Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Macam2 Hal

Komen Paling 'Pelik' Setakat Ini

hai korang sejuk eh pagi ni rasa macam nak pakai stokin je # tiba-tiba teringat mangsa banjir di negeriku beberapa tahun yang lepas. diorang tinggal dalam khemah macam mana lah agaknya menghadapi cuaca sejuk camni, huhu eh, ni nak citer pasal pengomen kat blog tipulah kalau blogger tak suka bila ada orang komen, huhu aku ngaku suka baca komen sesapa yang singgah kat blog aku sebab taknak terlepas pandang semua komen aku setting semua komen kena approve baru publish # setakat ni takde lagi komen mengutuk, yelah.. aku bukan blogger femes pun tapi, ni komen paling 'rare' aku dapat berminat? pm dia, jangan pm aku ye hehe

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Dear Blog Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa. Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je. Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu. TAPI.......

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog Mood Rajin datang Manfaatkan sebaik2nya Saja tulis sebagai kenangan Seiring dengan bertambahnya usia Kita suka mengenang kisah dulu-dulu Kisah kita membesar di kampung Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang yang dulu2 kita tak ambik kisah pun Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata sob sob sob Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang tutup dengan tudung saji  makan bersila ramai2 sekarang makan bersila pun dah payah jumpa kecuali ada kenduri di kampung tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang lalu tu dia panggil  'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10' tak fikir panjang terus beli 1 dulang dia besi je takde bunga2 corak anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas ...

I Love Saturday Sunday

Tajuk poyo je, macam lah ko keje kan? Padahal hari2 pun cuti jugak, haha   Tapi kalau Isnin sampai Jumaat, bangun awal urus aak-anak sekolah, buatkan sarapan paling simple pun kena jugak gorengkan donut frozen. Bye bye anak naik bas ke sekolah. Sabtu Ahad, lepas Subuh boleh sambung bermalasan atas tilam sambil ngadap henpon, update apa yang patut. Yelah kan. Facebook tu kan kedai Online aku. Tak update mana orang nak tahu ko jual apa, kan? Agak2 matahari naik sikit, bangun basuh kain. sidai kain. Lipat kain je aku tak buat sebab dah sub keje tu pada si kakak, haha. Tengok jam agak-agak sejam lagi anak-anak balik sekolah, masuk dapur tengok apa menu untuk lunch. Alhamdulillah anak-anak makan tak memilih, apa umie masak, makan je tak banyak songeh. Bangun pagi tadi konon nak pegi Pasar Tani. Rindu nak tengok sayur hijau murah-murah, 7 bekas/RM 10 ke mahal bagi korang? Bagi aku yang jarang ke Pasar Tani ni rasa dah murah sangat dah, boleh dapat 7 jenis sayur dengan harga RM 1...

Ikan Bakar Cicah Budu

aduhai... henpon semakin hari semakin tenat, slow cam siput mau tidaknya, gambar ribu riban minggu lepas kakcik tanya 'kenapa kakak dan abam ada album gambar masa kecik tapi kita takde?' hah! apa nak jawab? semua gambar masa kecik dia dalam henpon dan laptop tak cuci pun lagi hari ni sedikit free, baby kepenatan semalam tawaf ioi mall tu yang hari ni tido lama cecepat transfer gambar2 ke laptop buat album setiap kejadian kalau rajin nanti gi cuci, huhu sesambil tengok gambar lama, terlintas gambar ni Ike Bakar Cicoh Budu alahai, lapar tetiba menu kampung macam ni memang bahaya bagi bot-bot kecil harus diet pun tenggelam ke laut dalam haha

Renung Sejenak

Panasnya cuaca kat luar tu Duk dalam rumah pun rasa berbahang Kipas dah di angka 5 pun macam malas je bergerak, slow motion je pusing Nak ber aircond 24 jam pun, rasa nak nanges tengok bil yang datang Ni baru panas dunia kan? huhu Hari ni nak bercerita tentang perasaan Kadang2 bila keseorangan, aku selalu fikir, berapa lagi agaknya baki hidup aku di dunia ni. Apa yang kita cari dalam hidup? Selama mana je pun kita hidup didunia ni Semua orang nak bahagia? Apa maksud BAHAGIA? Kebahagian tak sama bagi semua orang. Ada orang, kita tengok dia nampak susah dari semua segi, tapi mungkin dia lebih tenang hatinya. Tido nya mungkin lebih lena dari orang yang rumah besar, kereta besar dan duit berkepuk walaupun cuma tido beralaskan lengan. Hidup kita didunia paling lama mungkin 60-70 tahun. Buat apa nak sakitkan hati memikirkan dosa orang pada kita, memikirkan orang yang menyakiti hati kita sedangkan sebagai umat Islam yang percaya bahawa kita akan bangkit didunia satu lagi untu...

Aiskrim Sumi Yang Viral

Panas sungguh cuaca sekarang, nak kuar umah bercinta sangat. Nak sidai kain tu kalau boleh, sidai selonggok terus, hihi. Taknak berlama2 kat luar Kalau terpaksa keluar ada urusan Tak sabar2 nak balik umah Panas2 gini sesuai sangat makan aiskrim Sesekali teringin nak makan aiskrim macam masa kecik2 dulu Masa kecik dulu mak buat aiskrim bandung, aiskrim milo Senang citer, air apa yang tak abis tu Akan jadi aiskrim, haha Sekarang ni tengah viral aiskrim sumi jelly Sana sini duk post gambar sama Nak taknak terpaksa telan air liur Bukan susah mana pun nak buatnya Ni CikViva tolong buatkan, aku cuma belikan bahan je datang mood rajin dia tu, cepat2 ambik kesempatan Ada citer kelakar masa nak beli plastik aiskrim ni Pegi kedai nak beli plastik aiskrim Plastik aiskrim pulak habis stok hahahahahahaha gitu lah citernya bukan aku je, ada lagi 2 orang pelanggan lain pun cari benda sama last2 pekerja pasaraya gi cari dalam stor Sampai ...

Baby Baru: Batu Dalam Hempedu, Biarkan, Buang Sekarang @ Buang Kemudian?

Assalamualaikum... Tak boleh tido sejak terjaga dari jam 2 pagi tadi (so update blog sementara menunggu mata ngantuk balik) . Ada sesuatu duk berlegar dalam otak aku sejak semalam selepas check up mengandung di hospital swasta. Setiap bulan memang aku check up di 2 tempat (klinik kerajaan dan hospital swasta). Sejak 3/4 hari lepas aku dapat perangai tak lena tido, mengiring kiri dan kanan rasa sakit menyucuk kat ulu hati, rasa macam gastrik pun ada jugak, tapi aku makan takde masalah, terlebih makan lagi ada. Masa check up tu aku citer pada Dr Intan dan doctor cakap nak scan sambil scan baby sekali. Masa scan dia kata ada biji kecik kat hempedu dan dia agak ada batu kat hempedu aku yang menyebabkan aku rasa sakit menyucuk2 kat ulu hati, masa dengar tu terus aku rasa blur dan semua penerangan doctor tentang baby selepas tu aku dengar tak dengar je, tak boleh fikir dah. Aku tanya doctor apa patut buat, tapi dia kata tak boleh bagi komen sekarang sebab dia bukan pakar bahagian tu, ke...

IKEA Berhantu

JANGAN MARAH YE, SEKALI TAJUK SERAM DAAA.... Gempak je lebih, kena saman ngan Ikea baru tahu. Sebenarnya bukan cerita hantu, tapi memang berhantu kalau sesekali ke Ikea nih. Aku boleh kira baru 3x kali (termasuk kali ini) ke Ikea sejak kewujudannya di Malaysia. Kenapa jarang pegi? Sebab bukan dekat, pastu boleh agak kalau pegi mesti terjebak, jadi aku memang elak untuk kesana. Tapi Mil dan Sil boleh kata tiap minggu kesana, kadang2 jeles gak umah diorang semua barang Ikea, cantik2 pulak tu, huhu. Sebenarnya sekarang tak susah nak beli barang Ikea. Dah ramai yang jadikan kerjaya sebagai Personal Shopper Barangan Ikea sekarang ni, kebanyakkan mereka adalah surirumah yang mencari duit sampingan, aku pun dah beberapa kali beli barang dengan diorang, tak mahal pun diorang charge, dalam rm10-15 je untuk satu barang. Kalau pegi sendiri, aku rasa lebih dari tu. Dengan kos minyak, masa dan terbeli benda yang tiada dalam list, hihi. Ahad lepas balik Cheras, Petang tu SIL yang baru jad...

Hello October

Assalamualaikum Hai korang, sihat ke? Dah sebulan tak menyapu sawang kat blog ni, penyapu mana penyapu? Last update blog 25 Ogos, sekarang dah 2 October pun. Sedar tak sedar, sebulan aku memegang jawatan 'surirumah sepenuh masa'. Kalau dikira dengan long medical sejak dari May, aku dah tak keje 5 bulan. Apa perasaan? Setakat ni aku happy urus rumah tangga dan anak-anak. Aku jadi bos untuk diri sendiri, boleh buat apa aku suka, bila-bila masa. Alhamdulillah Nak update blog pun takde masa, huhu Sebenarnya ada banyak benda dan cerita yang aku nak share ngan korang semua. Tapi aku tak tahu mana nak mula. Sekarang banyak masa aku dihabiskan dengan membaca, aku ada banyak buku yang dah beli tapi belum baca, sambil baring merehatkan pinggang lepas dah habis keje rumah, anak2 pun dah kesekolah, hanya buku meneman aku. Buku yang aku baca bukan novel, aku banyak buku motivasi dan buku dari blogger. Nanti ada masa aku share buku yang aku dah baca ye Okeylah, ad...

Salam Jumaat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke? Dah baca A Kahfi ke belum? hihi Kalau belum, jom luangkan masa baca Al Kahfi sekejap Sarapan apa pagi ni? Aku sarapan cekodok je, tu pun bancuh tepung segera cekodok bilis Adabi Rajin sangat kan.... Sunyi dah rumah Abam dah ke sekolah, Sikenit dah ke tadika Kakak je sekolah sesi petang ada meneman Tu ada duk study hari ni last exam Jap lagi nak masak lunch untuk kakak kesekolah sibuk kan suri rumah? sapa kata suri rumah banyak masa lapang? huhu Dah hampir 3 bulan aku jadi suri rumah tak rasmi (masih mc) Hujung bulan ni last day sebagai pekerja dan secara rasmi September aku memegang title baru Sebagai SURIRUMAH SEPENUH MASA jawatan yang tak pernah aku terfikir akan dipegang sebelum pencen aku ingat paling tidak akan berkerja sampai umur 45 (kalau pencen awal) tak sangka Allah rancang lain, bersangka baik padaNya Ramai gak yang tanya, apa planing aku lepas ni? Nak cari keje lain @...

Log In Blog Nak Update Citer Raya, Tapi..........................

Salam korang.. Panasnya cuaca sekarang, rasa nak bawak bantal tido dalam bilik air je. Sebab bilik air  tu sejuk sikit. Aku tak tahu lah disebabkan pembawakan baby dalam perut @ memang sedia ada malas, nak buat apa pun malas sangat sekrang. Ni dah masuk 2 bulan jadi suri rumah ( masih dalam cuti sakit yang panjang) walaupun masih belum sah berhenti keje. Tinggal sebulan je lagi, lepas ni aku betul2 bergelar 'suri rumah'. Ni gigih on laptop nak update citer raya, tapi boleh pulak lompat-lompat blog orang. Sekarang dah buntu apa nak tulis kat blog sendiri, pastu gambar takde untuk jadikan hiasan. Nampak gaya tak kesampaian nak update citer raya, huhu. Terima kasih sebanyak juta-juta kali pada yang masih sudi bertanya khabar, Alhamdulillah kesihatan dah beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Aku pun dah stop suh akak pengasuh masak untuk anak-anak, aku dah mula masak dan urus rumah tangga. Buat yang mana larat, ada hari larat aku buat. Datang hari tak larat, aku pejam mata j...

Kucing Tumpang Kini Jadi Ibu

Salam korang ... Lama tak update blog, sebenarnya setiap hari aku update blog tapi cuma dalam mimpi, setiap hari ada je benda nak share kat blog, tapi otak je menaip, hehe. 1- lor, kat sini korang ye? puas ibu cari tau, kata Oren kepada anak2nya 2- Puan, saya nak keluar, saya tak suka di kurung, kata Oren kepada Tuan Rumah Okeylah, ni nak share kisah kucing tumpang (nak ngaku bela pun malu sebab aku cuma bagi makan je, urusan berak kencing dia aku tak ambik tahu dan aku pun tak tahu kalau dia ni ada tuan) tapi tiap pagi dan petang, dia datang mengetuk pintu cermin belakang rumah minta makan. Anak2 suka intai tapi tak penah bawak masuk rumah. Masa tak tahu dia ni betina, anak2 aku panggil Rayyan, haha. setompok anak kucing  Dalam tak membela, sudah jatuh sayang kat si Oren nih. Dia ni dulu pun masa kecik, mak dia Si Puteh tu yang selalu bawak dia datang umah, tapi sekarang jarang nampak mak dia, mungkin sakit kot. Si Oren ni rasanya budak lagi kot, tapi beberapa bu...

Denim Jacket, Idamanku

Salam Jumaat lunch time 2 jam melangut kat opis je malas nak keluar, huhu lompat2 blog singgah baca dan komen mana yang menarik hati rambang mata sambil menggugel mana nak cari jaket jeans/denim jacket yang lawa giler nih *nak cari kat sopim mall, tak tahu mana satu nak dituju* *lagi suka beli online, bayar dan tunggu barang sampai* *tak payah berpanas, tak payah isi minyak, tak payah susah2 cari parking* * pastikan membeli dengan seller yang boleh dipercayai*    arghhhhhhhhhhhhhhh lawa sangat nih kalau badan slim lawa kan? sekarang aku suka pakai dress ala jubah labuh beli kain ela cotton murah-murah hantar tailor buat dress labuh, no cutting2 eh pakai ngan jacket, sarung tudung ready to go asalkan menutup aurat dah cukup kbai # entri takde motif, hehe

Victoria Secret, Wangi Sepanjang Hari

Salam Jumaat lunch kat mana? aku tadi baru balik pos barang emm sekarang ni sepanjang masa ramai orang kat Pejabat Pos #semua pakat jual online ke sekarang? hehe #kos pos pun dah naik sikit 6sen lebih kurang, emm oh ni nak share banyak kali dah tolong kenkawan beli jadi kali ni nak share kat blog pada sesiapa yang suka produk Victoria Secret tapi tak tahu nak beli kat mana @ takde masa nak gi beli kat sopim mall @ nak belikan utk suprise pada yang tersayang boleh order ngan aku i tak charge mahal, upah GST je, boleh gitu? siap pos terus sampai ke muka pintu, hehe * sebenarnya ada kenaikkan sikit sejak Gst ni, huhu*   LOVE SPELL Set 3in1 -body mist, body wash, body lotion # member suri rumah mintak tolong belikan takde masa nak membeli kat luar katanya ni order dari kawan blogger hadiah utk diri sendiri sebab nak tengok hasil lebihan bayar cukai, hehe ni order dari member sekolah ops, aku pun ada kisah 'manis' dengan Vic...

Pembelian Pertama Dengan GST

Moga hari yang diberkati untuk kita semua sebagai kenang-kenangan, nak post 1 pasal GST ni last, aku janji, haha * mood nak jugak tayang, mana tahan asik tengok korang je post resit gst, haha*   ini resit pembelian secara tak sengaja sempena hari pertama GST di lancarkan semalam dari pagi sampai balik keje, aku mengelak dari membuat pembelian tapi balik keje gi ambik stok Nasi Arab Al Bayt, kakak bagitau pencuci muka dah habis *alhamdulillah, masih lagi harga lama tapi dengar citer, poslaju naik harga, tapi takpelah.. aku masih boleh cover kos gst pos tu* jadinya, ke kedai jugalah kami semalam nanti resit ni boleh frame tampal kat dinding, haha eh! sebenarnya aku nak citer pasal GST @ NASI ARAB ALBAYT nih? mana2 pun boleh nak order Nasi Arab dipersilakan semua rempah masih available ye Testimoni DISINI masih harga lama RM15 / sekotak postage 1 kotak ( SM RM6 / SS 9) WA 016-6116459

Pembelian Terakhir Sebelum GST

Selamat Menunaikan Urusan Masing2 di Hari Isnin Buat Yang Bekerja, Selamat Bekerja Buat Suri Rumah, Pun Selamat Menunaikan Urusan Rumah Tangga Yang Takkan Habis 24jam Bahang Gst sudah terasa disana sini Bahang GST sama panas dengan cuaca sekarang Semalam ke pasaraya yang biasa kami beli barang dapur orang ramai dua kali ganda dari biasa mula-mula rasa pelik kenapa ramai sangat orang hari ni lepas tu baru teringat pasal Gst akan start 01April nanti (walaupun dah ramai peniaga naikkan harga barang sebelum April) Ini troli barang yang aku beli semalam Beli yang mana penting je *baru separa troli, tak penuh pun* Aku bawak cash rm200 je bila nak bayar, skrin cashier menunjukkan total harga RM267.10 tak cukup cash kat tangan, terpaksalah guna Debit Card sib baik memang ada duit dalam tu Sepanjang jalan ke kereta aku renung troli tu Seingat aku, biasanya kalau separa troli macam tu dalam rm150++ je tapi kali ni terasa macam terlebih je pada...

2000 Kalori Sehari, Tapi........

SaLaM JuMaaT Awak dah lunch? Makan apa? Kat mana? Dengan Sapa? ololo, sweet sangat, macam remaja baru nak kenal cinta, wawawawa Baru balik lunch Jauh sikit menapak hari ni, bangunan sebelah Kena gigih sikit sebab jalan tengah panas lebih kurang 3 minit setengah Tapi belum sempat lemak mencair, dah sampai Banyak menu tapi jemu makan nasi nampak soto cam sedap je nampak air jagung, cam  sejuk je okey, maka terhasillah gabungan duet yang mantap SOTO + AIR JAGUNG = BURPPPPPP  *alhamdulillah* elok lepas makan, nampak ni kat dinding berapa kalori dah masuk perut hari ni? jom kira: pagi tadi:  bihun 1 senduk + air masak 1 liter lunch: soto + 1 gelas air jagung eh tak reti lah nak kira-kira kalori ni korang reti tak? apapun syukur masih ada nikmat makan kan kan kan ? SeLaMaT BeRhujung Minggu

Cuti CNY, Rasa Tak Puas Walaupun 4 Hari Cuti

Cukup panjang tak tajuk entri tu? ke nak aku tambah lagi 2 perenggan? haha  *gelak mak lampir*. Saja je buat tajuk panjang2, kasi korang stress membaca tajuk, itu belum baca isi penting lagi, hahaha. Panas sungguh cuaca sekarang, rasa macam malas sangat nak keluar rumah. Tapi duk dalam umah, kipas siling pulas nombor 5 pun tetap jugak berbahang. Malam tadi tak lena tido, pusing kiri pusing kanan, berpeluh2. Semalam si kenit menangis taknak gosok gigi, katanya 'taknak gosok gigi, nanti mulut kita sakit, kat sini * tunjuk tepi bibir ada ulser kecik baru nak bertunas* ololo, kecian kenit umie. Tapi aku pujuk, gosok jugak slow, takkan gi tadika tak gosok gigi, sudahnya meraung tak hengat, hahaha. Seperti biasa, cerita basi masa cuti 4 hari di hari CNY lepas. Ingatkan memang nak qada' tido je kat rumah, tapi berjalan jugak walaupun dekat2 Day 1: Ontheway balik Cheras, lajak terus ke Klcc sebab nak shopping baju budak2. Aku pun memang nak cari baju kerja, rasa dah lama tak ...

Bukan Lagi Rahsia

Assalamualaikum.. Dah ada yang start cuti ke hari ni? Keluar rumah pagi tadi jalan clear je sampai opis, best je rasa. Aku keje lagi sampai Rabu ni, tapi anak2 last sekolah hari ni. Cuti CNY ni takde plan kemana-mana, mungkin duk rumah je kot, tapi kami ni bukan boleh harap, suka sangat last minute plan. Hehe Terasa lama tak menulis, bukan tak de cerita tapi tak tahu dimana nak mula. Log in blogger.com dengan semangat berkobar2 nak bercerita, tapi sudahnya.. lompat2 blog orang lain dan akhirnya blog sendiri tak ber update. Huhu Minggu lepas, aku buat keputusan selepas fikir banyak kali, aku dah tutup account FB HappyIrfa, semua kawan dalam tu aku dah add sekali lagi ke Fb Mawarni Sani, kalau sesapa yang tercicir, boleh add aku ye. Dulu aku ada 2 acc FB, sebabnya.. aku tak selesa meluah rasa kat fb official. Maklumlah kat situ ramai dari kalangan ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan opis, jiran tetangga.. semua ada. Jadi aku lebih selesa meluah rasa di fb Happyirfa, kerana kat ...