Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

HARI MERDEKA ke 55 dan Kisah Sebatang Lobak Merah

in advance..walaupun Merdeka esok (31Ogos2012) tapi cam biasa..cuti takde masa nak belek blog. kepada semua.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55 .apa pun kata parti politik@orang-orang yang minat politik,aku tetap nak bagitau apa yang aku rasa. "AKU BERSYUKUR KERANA LAHIR DI BUMI MALAYSIA" MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA.. selalu kita minta macam-macam dengan Allah tapi kita lupa nak bersyukur dengan apa yang kita dah ada. kenapa yer? esok cuti..sapa nak buat open house?cepat angkat keyboard..hihi

Upgrade Now

aku klik ni.. betul  tak tipu punya..aku klik ni haaaaaaaaaaaaaa klik apa? icon UPGRADE NOW tu la  kan dah klik emm.. takdelah susah sangat okey..daaaaaaaaaaa

Serius..Aku Tersentuh

hari ni ingat tak nak apdet sebab semalam dan kelmarin dah banyak kali apdet blog.tapi tak sengaja masa jalan-jalan ke blog kakinaKL aku terbaca entri tentang SAVE JEJAI .kak ina kata boleh share Siapa Jejai?ikhlas cakap..aku tak kenal sangat blogger Jejai ni tapi aku penah baca blog beliau tapi tak tinggal komen. kenapa tak komen? kalau nak tahu..aku ni nampak je kental tapi dalam situasi yang lain masih ada sifat pemalu.huhu *sila percaya* .nak-nak pulak bila tengok blog tu ramai follower lagilah malu nak tinggal komen.rasa kecik je diri walaupun size badan tak kecik.. beliau sekarang sedang di uji dengan penyakit kanser paru-paru stage ke 4.paling tersentuh hati ialah bila baca isi hati seorang anak kepada ayahnya melalui sehelai nota. kalau sudi jangan malu-malu membantu beliau dan keluarganya melalui.Hari ini hari beliau tapi mana tau mungkin esok lusa hari kita pula. *kata-kata kak InaKL* -Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli) -Maybank Acc Acc No

Raya ke 7 -Bye,Kakak Balik Dulu Ye

quick apdet nak habiskan cerita raya.ni kisah Raya ke 7 (SABTU:25 Ogos 2012) kakak mula sekolah esok (hari ahad negeri pantai timur dah mula sekolah) .patutnya en abe yang hantar kakak tapi aku sukarela offer diri nak hantar kakak..so bagi en abe jaga anak-anak. pepagi dah kuar rumah sebab tiket belum beli dan flight ke Kota Bharu jam 7.50 pagi.adik nampak cuak bila tengok umie dan kakak pakai lawa sedangkan dia masih berbaju tido.lepas hantar kami ke airport.en abe dan anak-anak balik cheras umah mil tengok gambar ni tiba2 aku rasa rindu kat kakak.huhu.lepas ni Insya Allah,Raya Haji baru dapat jumpa kakak semula.itupun kalau balik kampung (macam harus balik kot.hehe) kalau tidak..kena tunggu cuti sekolah yang panjang bulan November la baru kakak balik sini. layan citer Horton Hears a Who! tanpa suara sebab flight cuma 50 minit..tak sempat bagi earphone dah mendarat..citer pun tak sempat abis.tapi kakak layan je sebab dia seronok flight domestik dah ada tv.sebelum ni k

Raya ke 6 dan Senai Airport

nasib la korang..selagi tak abis citer raya ni korang takde peluang baca cerita benda lain kat blog aku selain citer pasal raya.kan dah kata aku nak tulis kisah sebulan raya.haha Raya ke 6 (JUMAAT:24 Ogos 2012) masih di Jb..lepas subuh tido balik.bilik lak sejuk dan siap tutup lampu..semua lena sampai jam 10.00 pagi.anak-anak bangun,harusla umie kena bangun sama.bersiap..turun bawah pegi kedai runcit sebelah hotel..beli makanan dan kul 12.00 tengah hari check out.sebelum tu dah call teksi datang ambik kami untuk ke airport Senai.tambang teksi rm39..kira genapkan rm40 je. Senai Airport yang cantik..banyak kedai untuk cuci mata.terjatuh cinta dengan sepasang kasut kat Sembonia,ingat nak singgah balik lepas makan tapi hampa bila datang balik kedai tu..kasut itu sudah terjual.huhu flight jam 4.45 petang.masih awal so merayaulah kami dalam airport tu.ada kedai buku MPH.kakak apa lagi..habislah duit raya dia memborong novel dalam tu.sempat makan tengah hari kat kafe tapi takde pilihan

Raya ke 5:Universal Studio Singapore (USS) 2012

okey..setel sudah bab keje.*legaaaaaaaaaaaaaaaaa* rasa terhutang pulak bila tak sambung kisah semalam ini .dipendekkan citer selepas sehari suntuk berumah tangga kat imigresen seremban tu..kul 3.15 petang siaplah passport si kenit. kelakar tengok gambar passport dia.tahu jelah dia ni amat pemalu dengan lelaki dewasa.punyalah susah nak snap gambar passport dia tu..nak pulak mamat tukang ambik gambar tu sentuh bahu dia sebab nak bagi dia duduk dengan posisi yang betul.muka dah cebik,sikit je lagi nak meraung..sib baik aku sempat pujuk..ginilah hasilnya.walaupun masyam tapi masih comel dimata umie.hik hik hik.sapa lagi nak puji kalau bukan umienya kan? siap je passport drive laju-laju balik umah ambil beg dan pecut ke airport sebab flight jam 5.20 petang ke Jb.hehe..mesti ada yang boleh agak ke mana destinasi kami bila ke Jb kan?ke Jb tak perlu pakai passport tapi kalau dari Jb nak melintas tambak Johor destinasinya haruslah ke Singapore kan?apa ada di Singapore?USS la..pandai pun

Sebelum Raya,Raya Pertama,Raya Ke 2,Raya ke 3 dan Raya ke 4

blog ni umpama diari aku jugak..w,pun tak semua kisah aku share kat sini tapi senang citer 90% adalah semuanya aku tulis kat sini..senang nak rujuk.hehe. eh!adik aku dulu pun sama..kalau nak tanya bila satu2 kejadian berlaku..suka call aku suh check diari.mentang2lah aku tulis semua dalam diari buku tu..tapi sekarang (mulai tahun ni la) dah malas sikit tulis diari..semua aku tulis kat blog je kecuali kalau kisah itu sangat peribadi takdelah aku tulis..terpanjang lak mukaddimah. JUMAAT:17 Ogos 2012 ..ni kisah hari terakhir keje sebelum cuti raya tu.ingatkan dapat la balik awal tapi hampa..tak dapat pelepasan dari HQ.huhu..balik awal 15 minit je pun..so 4.15 la kami baru kuar opis..balik rumah pack baju dan ke rumah adik lelaki untuk berbuka sebab dah janji nak konvoi balik kampung sama-sama dari rumah dia..aku balik menumpang adik-adik sebab en abe kerja pada hari raya pertama.raya ke2 baru dapat cuti tapi raya ke3 kena keje.raya ke4 barulah kami dapat beraya lama sikit. lepas berbu

Happy Working :)

SALAM SYAWAL KE 9.masih raya lagi kan?katanya hanya di Malaysia je sambut raya selama sebulan.tak gitu? muka ada senyum pagi ni..wah!seronok datang keje maklumlah 9 hari tak datang opis sebab sakan beraya ye..kali ni kami memang raya sakan..nanti free aku citer kalau extra rajin aku akan citer apa kisah raya kami dari hari raya pertama sampai raya ke8 semalam...jangan sampai ada yang muntah dahla ye( bajet macam ada yang kisah nak tahu..wakakakakaka) tapi adik aku lagi heybat,dia dah apdet kisah raya dia.aku malas nak menaip pakai tab.takde feel.dia takpela..ada laptop.huhu ini kisah dia dan rayanya yang agak tragis CikViva .semua ada dalam tu..suka dan duka berbaur jadi satu :).bertabah la dik oi.nanti jangan lupa belanja kakak mu ini makan nasi arab..dah bosan makan lemang dan rendang,rasa tekak nak makan nasi arab la pulak..hehe okey..buat keje dulu,citer raya sambung kendian ye ;)

~Salam Lebaran Ikhlas Dari Lubuk Hati~

memandangkan hari ni last day keje..esok dah mula cuti,hati dah takde kat opis tapi sudah kat highway nak balik kampung.terbayang macam mana lah perjalanan balik kampung nanti..jem kah?perlu ke aku sediakan roti secukupnya.hehe buat kawan alam nyata dan alam maya (dah macam alam bunian pulak ye.hehe) .aku susun 10 jari minta maaf kalau ada salah tutur kata selama kita kenal.Demi Allah takde niat nak sakitkan hati sesiapa dengan sengaja. terimalah kad raya ikhlas dari aku dan pesanan ikhlas buat kengkawan yang pos kad raya tu aku mintak maaf banyak2 sebab tahun ni aku dah pecah tradisi tak mengepos kad raya. (kes dah lewat baru nak cari kad..mood pun dah hilang.huhu) so aku akan balas kad raya korang tahun depan,insyaAllah ada umur. tahun ni terimalah kad raya kat blog je..mintak halal ye yang ni macam tak ceria je.. okey..ambik yang ni la,ceria sikit.baru ada mood nak raya sebab nampak gambar ketupat SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. Semoga ceria di Aidil Fitri bagi y

Happy Besday Adikku,Cik Viva

morning korang ;) sapa masih keje ni? *saya..saya* ,aku angkat tangan dulu..ye,aku masih keje dengan penuh dedikasi. entri pertama pagi ni nak wish besday adikku.dulu sms je wish besday..tapi tahun ni memandangkan dia dah ada blog..kita wish kat blog jelah. alkisah..memula dulu dia penah la jugak kutuk-kutuk manja bila aku cakap aku ada blog.dia kata 'banyak sungguh masa lapang ye' pasal apa dia cakap macam tu?sebab dia tak suka membaca.kalau suh dia baca novel dia akan belek muka surat pertama,muka surat tengah dan last muka surat akhir.tapi dalam malas-malas nak baca novel tu sesekali dia jadi silent reader blog aku.kadang-kadang aku takde modal nak borak sebab semua yang aku nak citer dah tulis kat blog dan dia dah baca.huhu dia pun baca banyak blog dalam bloglist aku.ada 2,3 blog yang jadi bahan cerita kami tapi bukan ngumpat..cuma terkagum dengan cara hidup orang tu.lama-lama aku cucuk dia untuk menulis blog walaupun katanya dia takde idea.aku cakap 'tulis la apa-ap

Pilihan Dalam Hidup Kita

emm..dah terasa sunyi sikit kat taman perumahan.dah ramai yang balik kampung agaknya.yang naik van kesekolah pun tak ramai tapi abam masih pegi sekolah.esok baru cuti.kat opis aku ni masih ramai yang bekerja.opis korang dah sunyi ke?aku masih keje sampai esok.cuti dah susut so tak bolehlah nak suka-suka ambik cuti. apa citer hari ni ye?oh.tadi aku ada borak-borak kosong dengan sorang lelaki (atas urusan kerja..tapi lepas tu borak-borak kosong sekadar berbasa basi orang kata) .dia seorang lelaki india berumur pertengahan 40an.eh!lepas tu dia bagitau umur dia 45 tahun.sesi dialog dgn dia,bukan dengan jin tau ;) tanda - tu dia,tanda + tu aku. -u anak berapa orang? +3,1 boy 2 girl -oh,samalah dengan saya tapi saya 2 boy n 1 girl.paling besar umur berapa? +11 tahun,darjah 5. -eh kecik lagi..saya punya anak sudah form 1 tau. (nada macam nak kondem aku la yang anak aku kecik lagi dan anak dia dah besar..dari riak muka dia) dalam hati aku kata.. 'mmglah,umur ko dah berapa?umur aku

Nak Kurus Kena Bersalin Dulu.So?

hati ada sikit gembira walaupun masih risau.tentang en3 hati yang risau pasal ayah tu..mak aku kata ayah dah okey.bukan boleh duk diam.sekarang dah mula kait petai sebab anak-anak nak balik dan satu berita buat aku geram jugak..dalam tak sihat tu ayah pasang mozek (betul ke aku eja?) dalam bilik tido aku dulu.lepas aku dah tak duduk kampung,adik aku ambil alih bilik tu dan sekarang bilik tu jadi bilik kakak la sebab adik aku dah keje kat sini. bilik tu sebelum ni pasang karpet so mestilah senang berhabuk dan nak kena sapu hari-hari..vacum takde so sapu pakai penyapu lidi.aku ada la tanya ayah dulu-dulu ' berapa kos kalau nak pasang mozek dalam bilik ni?' .ayah ada cakap anggaran bape rm tapi aku cuma tanya je..kotlah ada duit jatuh dari langit memang aku ada niat nak mintak ayah pasang mozek pun.cuma tak sangka bila mak citer ayah sekarang tengah pasang mozek dalam bilik tu.tetiba aku rasa bersalah sebab bukak citer tu dulu. ayah...ayah.. okey..ni ada citer tak berapa kela

Suami Biasa @ Suami Luar Biasa?

dari sini kalau boleh terbang tu lagi luar biasa kot.hehe

Hati Yang Risau

ubat hati gelisah..baca ni hati gelisah.tadi baru call kampung tanya khabar mak ayah.kata mak 'takde buat apa persiapan raya pun.biasa-biasa je' tanya khabar ayah dan aku boleh rasa macam berat je mak nak cakap. 'ayah tak segar tu (tak segar maksudnya tak sihat) .kemarin berak tubik darah (keluar darah) .hari ni berak dah takde darah tapi tubik air saja-saja.takdok gapo..tok payah runsing la' . ayah jarang sakit.ada tulis kat entri ni .so bila sakit kami anak-anak sangatlah risau. macam mana aku tak runsing,dari hari kami balik kampung tu dah ajak gi spital tapi nak gi klinik je.kalau budak-budak boleh je dukung bawak gi spital tapi kalau orang tua bukan boleh dipaksa-paksa. ikut perancangan,Jumaat ni kami 5 beradik akan konvoi balik kampung.nampak gaya kes ayah ni dah tak boleh bertolak ansur lagi..kena jugak ke spital baru tahu apa cerita sebenarnya.kawan-kawan..doakan ayah aku takde penyakit kritikal ye..aku sangat risau ni

huhuhuhu (takde tajuk)

PAGI NI.. sedar-sedar jam 6.15 pagi.huhu.kalau dah jaga kul 6.15 pagi sapa je yang boleh bersahur?sudah semestinya abam sorang jelah.sempat lagi buat nasi goreng campak-campak sebab dia dah pesan sebelum tido 'abam nak nasi goreng kampung untuk sahur' .wah!macam order kat kedai makan pulak ye.nasib baik dia cuma mintak nasi goreng kampung je.buatnya dia mintak air tembikai susu @ telur bistik ke,mau aku nanges bawah dapur kot. abam makan tapi umie dan ayah cuma telan air liur.itulah,sapa suruh berborak sampai jam 3.30 pagi?en abe keje shift petang.sampai umah dah kul 2.00 pagi.selalu aku tak bangun jugak sebab ngantuk sangat tapi malam tadi tertido depan tv so bila dengar pintu buka otomatik mata pun terbukak jugak. apa lagi..borak itu ini..pok pek pok pek..tak sedar jam dah angka 3.30 pagi.bukan tajuk penting pun.apdet kisah anak-anak terutama si kenit buat apa hari ni.kakak call ada cerita apa?dan kisah abam yang buat umie hangen di petang ramadhan semalam.mana tak hangen,d

Pertama Kali Buat Ayam Percik Putih

sabtu ahad,adik-adik datang berbuka kat rumah.seperti biasa..masa ni lah kalau nak main masak-masak..kalau berdua dengan si abam je aku makan apa ada.penat masak pun aku dan abam je yang makan.si abam tu dapat nasi goreng cukupla bagi dia..masak pelik-pelik nanti ulang alik masuk peti ais lama-lama destinasinya ke dalam tongsampah.tapi aku buat ayam percik ni..komen dia 'abam suka ayam masak macam ni' nampak gaya kena buat lagi.. 'abam.posa tahun depan boleh ke?' hehe.pandai ye umie kata abam suka nasi goreng je padahal umie yang tak rajin nak masak pelik-pelik. okey..sebenarnya nak citer..pertama kali aku buat ayam percik kelantan (yang kaler putih tu ye) ..sib baik menjadi.kalau tak jadi konfem tak letak kat blog.hehe.resepi dari dapur Mamawandiha korang kalau nak copy paste resepi boleh klik kat situ sebab blog aku sorry takleh copy.blog aku bukan blog resepi tapi saja gatal nak try resepi orang ni resepinya aku copy paste..minta halal ye mamawandiha Bahan2 ½ e

Kaitan Tali Tape dan Umur Kita

PAGI NI..motivasi dari Dr HmTuah dalam Radio SelangorFm.beliau kongsi cerita bagaimana beliau berjumpa remaja Orang Asli dan memberi ceramah motivasi pada mereka.panjang jugak mukaddimah tapi aku pendekkan bahagian yang ingin aku kongsi.iaitu kaitan tali tape dan umur kita dalam sejarah: satu ketika dulu,tali tape ini jadi punca mak aku menjadi marah.mak aku tukang jahit.sudah semestinya ada pertalian kuat antara mak aku dan tali tape ni.mak aku panggil 'tali eci(tali inci)'.kami adik beradik suka main dengan tali tape mak ni..bila mak cari tak jumpa,memang boleh hangin satu badan. okey..sudah melalut,jom balik kepangkal jalan.kata DrHmTuah kepada seorang remaja orang asli 'kamu ambil tali tape ini.tali tape ini panjangnya 60inci.sekarang cari dimana umur kamu' .remaja tu tunjuk angka 16.maknanya umur dia 16tahun.sambung DrHmTuah lagi 'kalau umur kamu 16tahun..ada berapa lagi baki untuk capai umur 60 tahun?selama 16 tahun ini apa yang kamu dah buat dalam hidup

Kakak,Hari ni genap 11 tahun

dilahirkan pada 11 Ogos 2001 JAM 11.58 PAGI.kelahiran pertama dan semestinya kelahiran yang mencabar bagi ibu-ibu yang pertama kali merasai pengalaman mengandung dan juga bersalin.aku bersalinkan kakak masa umur 22 tahun. kakak masa umur lebih kurang 6 bulan kalau tak salah aku besday pertama kakak ni pun umur dalam setahun lebih gambar terkini tapi takdelah terkini mana sebab ni kenduri kat Pahang bulan Jun lepas..gambar terkini masa balik kampung tu ada tapi tak sesuai nak letak kat blog.kakak sedikit gelap mungkin sebab berpanas balik sekolah.hampir setiap hari ada kelas tambahan dan aktiviti ko-ko.sian kakak,takpelah..dah besar nanti cerahlah tu kakak dan adik yang sentiasa sebut nama 'kakak' tanpa jemu setiap hari KAKAK.SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 11.DOA UMIE SEMOGA KAKAK JADI ANAK SOLEHAH DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT.UMIE,AYAH,ADIK-ADIK SAYANG KAKAK SELAMANYA.

Kad Raya Pertama Tahun 2012

Kad Raya Pertama untuk Tahun 2012 datangnya dari Blogger Luna ..ni kategori kawan blog batch pertama yang aku kenal.kalau tetiba gatal tukar background dan hilang..dia juga antara orang yang aku cari.seingat aku ada 2 orang lagi yang penah tolong betulkan blog aku dulu-dulu, Mummyrizq dan Nonie Amniey .sekarang diorang dah senyap sikit mungkin aktif kat FB kot.aku je yang setia kat blog sebab Fb kena block kat opis ni.haha Dear Luna,rindu tulisan ko macam dulu-dulu masa ko belum jadi cikgu.hehe.sekarang ko dan bizi dengan anak murid..blog pun dah bersawang.ker ko dah bukak blog lain tak bagitau aku ni?siap la ko kalau ada blog rahsia tak bagitau aku..... tahun-tahun yang lepas aku akan beli 10 keping kad raya.so tak dapatlah nak bagi semua orang.hehe..tapi tahun ni belum beli lagi.kenapa tah,nak kata sibuk tak jugak.senang citer aku belum pegi kedai yang jual kad raya la,minggu depan sempat lagi kot.. nostalgia kan kad raya macam ni? korang ada dapat kad raya tak?