau bukan ahli RM30. Kakak dah bincang dengan kawan-kawan nak share jual-jual. Kami 5 orang, jadi sorang kena bayar RM4, umi fikirlah nak jual apa, taknak jual inner umie tu, mahal.. jual yang murah2 je' hahaha, dia kata inner magic aku mahal. Rm10 je pun, tapi bagi budak baya dia, rm10 tu rasa mahal kot. Emm, menung kejap nak jual apa agaknya ye, nak jual benda goreng2 sapa pulak nak uruskan. Tiba2 teringat jiran baru share kat FB sejenis jajan yang namanya, Bubble Rice Chocolate. Rasanya sesuai kot, ada bekas kecik dan bekas besar. Terus wsa...

Anak-Anak Dan Hari Guru 2014

Salam Jumaat untuk semua nah! jemput tengok banner Hari Guru yang aku cilok dari wsap # wsap grup zaman sekolah ramai cikgu-cikgi, aku je yang tak 'menjadi' cikgu   ramai kawan2 cikgu buat umah besar kat kampung sapa kata cikgu tak banyak duit, hihi dan sedikit kisah anak2 malam tadi Balik keje semalam terus pecut ke Hospital Seremban melawat sil yang bersalin kembar (dua2 lelaki) sampai umah, si kakak dan si abam dah balik dari sekolah SI ABAM tengah membalut sesuatu dengan kertas balut hadiah + balut apa tu abam? - hadiah untuk cikgu abam lah, esok hari guru + abam beli apa? - tak beli apa2, abam bagi bekas cantik umie kat dapur *bekas cantik? aku mana ada pinggan mangkuk lawa pun, muskil nih* sekali aku mintak tengok, terkejut terus rupanya dia balut doorgift bekas telur kenduri kawin ni ler doofgift yang dibalut utk cikgunya uwaaaaaaaaaaa, anak oi nanges cikgu korang dapat bekas telur ni di Hari Guru ...

Bukan Hari Ibu Tapi Hari Umie

Boleh terima tak kalau sebut 'Hari Umie?' Nanti Kalau Kata 'Hari Ibu' Ada Yang Kata Itu Bukan Budaya Kita ni kisah 2 malam lepas, si abam masuk bilik aku  dia tanya  'umie suka tak benda yang letak kat tudung macam pin tu?' aku jawab ala kadar sebab asyik ber wsap * jangan ikut perangai ni, lain kali bila anak bercakap bagi perhatian* kendian dia keluar layan tv Malam selepas itu, dia masuk lagi bertanyakan salotape dan kertas balut hadiah masa tu aku terfikir  'budak ni nak buat apa? hari guru kot, dia nak bagi hadiah kat cikgu' takkan darjah 3 dah ada gepren?  emm ~*~*~*~*~*~ dan malam tadi persoalan terjawab dia masuk bilik masa aku baru lepas menulis diary *wajib tulis diary setiap hari, dan isi diary 90% ada kat blog nih 10% biarlah rahsia, hihi*    sambil golek2 atas tilam, dia tanya 'bila hari ibu?' aku jawab 'hari-hari kan hari Ibu' dia cam tak puas hati dengan jawapan aku, so aku ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Air, Tak Sihat, Takde Mood

Salam Jumaat Rumah korang ada air tak? ker ada yang tak mandi pagi ni? hihi Alhamdulillah, area rumah kami masih ada air tapi aku tetap menadah air, risau kot tetiba bukak paip takde air keluar dah pesan kat ahli rumah, pastikan baldi dalam bilik air sentiasa penuh itu kisah air ~*~*~*~*~*~ Semalam aku cuti wpun aku berhajat nak mc, tapi doc tu tak mesra alam nak bukak mulut mintak mc pun aku malas bila aku citer pasal sakit pinggang dan cirit muka dia mcm takde perasaan mungkin dia ingat aku cuma buat helah nak mc sebab anak2 tak sihat kisah bermula petang Rabu tu, balik keje tengok anak2 muka merah si kakak batuk, si abam demam, cirit dan muntah si adik demam dan batuk dan tetiba aku pun tumpang sekaki sakit pinggang, sakit ulu hati dan pening kepala terbaring je lepas Maghrib, dahla en Abe shift petang bila teringat anak2 lom dinner, gagahkan diri bangun goreng fries itu je yang mampu buat si abam muntah penuh sinki pun aku bi...

Sekolah Sesi Pagi vs Sekolah Sesi Petang

Kisah anak-anak: Kakak Form 1, abam darjah 3. Bulan sebelum, kakak sekolah sesi petang dan abam sekolah sesi pagi. Mulai isnin lepas, kami memulakan hidup baru di tempat baru. Semoga baik-baik aje disini. Bila dah tempat baru, banyak benda berubah. Kakak memang dah start sekolah situ awal tahun, cuma Abam je kena pindah sekolah  (sekolah lama abam cuma ada satu sesi je (sesi pagi).  Tapi disekolah baru ni, abam pun kena sekolah sesi petang (Tahap1). So, dua2 dah sekolah sesi petang. Sedikit drama minggu ini: Kata Kakak 'kenapa lah sekolah ni ada sesi petang? kakak tak suka sekolah petang. Penat. Pastu asik kena tengok jam je takut terlambat mandi dan bersiap' Kata Abam 'abam suka sekolah petang, sebab bangun lambat dan boleh tido lama' huhu. Kenapa terjadinya sebuah sekolah ada sesi pagi dan petang? Ini kerana jumlah murid terlalu ramai dan kelas tidak mencukupi untuk menampung murid2 tersebut. Dengar cerita, taman perumahan ni akan ada buka sekolah sendiri...

My Sarapan: Spaghetti Cheese Herb

Pagi ni semuanya keluar rumah dengan muka senyum adik ke umah pengasuh muka senyum siap dia pulak pesan kat aku 'nanti umie work, nanti umie ambik kita tau, nanti kita tengok wayang ye' berapa banyak nanti la, hihi eh! macam mana timbul idea nak tengok wayang nih? mimpi tengok wayang malam tadi kot kakak dan abam pun kesekolah dengan senang hati kakak memang jarang ada masalah sebelum tido dia dah setel apa yang patut dia buat so bila bangun je, buat apa yang patut, terus angkat beg ke umah transit cuma abam ada hari susah bangun ada hari, dia bangun paling awal dari orang lain macam semalam, dia kejut aku bangun jam 5.00 pagi bangun mandi, terus solat subuh padahal azan Subuh pun belum lagi, adoyai tak pasal2 kena solat Subuh 2 kali bila anak2 okey, umie pun double OK sempatlah buat sarapan hebat sikit macam hebat kononnya, padahal sarapan campak2 je pun # kalau Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star tengok gambar spaghetti aku...

Sambut Besday 3 Serentak, Pakej Jimat

Balik keje semalam, bila en Abe nak tulis apa tah, dia tanya aku 'hari ni bape haribulan?' terus otak aku teringat 'YaAllah, hari ni 9 Jan, besday adik' kesian kat dia, mentang2 dia kecik tak reti tengok kalendar. Takde sapa ingat bday dia, huhu. Kalau kakak @ abam, konfem menyanyi dari bulan lepas lagi untuk ingatkan aku tentang besday diorang. Kebetulan nak keluar ambik stok inner magic, kami pun buat plan mengejut, beli kek dan call adik2 pompuan ku ( CikViva dan adik bongsu pompuan) suh tunggu kami kat kfc dekat rumah sewa diorang. Motif sebenar nak suh diorang belikan hadiah, hahahaha. # harap mereka berdua tak baca, kikiki. TQ ye adik2 aku untuk hadiah2 itu jimat kan? satu kek untuk 3 orang kasi can adik tiup dulu ye 'happy bday to u, happy bday to u, happy bday to adik, happy bday to u' . bukanlah, nama kita Mia Sara adoi la, suka hati je tukar nama  okey, jom tiup sama-sama besday girl 'kita dah 4 tahun' bes...

Buka Tirai 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera # helo helo, ada orang tak? okey, entri pertama di tahun baru 2014 walaupun dah nak masuk minggu ke2, hihi emm, apa nak citer ye? sebenarnya banyak citer, tapi tak tahu dimana nak mula kita mulakan dengan kisah anak2 jelah ye mylove mysoul kakak - 13 tahun, abam - 9 tahun, adik - 4 tahun # dah besar adik tu kan? boleh lah bagi 'adik baby' sorang lagi kot, hik hik hik  1- anak2 back to school, cam dah basi je nak citer pun KAKAK sekolah sesi petang, duk rumah pengasuh lama kakak dapat kelas ke3 dari 12 kelas form 1 sejak kakak balik, banyak keje dah boleh pass pada kakak dia sendiri yang offer diri sebagai anak pompuan sulung, belajar2lah buat keje rumah sekarang ABAM sekolah sesi pagi/petang dah naik 'surat besar' sejak awal tahun baru ni masa kecik2 aku dulu dikampung 'muqaddam' dipanggil sebagai-surat kecik 'Al-Qur'an' pulak dipanggil sebagai - surat besar aku sendiri yang ajar ...

Cicir, Tercicir @ Keciciran ?

penat, penattttt sangat macamlah jalan kaki naik bukit turun bukit, huhu walaupun tak mendaki, ia tetap penat  penat turun naik keta, penat mendengar, penat beratur bla bla bla tadi cuti 1/2 hari cuti penghabisan untuk tahun 2013 meneman kakak orientasi Form 1 beratur beli buku biasa lah, semua nak last minute tadah telinga dengar taklimat dari pihak sekolah yang aku ingat ialah: - anak2 yang baru melangkah ke sekolah menengah ni dalam krisis mengenal diri untuk memasuki alam remaja bila cikgu cerita serba sikit gejala sosial remaja kini meremang bulu roma aku semoga dijauhkan anak2 kita dari gejala tidak sihat tapi, kakak belum tahu duduk kelas mana sebab nama takde dalam list ada 12 kelas untuk Form 1 tapi nama kakak takde *tarik napas, hembus* kata mereka2 disekeliling itu biasa bagi murid2 yang baru bertukar sekolah jadi sabar jelah menunggu khamis nanti baru tahu duk kelas mana harap takde masalah emm, nak apply cuti...

Back To School

Hai korang, keje ke? Ingat sambung cuti sampai Rabu, hihi (cuti tahunan dah tinggal 0.5, so bekerja lah kami sebelum kami di kerjakan) Okey, ni kisah anak-anak nak masuk sekolah, 'BackToSchool' kata orang kampung aku. Orang lain dah siap lama dah, aku je baru heges-heges, hihi. Kami memang gitu setiap tahun, bak kata enAbe 'apa susah, esok nak sekolah ..  hari ni pun sempat pegi beli'. *huhu, nanges dalam hati*  Ingat senang ke buat keje last minute, berpeluh aku dalam supermarket tu memilih kain baju sekolah anak2. Sib baik masih ada size. Dahlah semuanya mahal, zaman aku dulu uniform sekolah anak-anak perempuan, mak jahit sendiri. Anak lelaki je yang kena beli. Aku tak beli semua baru pun, beli yang mana penting je dulu. Tapi uniform kakak konfem semua baru sebab dah tukar kain biru gelap kepada kain biru terang (huhu, makcik dah tua, anak dah masuk sekolah menengah) . Walaupun abam menten masih sekolah rendah tapi bila try balik uniform yang lepas, semua dah se...

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part 2

Sambungan kisah semalam Sesampainya dari kampung dah jam 12 malam, so terus je tido umah mil. Esoknya pepagi, kami kuar terus ke Seremban. Main agak2 je ingat urusan tukar sekolah tu kat JPN Somban, rupanya salah. Kami kena rujuk ke PPD Somban bukan JPN, huhu. For info, JPN kat Bandar Seremban dan PPD pulak di Ampangan. Tak jauh pun, tapi berpusing jugakla mencarinya .. Urusan tak sampai 10 minit sebab tak ramai orang. For Info: Dokumen yang diperlukan untuk urusan tukar sekolah ialah: - salinan surat beranak/salinan ic pelajar - salinan ic ibubapa - salinan surat nikah ibubapa - slip keputusan Upsr - surat pertukaran sekolah dari sekolah lama - bagitau sekolah pilihan yang kita nak tukar (rasanya itu je kot) Pegawai berkenaan bagitau, keputusan dalam masa 2 minggu dari tarikh hantar permohonan. Harap kakak dapat sekolah yang aku pilih tu. Pegawai jugak kata, andaikata dia dapat tawaran dari Sekolah Kawalan, kena buat urusan tukar sekolah sekali lagi, Insya Allah .. ada r...

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part I

Assalamualaikum, ada orang tak? hihi Okey, selesai sudah sesi mengepos barang, ada sesapa nak order Inner Magic boleh intai HajarCloset ye. Mana tahu ada kaler yang berkenan di hati. Stok ada lagi dalam 70 helai (tetiba iklan, hihi) Okey, ni kisah tukar sekolah kakak (dari kampungku-Kelantan ke Selangor@N9).  Jumaat lepas, aku dengan si kakak dan jugak si kenit balik kampung naik bas je, sebab nak terus sampai kampung. Kalau naik flight kena gi bandar dan patah balik ke kampung. Kami naik bas dari Somban jam 10 malam (patutnya bas jalan jam 9 malam tadi delay 1jam, huhu). Nasib tak berapa baik sikit sebab malam tu bas penuh giler, takde langsung seat kosong nak menumpang letak kaki. huhu. Apapun kami 3 beranak selamat sampai kampung jam 5 pagi (hari Sabtu). Sabtu .. xtvt kuak lentang je kat rumah, hujan sepanjang hari dari pagi ke tengah hari dan membawak ke petang seterusnya sampai ke malam, sedap je menternak lemak dalam selimut, hihi. Mak ajak ikut rombongan meminang ...

Panadol Please ...

Okey, kakak dah balik sini masa ambik result Upsr tu hari surat berhenti sekolah lom dapat cikgu kata 'boleh collect dalam masa 2 minggu' emmm... dalam hati nak je cakap 'boleh taip sekarang tak surat berenti tu? saya rela menunggu'  sebabnya bukan dekat nak ulang alik KL-KB tu kos $$ dan jugak masa Tadi cikgu call 'surat berhenti dah siap, dah boleh collect  dan ada 1 surat tawaran dari sekolah menengah aliran agama tapi sekolah tu di area Kelantan' of kos lah kena tolak, sebab kakak dah nak tukar sini Call PPD tanya detail pasal tukar sekolah kena jugak ambik surat dari sekolah menengah penempatan kat sana alahai ... banyaknya keje tak sanggup dah naik bas sakit pinggang, sakit bontot duduk 8 jam dalam bas huhu nak naik flight pun asiklah penuh mana diorang pegi ramai-ramai ni? cuti-cuti Malaysia kot pegi balik kapal penuh banyak sungguh duit orang Malaysia nih mokcik stress la gini, huhu # panadol p...

Alhamdulillah Untuk Segalanya

Salam Hari Isnin, moga hari yang di berkati untuk kita semua # banyaknya entri tertangguh, nak citer pun macam dah basi je, tapi kena gak tulis sebagai bacaan sendiri masa akan datang, hihi. Last week (Selasa) , aku balik kampung ambik si kakak. Balik berdua dengan si kenit, Hajar. Naik bas selepas 10 tahun, sedikit risau tapi tawakkal jelah sebab itu je transport yang ada. Tren penuh, nak naik flight malas nak waiting list. Saja balik awal sebab aku nak ada di samping kakak masa result UPSR di umumkan (14Nov2013) . Alhamdulillah, result kakak empatAsatuB itu kami terima denga redha, setakat itu rezki yang tertulis untuk kakak, yang penting dia dah usaha dan buat sehabis baik. Ini baru langkah pertama, jika umur panjang .. jauh lagi perjalanan hidupnya. Apa yang penting bagi aku ialah semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah, yang menjaga agama dan menjaga solatnya bukan sekadar berjaya dalam segi akademik semata-mata. Kakak happy bila dapat tahu sepupu kamcengnya, Ayong p...

Balik Kampung Punya Cerita

Citer nak basi, tapi kenalah citer, sebab BlogKu DiariKu jua, hihi Ini kisah balik kampung minggu lepas. Kami ambik keputusan balik jenguk kakak kerana En Abe dah tak sanggup menanggung rindu pada anak sulungnya itu. Nak tunggu raya Haji, kemungkinan besar En Abe tak dapat cuti raya. So kami berpakat balik jelah wpun tak dapat beraya. Sengaja ambik cuti di tengah2 minggu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di udara, dah tahu sokmo doh, kalu hari Sabtu Ahad gak, konfem la kapal penuh. tetiba speaking Balik keje hari Selasa tu, terus balik kampung dengan flight jam 6.30 petang. Sampai airport KotaBharu, kami sewa keta 2 hari untuk balik kampung. Murah je sewa keta (viva RM159/2 HARI) . Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah kami ker umah ayah bonda. Masa tu dah jam 10.30 malam. Kami di sambut dengan wajah ceria kakak yang gembira dengan kepulangan umi, ayah dan adik2. RABU ( 02-10-2013) Pagi tu dia rekues hantar dia ke sekolah, kami ikutkan je. Dah lama tak merasa hantar kak...