Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aku La

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog Mood Rajin datang Manfaatkan sebaik2nya Saja tulis sebagai kenangan Seiring dengan bertambahnya usia Kita suka mengenang kisah dulu-dulu Kisah kita membesar di kampung Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang yang dulu2 kita tak ambik kisah pun Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata sob sob sob Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang tutup dengan tudung saji  makan bersila ramai2 sekarang makan bersila pun dah payah jumpa kecuali ada kenduri di kampung tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang lalu tu dia panggil  'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10' tak fikir panjang terus beli 1 dulang dia besi je takde bunga2 corak anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas ...

April Sudah Di Penghujung

Assalamualaikum Blog Rindu kamu haha Anak2 besar dah selamat ke sekolah Anak kecik sambung tido dalam buai Baju bajan dah sumbat masuk mesin, biarkan mesin buat kerja dia Pejam celik pejam celik, hari ni dah 27hb di bulan April Tak lama lagi, tak sampai sebulan je lagi umat ISLAM akan menyambut Ramadhan Allah, rindunya suasana Ramadhan Semoga sempat menyambut Ramadhan tahun ni   Tambah happy bila ma ayah kata nak puasa bersama kami tahun ni Tak dapat sebulan, dapat seminggu dua puasa sama2 dengan ma ayah pun dah cukup happy Ayah kata, suka dapat terawih di masjid dekat rumah aku Meriah katanya Sungguh cepat masa berlalu sekarang Sedar tak sedar, Baby Aisha dah pun setahun 4 bulan umurnya Dah pandai macam2 Dialah peneman Umie bila semua takde kat rumah Mengekor je kemana Umie pergi Ke bilik air Ke dapur Haha Rindu nak aktif berblog kembali Banyak benda nak share, nak tulis Sebagai kenangan akan datang Tapi macam biasa, bila log in, semua ayat yang ...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

  Assalamualaikum dan Selamat Pagi ada lagi ke yang singgah sini? hahaha macam takde je Takpelah, sapu sawang kejap * mana penyapu ni? penyapu pun dah hilang kot sebab lama tak guna*  Didoakan semua sahabat blogger yang singgah sini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sama ada yang bekerja atau yang berniaga Aminnnn Pagi ni seperti biasa, syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini Dapat tengok anak-anak bersiap ke sekolah Dapat siapkan mereka sarapan walaupun simple amat Tapi pinggan tetap licin, hehe Pinggan licin petanda sedap lah kot Dah lama tak singgah blog kengkawan Masih ada yang aktif @ bersawang macam aku jugak? Sebenarnya banyak nak tulis, sebagai kenangan  takde yang singgah @ komen pun takpe lah Emm harap penyakit M ni cepat lah hilang okbai

M.A.L.A.S

Ahad 12 Feb 2017 Sekarang jam pukul 1.30 pagi Waktu anak-anak dah lena di ulit mimpi, waktu inilah aku selalu bangun dan jenguk ruang tamu. Kemas dan susun apa yang patut, mainan bawah sofa, bawah meja, merata-rata. Aku tarik nafas dan menghayati setiap sudut rumah yang sekarang memang agak bersepah, tapi mungkin lagi 10 tahun, anak-anak membesar dan bual hal sendiri, aku mungkin akan merindui saat rumah bak kapal karam ini. Malam tadi aku dan anak-anak ke Carboot Sale dekat rumah, kebetulan Mil dan Sil pun datang dari Semenyih nak jenguk2 apa yang menarik di CBS tu. Berjalan santai sambil menikmati keropok lekor, apam crispy, jenguk barang jualan sepanjang jalan. Aku terbeli sepasang sandal prelove berharga rm10, sandal baru untuk Baby Aisha, sehelai jersi untuk si Abam dan sebiji kipas guna bateri untuk si kakak. Penat pusing2, kami lepak ambil angin sambil tengok budak-budak main roller blade. Anak-anak dah bosan dengan RB, dulu nak sangat, sekarang kasut tu tersadai tepi p...

Hidup Ini Penuh Ujian

Salam Jumaat Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan bernafas dimuka bumi ini lagi. Walupun setiap hari kita lalai dan lupa akan perintahNya. Bangun lah setiap pagi dengan rasa syukur. Pagi ni agak emo, bukan pagi ni je tapi sejak seminggu dua yang lalu. Ujian pada diri sendiri dan juga orang sekeliling buat aku berfikir, apa yang kita cari didunia ni. Hidup ini cuma sementara, entah esok @ lusa kita akan meninggalkan apa yang kita ada hari ini. Kenapa nak melukakan hati orang yang kita sayang? Tak boleh ke kita hidup ikut landasan yang betul? Hidup kita bukan untuk kita semata-mata Kalau kita adalah seorang anak, kita ada tanggungjawab pada ibubapa, adik beradik Kalau kita ibubapa, kita ada tanggungjawab pada anak-anak yang diamanahkan oleh Allah Janganlah mementingkan diri sendiri. Jangan aniaya orang lain demi kepuasan kita. Hari ni buat orang menangis, sakit hati. Esok lusa kena kat kita @ orang yang kita sayang. Apa kita rasa? Rasa oren kah @ rasa lem...

Update Penutup 2016

Hai, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah dipenghujung tahun 2016. Banyak perkara berlalu 11 bulan yang lepas, manis ke masam ke, redah je. Lamanya tak update blog. Dah tak tahu apa yang nak dikongsi disini, semuanya dah update kat Facebook (walaupun bukan 100% tapi 50% ada kat situ). Dah setahun 4 bulan aku duk rumah, bukan duduk sesaja, macam2 benda buat jugak. Selain kerja rumah yang tak pernah habis, jadi driver untuk anak-anak, aku masih berjualan online (cuma tak serancak dulu). Seronok tengok kawan-kawan yang dah ada produk sendiri, ada bisnes yang dah stabil, tapi aku masih lagi terumbang ambing, kejap buat tu, kejap buat ini. Tak de satu benda yang betul-betul fokus. Entah lah. Aku harap 2017 nanti akan lebih baik. Banyak perkara dan benda yang aku inginkan belum tercapai. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 dan suami sihat setakat ini Syukur aku masih ada ma ayah, adik beradik dan fa...

16 Tahun Yang Ada Macam2 Rasa

Hari ni 18 NOV 2016 November antara bulan istimewa aku selain dari bulan FEB tarikh lahir aku JAN tarikh lahir abam dan kakcik MAC tarikh lahir EnAbe AUG tarikh lahir kakak DEC tarikh lahir cikebom haha senang citer semua 12 bulan dari January hinga December ada keistimewaannya ada kisah yang manis untuk di kenang * ada pahit tu kita campak jauh2* bila dah semakin berumur, lebih sabar dan tenang kalau dulu, soulmate lupa wish anniversary, muncung 8 depa sekarang kalau dia lambat wish, kita wish dulu pedehal kan Renung seketika kata-kata ini Okey, dah baca? Tenang kan rasa bila baca ni Seperti doa2 aku sejak mula kami diijab kabul pada tarikh 18 Nov 2000 Doa aku tak pernah berubah malah makin panjang doa nya, hehe semoga kami bahagia hingga ke syurga dan semoga tanah dan cangkul sahaja memisahkan kami sob sob sob Kepada En Abe walaupun size badan kita berubah mengikut peredaran zaman percayalah, cinta ku padamu t...

Kenangan: Air 4 Jenis

Tadi aku duk skroll gambar2 dalam handphone, terjumpa gambar ni. Sebelum delete, meh kita stori mori sikit. Apehal lah ye sampai 4 jug air tu? Nak kenduri ke? Sebenarnya ini gambar masa Ramadhan yang lepas. Aku bancuh air oren sunquick, sekali enAbe balik bawak air jagung. Tak lama tu adik pulak datang nak berbuka sesama, dia pun beli air jugak (2 jenis, aku pun dah lupa air apa). Gambar ini mengingatkan aku pada zaman berpuasa masa kecik2 dulu di kampung. Seronok sangat kenangan membesar bersama adik beradik. Mak ayah melayan je karenah anak-anak berpuasa, kalau 3 anak, ada 3 jenis air. Air tebu, air soya, air oren. Semua mengadap jug air tu sementara tunggu waktu berbuka. Hehehe Itu baru bab air, belum bab makanan lagi. Tapi selalunya, masuk je waktu berbuka, dah togok air bergelas-gelas, dah tersandar kekenyangan air, haha Okey lah itu je nak share, korang pun mesti ada kenangan camni kan? Sekarang semua sudah berfamily, kita pulak layan karenah anak-anak berpuasa

Salam Maal Hijrah 1438, Jom Hijrah

Assalamualaikum... Semoga kita menjadi muslimin muslimat yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Setiap hari cuba perbaiki diri, keluarga, masyarakat ke arah lebih baik dan 'tidak menyusahkan' orang lain. Kalau sebelum ini, solat akhir waktu.. cuma solat awal waktu Kalau sebelum ini, culas ke masjid, cuba lah kenal2 tangga masjid/surau Kalau sebelum ni tak kenal jiran tetangga, cuba lah ramah2 mulut bertegur sapa Kalau sebelum ini, gemuk... cuba kuruskan badan sikit *itu peringatan kepada diri sendiri* kbai

Jaga Muka Dengan Serum

Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je. Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah. Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu. Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal ...

Chia Seed Ku Bercambah

Salam hari minggu. Apa aktiviti hari ni? Seperti biasa rutin hari Sabtu aku hantar Abam training bola. Tapi hari ni takde training sebab ada lawan bola kat Seremban. Abam pegi tumpang jiran. Tapi hari ni kakak ada tuition extra, maklumlah PT3 dah dekat. Tq ticer yang rajin buat extra class tanpa bayaran tambahan. Okey ni ada benda nak cite. Korang cuba teka apa kah bendanya ni? Ini ialah chia seed yang telah bercambah. Usianya baru beberapa hari. biji ni terlekat kat penutup botol dah bertambah tinggi dalam 1 inci Ada sesapa kat sini guna chia seed dalam makanan @ minuman? Aku ada terbaca tentang chia seed yang bagus untuk turunkan berat badan, saja la nak cuba (nampak sangat ke aku ni mudah terpengaruh? haha) KLIK SINI kalau nak baca, SINI PUN ADA SHARE  (ramai keliru chia seed dengan biji selasih, tapi bukan ye, mungkin sepupu belah mak dia kot, haha *lawak hambar* Aku letak dalam botol air minum aku je, tak buh dalam makanan pun. Takde rasa apa pun,...

Aku Dan Kereta

Kisah berlaku minggu lepas. Aku ke spa dekat2 rumah, sental muka kata ko, haha. Parking kereta baik punya depan spa tu. Elok abis je treatment, bukak pintu kereta .. datang lelaki tegur tayar pancit. Alahai, stress jap. Sib baik kedai tayar selang 7-8 kedai je (hujung blok bangunan tu. So slow2 bawak keta ke kedai tayar. Pomen check, ada 2 batang skru cucuk tayar. Tampal bocor rm10 untuk 2 tayar tu. Nasib baik lah kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Dan nasib baik jugak berlaku di tempat yang senang dapat bantuan. Kalau lah berlaku di jalan sunyi, takde kedai tayar dan semestinya aku memang fail pasal kereta. Tahunya cuma isi minyak dan bawak keta je, tukar tayar ke, check air ke, check segala mak nenek pasal keta memang semua tak tahu ( tak tahu + tak ambil tahu, huhu). Nampaknya kena belajar ambil tahu lepas ni, takde lah semua benda nak harapkan orang tolong (tapi tukar tayar tu memang guna banyak kederat kan? huhu). eh sapa sini yang macam aku? meh lah berhuhu sam...

Aku Yang Gemuk

Fuh, lega rasa badan pagi ni. Mood ceria katanya, meh lah kita update blog sepatah dua perenggan. Malam tadi abam mintak nak jogging dengan kengkawan. Hati berbelah bagi nak izin ke tidak, dengan kes culik budak sana sini, aku jadi sangat protective, huhu. Tapi sebab kenal kawan-kawannya dan diorang pun beramai-ramai, maka aku izinkan. Tapi diam-diam aku ajak kakak jogging jugak (aku ikut laluan diorang tapi arah bertentangan, huhu). So buat2 terkejut bila terserempak dengan abam di tengah jalan ( dah rupa Afdlin Shauki dalam citer Papadom yang mengintip gerak geri anak perempuannya, lakonan Liyana Jasmey, haha). Alhamdulillah dapat satu pusingan, berpeluh ketiak sampai ke lutut ko. Bergegar buah pinggang dah lama tak lari-lari anak. Bercerita pasal jogging, aku akui memang tak bersenam langsung (kecuali buat kerja rumah dan sesekali tawaf mall yang pastinya tak berpeluh, sebab dalam aircond kan). Berat aku masa timbang sebelum bersalin, 86kg. Tapi takpelah sebab mengandung,...

Pertama Kali: Masak Sambal Hitam Belimbing

Kebetulan kawan tunjuk buah belimbing kat pokok mak dia yang merimbun. Jadi aku cakap nak lah sikit, teringin nak makan gulai asam rebus ikan kembung letak belimbing. Lepas lah keinginan semalam dapat makan walaupun tak sesedap air tangan mak. Baki belimbing banyak lagi, kebetulan sebiji periuk hitam legam sebab terlupa tengah rebus kentang untuk baby. Terus datang idea nak buat Sambal Hitam Belimbing yang katanya sangat tersohor dari Pahang itu. Dipendekkan cerita, sesi merebus belimbing pun berlaku. Dari setengah periuk belimbing, yang terhasil cuma seciput. Kalau gini baik beli jelah kalau nak makan, haha Bahan2 yang diperlukan macam biasa kita buat sambal ikan bilis cili api tu jugak. Cuma ditambah dengan belimbing yang telah direbus hingga hitam tu je. Aku tengok ada versi buh kicap tapi kawan kata, Pahang punya resepi ori tak buh kicap. Tapi aku letak kicap sikit sebab nak bagi dia nampak hitam, haha. Taraaaaaaaaa sedap jugak rasanya ditekak aku tak memas...

Genap Setahun, Rindu Itu Datang Bertandang

Sekarang August 2016 genap sudah setahun berlalu aku meninggalkan dunia pekerjaan tengok gambar ni balik, ada rindu bertandang rindu pada meja ini ( wujud lagi kah? siapa duduk situ sekarang) rindu pada kengkawan adakah mereka masih ingat pada aku? tapi hidup mesti diteruskan tak gitu? apapun aku suka kehidupan aku sekarang uruskan anak-anak uruskan rumahtangga bahagia itu datangnya dari hati kalau tak dapat apa kita mahu bersyukurlah dengan apa yang kita ada betul tak? okey.. nak keluar kejap, ada urusan ( percubaan untuk update blog setiap hari) daaaaaaa

Cik Purple, Oven Pertama Ku

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Masa budak2 dulu, suka sangat bila Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, hari2 pangkah kalendar mengira bila nak raya. Beza dengan umur sekarang, terasa sedih bila mengenangkan Ramadhan akan pergi *sobsobsob* . Nampak sangat aku menuju usia tua *semoga sempat merasa umur tua, dalam keadaan waras, sihat akal dan fizikal, Insha Allah*. Grup Whatapps sekolah aku, hari2 duk update buat kuih raya. Ada yang dah siap 5/6 jenis kuih. Jujurnya aku bukan lah rajin sangat nak buat kuih *ditambah pula ada sikecit yang nak melekap 24 jam, okey tak alasan?* Tapi bila mengenangkan anak dara 2 ketui tu makin membesar, aku ingin meninggalkan memori manis untuk mereka kenang bila besar nanti. Macam mana mak aku tinggalkan memori kami buat kuih sampai melecur kepala lutut aku kena oven Rama-Rama satu ketika dulu. Memori kena marah dengan ayah sebab dah lambat masak untuk berbuka sebab sibuk menggentel kuih raya. Kenangan 6 jenis kuih konon...

Aku dan Kisah Penyusuan

Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop. Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang. Kakak: Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak. Abam: Bers...

Cuci Mata ke Bangi Central, Banyaknya Butik Tudung

Alhamdulillah, pagi ni bangun dengan sihat walafiat selepas 2 hari demam melepek (demam selsema teruk + demam perasaan, haha) . Setakat ini apa yang aku risaukan cumalah mainan perasaan, harap2 tidaklah berlaku dalam masa terdekat, tak sanggup menghadapinya lagi, huhu. Ops, jangan fikir bukan2 ye, cuma kerisauan kot mengandung lagi sebab sampai sekarang, period lom datang. Ada yang kata itu biasa sebab aku full breastfeed. Alhamdulillah, hari ini juga masih berupaya mengganti puasa Ramadhan lepas, ada lagi baki 8 hari nak kena ganti, mesti ganti jugak sebelum habis bulan ni. sebabnya Jun nanti dah masuk Ramadhan. Seronoknya dapat bertemu Ramadhan lagi, Insha Allah. Okey, hari ni nak bercerita tentang kisah Isnin lepas. Ini ialah plan terjah je, selepas kisah trip Vietnam yang kensel. Cikciva dan sorang lagi adik pompuan dah ambik cuti nak follow gi Vietnam, sib baik cuma apply cuti je tapi dedua belum beli tiket dan yang adik sorang lagi tu pun belum buat passport, haha). Diorg da...