Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Masihkah Ada Ramadan

Sinopsis: Masihkah Ada Ramadan?mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya. sapa tengok drama ni?Ada Eman Manan berlakon.aku minat sangat Eman Manan berlakon,nak pulak kalau dia cakap loghat Ganu.drama ni tayang hari Isnin jam 10 malam di astro prima.pastu ada budak Af nama Leez tu pun best juga dia berlakon.hidup je watak dia nama Gayah tu.hero drama ni Zali,budak botak tu aku tak penah tengok..orang baru kot. Sinopsis versi aku: kisah Pak Man(pok Me) dan Mak Nah(Mok Nah) yang sudah tua,hidup di kampung dan sentiasa merindu dan menanti kepulangan anak-anaknya. Anak sulung(Eman Manan) yang sangat gila duit dan dengar cakap bini (takut bini la senang citer) sibuk kejar duit sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan anak-anak dibiarkan tanpa didikan agama Anak ke 2 (aku tak tahu

'Ayah..Kak Sayang Ayah Sangat-Sangat'

sambungan kisah ini ni gambar ayah pada Januari yang lepas,masa cuti-cuti kat Cameron.jauh beza ayah dalam gambar ini dengan ayah minggu kami balik tu. ayah,hari ahad yang lepas..kurus dan cengkung okey..perkenalkan ayahanda aku,nama sebenar (biarlah rahsia) tapi gelaran kat kampong ialah,Pok Teh.tahun ni umur ayah 58 tahun.Bagi aku ayah seorang yang tersangatlah rajin,tak boleh duk diam ada je benda yang nak dibuat.sejak aku kenal dunia 33 tahun lalu,aku tahu pekerjaan ayah ialah: 1-buruh binaan kerja di Singapore (ni masa aku belum sekolah rendah lagi) 2-penebang pokok balak (ayah keje tebang balak sampai aku sekolah menengah.ayah berenti keje tebang balak bila aku start keje kalau tak silap) 3-penoreh getah (masih buat lagi maklum kebun sendiri.ayah tak nak upah orang toreh) 4-tukang buat rumah (terbaru ayah buat masjid kampung kami). Itulah 4 jenis pekerjaan yang membesarkan kami 6 beradik.ayah jarang sakit kecuali demam2 biasa tapi kalau ayah demam,berhari-har

Balik Kampung Lagi

mata macam ada pasir.mau tidaknya,sampai umah kul 3.45 pagi..dari kampung jam 9.00 malam dan sampai Key El kul 2.30 pagi.dan dari Key El ke umah lebih kurang 40 minit.sebelum tu drive thru tapau mekdi untuk abam bersahur..sebab dah boleh agak aku memang pengsan kalau sampai umah nanti.memang betul pun,sampai umah terus tido.konon nak bangun minum air kul 5.00 pagi pun tak terbangun.huhu pagi ni,aku terbangun lagi 10 minit nak kul 7.00 pagi.kelam kabut solat subuh dan kejut abam ke sekolah.natijah bangun lewat..abam kena tinggal dengan van.dia pulak mencabar kesabaran aku..taknak tumpang jiran sebelah ke sekolah tapi buat 'patung cendana' depan pagar nak suh ayah jugak hantar.ish..kecik besar,kecik besar je aku nampak dia pagi ni. alang-alang dah lambat dan mata pun sangatlah mengantuk,aku terus sms bos bagitau lambat sikit dengan alasan bawak kenit ke klinik untuk monthly check up.lagipun kenit ada unsur-unsur nak selsema mungkin sebab lama kena ekon dalam keta. okey..moral

Ramadhan ke 7

Salam Hari Jumaat dan Salam Ramadhan yang ke 7.sekejap je dah seminggu kita berpuasa.cepat sungguh masa berlalu. Sejak balik dari kampung dan berbuka bersama mil,selalu aku hanya berbuka berdua dengan si abam je.En Abe keje shift petang.Kalau berdua kami berbuka simple sangat.aku akan masak nasi goreng kegemaran si abam dan belikan air kegemaran dia.Dia akan makan sampai abis sambil mulut akan puji 'umie masak sedap sangat.esok masak lagi macam ni yer' .mau tak kembang umie dia.tapi nasi goreng je la,suh aku masak nasi arab aku angkat bendera putih awal-awal lagi.hehe Tapi semalam rezki dapat berbuka 3 beradik (adik pompuan dan adik lelaki) tapi 2 adik lagi tak join.memang takde plan nak berbuka sama-sama tapi kebetulan 2 adik tu balik rumah petang semalam..aku cuma masak nasi dan sambal cendawan kukur atas permintaan adik lelaki dan lauk lain beli je.aku dah cakap,kalau membeli ni memang sakit hati je.aku beli sebab dah lewat balik umah.. semalam balik keje konon nak pegi

Lagi Pesanan Dari UAI

sori..tak abis lagi nak share tentang UAI ..maafkan saya ;) " Masalah yang ditimbulkan Isteri " 1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran. 2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita. 3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan. 4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah. 5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama. 6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya. 7. Orang yg sayang isteri senti

'Suko Selok' layan You Tube Ustaz Azhar Idrus

tahu makna 'Suko Selok' ?lebih kurang macam ketawa gelihati tahap tekan perut sambil nak guling-guling atas lantai.tapi aku masih boleh kontrol duduk atas kerusi lagi la.belum tahap nak guling-guling lagi.gilo ke hapa nak buat macam tu.eh!sebenarnya aku suka dengar loghat Ganu ni.loghat negeri lain pun aku suka dengar.ada keunikkan masing2.sama jugak macam aku suka loghat Kedah,Penang,Sabah,Sarawak dan juga Melaka.Loghat Klate ofkos la ai like ;). kalau tanya sapa ustaz glemer kat Malaysia abad ini pasti ramai yang bagi jawapan,kalau tak Ustaz Don Danial tu mesti akan ada yang pilih Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau Ustaz Kazim Elias yang pekat loghat Perak tu.Ustaz Kazim ni feveret mak aku.UAI pula pilihan ayah aku.kalau balik kampung aku,bersusun koleksi ceramah UAI ni dalam bakul cd ayah aku.tak pasti la cetak rampok ke original.aku pun suka dengar UAI ni buat ceramah..walaupun kata mak aku 'UAI ni banyak keluar tajuk.buat lawak je lebih' haha..itu mak aku yang kata.ak

Pagi2 Abam Di Kejar Anjing..Kesian Abam

Assalamualaikum..selamat pagi korang.pagi ni miss sahur.huhu.lupa kunci alarm.sedar2 dah jam 6.15.kalau aku bangun terus minum tak tengok jam tak batal kan?tapi aku ni pesen buka mata je mesti akan tengok jam dulu.so tak boleh lah nak ngelat sbb aku dah nampak jam kul 6.15 pagi. kesiankan abam..aku bancuh milo bawak naik ke katil dia untuk sahur.dia tak salah sebab bukan dia tahu pun jam 6.15.dia baru darjah 1,kira halallah sebab dia belum akil baligh lagipun nak gi sekolah takut penat pulak..(tapi aku tahu dia mampu posa kalau tak sahur pun.ingat lagi tak kisah dia posa tak bagitau aku tu ari?).aku sahur air liur jelah :) pagi tadi lebih kurang jam 7.05 minit pagi,lepas salam nak pegi sekolah aku hantar dia sampai depan pagar.van dah pun sampai.kat tengah padang permainan aku nampak elok je 3 ekor anjing tengah lepak sambil jilat-jilat bulu masing. elok je abam keluar dari pagi menuju ke van seberang jalan..aku pusing je belakang dengar anjing menyalak dan abam melalak.rupanya anj

Tiada Lagi Telefon Meja

sebelum ni boleh bagi alasan 'masa bos call tadi,saya takde kat meja.pegi toilet kejap' .lepas ni tak boleh bagi alasan macam tu lagi sebab lepas ni semua orang kena bawak henpon kemana saja pergi.nak ke toilet ke,ke surau ke atau langit ke7 sekalipun (itu perumpamaan yang agak over) .tak boleh lagi bagi alasan 'saya nak call negeri lain,takkan nak pakai henpon sendiri?sapa nak bayar bil?'. KERANA APA? sempena nak masuk opis baru(patutnya pindah last week tapi tangguh sampai hujung bulan ni kami semua dah takde telefon meja.katanya nak jimatkan kos.yer ker?semua dah dibagi henpon sorang sejibik.jangan berangan nak Samsung Galaxy S3 macam ni yer tapi ia cuma Nokia zaman tok kadok dulu-dulu.siap dengan simkad.pakai line pulak tu.bukan prepaid.nombor pun tak boleh pilih-pilih.ingat nak pilih nombor yang ada unsur2 tarikh lahir.hehe.maka lepas ni usungla kemana pergi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.jangan ngada-ngada nak tinggal..nanti senang orang nak call.

Wajah Baru..Try and Error

Assalamualaikum,Selamat pagi dan Good Morning buat semua yang sudi singgah sini.amacam hari ni?ceria @ gundah gulana?jangan sedih sangat ye..biasalah tu ada hari mendung,ada hari cerah ceria. perasan gambar diatas tu adalah background blog aku sejak semalam?tak sangka menjadi percubaan aku yang kali ke 16.hehe..itu sebenarnya corak baju kurung aku.kain cotton dan warnanya sangat lah ceria.kisah berlaku masa kat airport nak balik dari kampung ahad lepas.takde keje saja main-main dengan camera dan gatal ambik gambar corak baju kurung yang aku pakai tu dan terfikir nak buat background blog..godek-godek maka jadilah begini.bolehla berbangga sebab background tak sama ngan orang lain ;) tetiba suka. 'cantik tak?' (baca intonasi Eric Leong dalam Casa Impian)

Cerita Balik Kampung Yang Dah Nak Basinya Punnn

sambungan entri ni dan juga ini okey..ni citer balik kampung hari Sabtu dan Ahad lepas.dah nak basi kan?emm ada bau sikit..tapi masih boleh dimakan *eh..puasa la mana buleh makan* . HARI SABTU.. kami sampai kampung hari Jumaat tu dah jam 11.30 malam..so borak ala kadar lepas tu masuk tido.tapi sebelum tido aku dan en abe sempat lagi makan walaupun dah lewat.haha.merangkap sahur la kiranya sebab waktu sahur kami cuma bangun minum air dan makan kurma je pun.. paginya..bawak mak ke kampung sebelah sebab nak beli lauk sambil menziarah.bukan lauk spesel pun sebab mak kata ikan patin dah ada dalam peti ais.beli mana yang takde je.lepas balik dari kedai,singgah umah mokcik (satu-satunya adik pompuan mak aku) pastu singgah lagi umah pakcik (adik lelaki mak) sebab nak jenguk nenek kesayangan aku..nenek duduk dengan adik mak.nenek terkejut bila aku muncul tiba-tiba kat biliknya. nenek aku ni ada perangai pelik sikit.bukan pelik mana pun tapi dalam banyak-banyak cucu,dia selalu tertung

Pagi Yang Sejuk

bangun sahur kul 5.00 pagi terus takleh tido dah.makan simple je pun.tak lalu nak makan berat.lepas minum air banyak-banyak baring kat sofa sambil terkelip-kelip bukan buat apapun.. (patutnya dah takde apa nak buat tu baik baca Qur'an.zaman sekolah dulu boleh je khatam dalam bulan Ramadhan..sehari satu juzuk.sekarang ni liat sangat.huhu...nak kata digoda syaitan,orang kata syaitan semua dah kena ikat) .kul 6.30 hujan turun lebat le jugak..kejut hero bangun sekolah. semalam dia tak pegi sekolah agama sebabnya dia tak tahu pun bulan Ramadhan ni sekolah agama dah tukar waktu awal sikit dari biasa.selalunya mula jam 2.30 abis jam 6.00 petang (isnin-selasa dan khamis) tapi bulan posa ni tukar kepada isnin-selasa-rabu.start pun lebih awal..jam 2.00 sampai jam 5.00 petang.semalam dia balik umah pengasuh dah jam 2.00 lepas tu mandi dan bersiap..tunggu van sampai 2.40 tak jugak datang2..bila aku call sekolah tanya 'kelas petang start awal ke bulan posa?' baru sekolah bagitau ada p

Pertemuan Mencari Pintu

sebelum aku lupa,baik aku update sekarang.nak update blog tapi malas nak menaip.boleh gitu?ada sesapa nak jadi 'tukang taip' tak?upah RM1 untuk satu entri.hehe.gila kedekut kan?aku cakap je biar orang taip kan jadi entri.banyak cantik ye.. sebenarnya nak letak tajuk 'Pertemuan Dengan Blogger Yang Tak Di Rancang Di Satu Petang Jumaat Yang Indah Lagi Damai' tapi macam panjang je tajuk tu..so kita pendekkan dia menjadi tajuk di atas. *lawak la tu konon* alkisah..jumaat tu aku keje macam biasa,en abe pun keje shift pagi dan abis je keje beliau cepat2 balik umah ambik beg baju dan anak2 sebab perancangan kami nak balik kampung dengan flight jam 6.30 petang.aku tunggu kat opis je sebab sayang cuti.kalau balik ikut en abe harus kena ambik halfday.. semuanya berjalan lancar sampailah ke pintu kapal..pengumuman kelewatan penerbangan di atas sebab teknikal..okey lagi kami lepak je kat situ.dan tak abis disitu,ada lagi pengumuman..tukar pintu berlepas.ramai yang merungut tapi

2 Kali Sahur,1 Kali Berbuka Di Kampung

eh!lupa la..tu ari kata taknak apdet blog sepanjang bulan posa.tapi sebab ada citer nak share kenalah apdet jugak kan?hehe HARI JUMAAT,KAMI ANAK BERANAK 'TERBANG' BALIK KAMPUNG SEBAB NAK BERBUKA DENGAN KAKAK.SO SEMPATLAH 2 KALI SAHUR DAN 1 KALI BERBUKA DI KAMPUNG..KAKAK SANGAT SERONOK SEBAB UMIE DAN AYAH BALIK TIBA-TIBA TAK BAGITAU DIA.. AHAD KAMI BALIK SINI..citer selanjutnya sambung nanti..itupun kalau rajin.daaa

Ramadhan Kembali

Orang dah heboh wish sana sini 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA' .aku je belum.bukan taknak ucap tapi bagi peluang kat korang dulu.sekarang ni dah tak macam dulu..tengok kalendar dari awal tahun tu ari pun dah tahu bila puasa.bukan macam dulu-dulu,seronok kumpul adik beradik dengar pengumuman lepas tu bersorak ramai 'ye ye esok puasa.malam ni bangun sahur' pastu sorakkan disambut oleh jiran-jiran sebelah.nostalgia kan?sekarang..dah siap-siap tahu dan bagitau anak 'okey.sabtu kita dah mula posa' .rasanya anak aku pun tak dapat rasa macam mana debaran bila dengar pengumuman posa dan pengumuman raya. okeylah..kita mulakan dengan ucapan dan lepas tu pengumuman. apa yang ko nak umum ni Irfa oi.nak umum bila tarikh pilihanraya ker?lupakan je dimulakan dengan UCAPAN.. untuk korang semua.mana tahu selama aku duk merapu kat blog ni,ada tulisan yang mengguris hati..minta maaf ye,takde niat nak mencari musuh walaupun dengan sebaris a

Malu Pada 'Dia'

Salam Hari Jumaat buat semua.Terima kasih kerana masih sudi singgah disini.Pagi ni murah rezki,ramai pulak yang belanja makan.ada yang potluck dari rumah bawak ke opis untuk berkongsi makan dengan kengkawan.Katanya 'minggu depan dah posa.hari ni kita makan dulu' .moga makin murah rezki diorang. aku nak kongsi satu blog yang aku baru baca.dari semalam aku ngadap blog ni dan tengah dalam proses mengkhatam.nak tahu siapa dia?aku tak kenal dia pun cuma baru2 ni ada baca kat entri kakciknurseroja tentang dia tapi aku baca sekali lalu je so tak tahu apa kisah sebenar.tapi hari ni aku baca sekali lagi bila ada seorang pengomen dalam blog bro mazidul mintak siarkan cerita dia kat blog Bro Mazidul.kali ni aku free,so aku baca dari mula dia tulis blog tahun 2010 hingga sekarang.kenapa aku malu? aku malu sebab: -dia diuji dengan sakit yang masih belum jumpa penawar.tapi dia sangat tabah.aku ni diuji sakit pingang dulu tu (sekarang alhamdulillah dengan izin Allah dah baik sikit lepas

Lydia Winter by Crocs Women's Shoes

gambar dari sini apa buat petang-petang gini? layan blog sambil kunyah cekodok pisang ker? keje dah siap? bagus.. aku buat apa? klik sana sini tentang kasut diatas tu berkenan gile..belum pakai lagi dah rasa selesa.boleh? 2 minggu lepas gi aeon seremban 2 (aku baru perasan perkataan Jusco dah tukar kepada Aeon) lalu dan tersinggah butik crocs ni selalunya lalu je tak singgah pun sebab dah tahu aku tak mampu nak beli buat malu kat promoter je diorang pun berlagak giler...mentang2 aku pakai sempoi je langsung tak pandang eleh..aku boleh beli 5 pasang la kalau aku nak (kalau aku beli konfem aku makan megi sebulan tunggu gaji bulan akan datang..haha) lawa tak?tak berkenan?takpelah..selera kita tak sama tapi kita tetap 1Malaysia *tetiba je* katanya susah nak dapat stok kat kedai.yang banyak pun cuma jual online.katanya original..betul ke original?aku taknak la beli mahal-mahal tapi terbeli yang aspal (asli+palsu) ..kalau boleh biarlah berbaloi dengan harganya. okey bai,esok Jumaa

Jom Main Kutu

keje opis ni,biasalah akan wujud 'akak-akak kutu' .bukan cari kutu atas kepala sambil lepak atas tangga tu yer.ni simpan duit ramai-ramai dan seorang ketua tolong pegang duit itu dan dapat ikut giliran masing-masing.aku dah lama tak main kutu sebenarnya tapi mula main balik tahun lepas.rm50 je pun sebulan..main 10 orang dapatlah rm450 kalau tak campur giliran kita.aku tak nak main ramai sangat takut nanti tak terbayar @ kes lambat bayar.main sikit cepat sikit abis.baru bulan lepas habis main kutu dan kakak tu cadangkan sambung lagi..kali ni rm100 sebulan,naik sikit dari tahun lepas.semua setuju..ingat lagi zaman sekolah dulu,main kutu rm1-seminggu.letih membayar untuk dapat rm10.kelakar pun ada.. cuma yang pelik,aku lupa apa aku buat dengan duit kutu dulu?emm pikir jap.ada orang main kutu sebab -nak beli sesuatu (macam aku yang target nak beli bread maker tapi tak nampak bayang pun bread maker nya) -nak bayar roadtax -nak standby untuk raya @ buka sekolah dan macam-maca

'Akak Indu (Kakak Rindu)'

Insya Allah..kalau ikut kalendar atas meja aku ni,kita akan mula puasa hari sabtu.bagi kami sekeluarga ..tahun ni adalah posa pertama tanpa kakak disisi.sedih kan?rasanya kakak happy je kot berpuasa dengan atok,mok dan paksunya di kampung.petang-petang boleh gi pasar ramadhan.kalau kat sini,jarang benar kami kepasar ramadhan.yelah..aku kan keje.balik tu dah siap beli (kalau rajin la.selalunya aku masak je sebab malas nak parking dan tawaf kat pasar ramadhan tu) dan sebelum balik call kakak suh masak nasi je.tapi aku dah redha so takdelah adegan nanges sambil lap hingus kat lengan baju lagi macam dulu-dulu.anggap je kakak duk asrama..cuti baru dapat balik rumah..takdelah sedih sangat bila ingat balik dia duduk ngan atok dan nenek.bukan dengan orang lain.cuma sebagai ibu,sesekali perasaan rindu itu datang jugak. SEDIKIT KISAH ADIK cikenit cikebum tengah posing dengan basikal ke2nya..basikal pertama yg jenis plastik tolak pakai kaki tu dah jahanam..mana tidaknya,abam pun tumpang naik

Sehari Sehelai,Lama-Lama Nanti Berhelai-Helai..

Hai korang?dah bekfes?makan apa?..aku makan simple je.memula makan pasta sup (bekal dari rumah) tengah buat keje en abe call ajak dating..hari ni en abe shift pagi..kami gi dating dekat Mekdi je pun.order mc muffin dgn teh..simple kan?macam mana aku nak slim macam ni..makan pagi je dah macam makan tengah hari..takpe,lunch tak payah keluar. okey nak citer..setiap hari aku akan ke bangunan sebelah ambil dokumen.dah macam keje mat despatch pun ada.huhu.pagi ni aku nampak kiosk yang jual baju budak-budak bulan lepas dah bukak kiosk balik.kata budak jaga kiosk tu, '2 minggu je tutup,lepas tu bos suh bukak balik' .agaknya sambutan menggalakkan.mana tidaknya,asal aku lalu je ramai mak-mak orang duk membelek baju kat situ.kalau rugi takkan dia nak bukak kiosk lagi kan? paling murah rm5 tapi yang mahal pun ada jugak.bolehlah nak pakai hari-hari buat baju basahan.kain pun jenis elok dan tak panas.kalau pandai pilih boleh dapat yang lawa dan nampak mahal.gown budak pompuan baya kenit a

Fesyen Colour Block.Sesuaikah Untuk Semua?

irma dan reza..moga bahagia milik kamu berdua ye gambar dari cthoney korang tengok gambar ni?apa yang korang nampak?ofkos la nampak pasangan baru kawen yang sedang berbulan madu itu kan?tapi aku bukan setakat nampak Irma dan Reza Syah Azmeer je.tapi aku nampak tudung dan baju yang Irma pakai tu langsung tak matching.tudung pink dengan baju biru.kalau aku konfem segan nak pakai. tapi...............dia pakai nampak lawa la pulak.seperti biasa teringat kata mak aku 'orang lawa,pakai selimut pun nampak lawa' ..sedar diri.sob sob sob sekarang ni orang kata pesen colour block.pakai lah kaler apa pun orang dah tak kata apa.pesen katanya..segan dengan tak segan je nak pakai.lepas ni jangan susah hati bila takde tudung nak match dengan baju.sarung je mana yang ada.orang takkan pandang banyak kali sebab itu fesyen terkini.tak salah nak berpesen tapi jangan lupa ukur baju dibadan sendiri.cantik di badan orang,tak semestinya cantik juga di badan kita.jangan pulak nanti..konon nak j

Tahniah Kepada Juara Masterchef Selebriti Malaysia..Dr Fazley

gambar dari sini rugi..rugi..rugi lor..boleh lupa malam tadi final rancangan Masterchef Selebriti Malaysia.huhu.tahu pun bila baca blog kengkawan pagi ni.apa aku buat malam tadi yer?ooo..baru ingat,kenit nak layan kartun kat channel 611.aku bagi dia layan kartun sebab citer kegemaran belum mula lagi.wajib tukar channel 393 jam 10.25 malam,Miss Ahjumma dah nak abis..mungkin rabu last episod..tak sabar tunggu ending.mungkin Sae Mi jadi gila kot.dan Geum Hwa akan kawen dengan Encik Bos.hehe apa-apapun Juara tu dah boleh agak milik Dr Fazley.bagi aku dia memang layak pun.ada lagi musim ke2 tak?

Yehaaa...Header Pertamaku

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..biarlah orang nak kata 'darat' pun tapi tetap nak menunjuk header pertama yang dicipta oleh kak AzieAzah .mekasih banyak2 ye kak azie.selama ni aku tak penah ada header,nak buat sendiri tak pandai..nak mintak tolong orang segan.jeles tengok blog orang yang cantik-cantik dengan header yang kreatif dan tersendiri.tapi dalam segan-segan pun berani pulak mintak kak azie buatkan header.sib baik kak azie baik hati nak tolong buatkan. okey..tu je 'sesi menunjuk' pagi ni..jom bekfes ;)

'BoboiBoy Dah Balik Awal'..Kesian Abam

SALAM BUAT SEMUA..pagi isnin yang sedikit lemau.entah kenapa mengantuk lain macam pagi ni padahal dah tido awal malam tadi.mungkin sebab panas kot asyik la terjaga.. okey..ni kisah si abam khamis lepas,dia bawak balik kertas dari sekolah.tanya dia pada aku 'umie tahu tak kat mana politeknik Nilai?tempat tu dekat je dengan sekolah abang.nanti ada boboiboy datang.boleh tak kita pegi?' .aku tengok kertas yang dia bawak balik tu.oh,ada karnival katanya kat politeknik nilai yang baru bukak tu.karnival 3 hari (jumaat,sabtu dan ahad) ada bermacam acara.antaranya pertandingan mewarna bersama boboiboy pada hari sabtu dan ahad.mestilah ada slot bersama maskot boboiboy..tu yang dia nak sangat pegi tu. jumaat dia tanya lagi 'bila boleh pegi karnival?' aku cakap 'takde kereta nak pegi.ayah keje petang.ada kereta nanti kita pegi'. Hari sabtu..ayahnya 'terbang' so aku memang tak keluar rumah apalagi nak drive kemana-mana.bukan tak boleh,tapi taknak risaukan en ab

Tuhan Beri Aku Cinta (Ayushita)

serius aku tak kenal siapa penyanyi lagu ni.takpe,en gugel boleh tolong..dan bila taip nama Ayushita..ni yang aku dapat.oh!dia ni ker? 'emm betul ke kamu yang nyanyi lagu ni?' tanya aku kepada beliau sebenarnya aku dapat lagu ni dari seseorang.bukan tak penah dengar lagu ni dalam radio tapi sebab dengar gitu-gitu je so takdelah menyentuh jiwa sangat.tapi bila aku hayati liriknya....rasa pedih dalam hati.entah kenapa liriknya itu membuat aku terkenang akan seseorang.buat kamu yang tuju lagu ini untuk aku,setiap kali solat..doa aku ada untuk kamu. Tuhan Beri Aku Cinta (Ayushita) Walau aku senyum bukan berarti Aku selalu bahagia dalam hari Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini hampa Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan

Lain Orang,Lain Harga

Salam Hari Jumaat untuk semua.moga korang baik-baik je dihari yang baik ini.hari ni mood kelaut tapi tetap gigih nak apdet blog.okey,aku ada satu citer nak share ngan korang.terfikir nak tulis pasal ni bila baca blog M.U.L.A.N dan rasanya mulan lebih banyak pengalaman tentang Vietnam sebab penah menetap kat sana 10 tahun kalau tak silap.so sangat tak sesuai la kalau aku nak citer pasal negara tu sebab aku pegi pun balik hari je.tak sempat bermalam pun.tapi tak kisahlah kan?aku nak citer jugak.sibuk je makcik ni kan?hehe citer aku ada kat sini dan juga sini . malam tadi adik aku citer pasal kawan dia yang memang selalu gi Vietnam.buat bisnes kecil-kecilan.kawan dia citer tentang bagaimana beza harga orang biasa dan orang berduit bila sopink kat sana.ini kisah benar..tak caya tanya aku,hahahaha. kawan adik aku (dia pun kawan aku jugak tapi aku citer dari versi adik aku la) dia dan kawannya masuk satu butik dan dalam tu ramai rombongan mak datin dan ada juga yang bergelar puan sri.m

Bahaya Dunia Facebook

psttttttttt: aku sebenarnya tak berapa suka sangat entri copy paste.rasa macam ambik hasil dari usaha orang lain je tapi emel yang aku dapat ni rasanya tak boleh nak simpan.nak share jugak kot la ada antara kita yang tak tahu @ tahu tapi saja buat-buat tak tahu. majoriti kita ada akaun MukaBuku tu kan?kalau takde pun rasanya bagus juga.baik dan buruknya semua ada disitu.aku ada 2 akaun FB (1 utk orang yang aku kenal) dan (1 lagi hanya untuk kawan blog tapi itu hanya insan terpilih sahaja) .cuma sekarang takde apdet status macam dulu-dulu lagi.ingat masa mula-mula ada akaun tu..serba serbi nak share.makan apa,buat apa,beli apa semua nak cerita..macamlah ada sapa kisah.kalau di ingat balik,malu pun ada.sekarang aku hanya PM je dengan orang yang aku dah bercerita.tapi sesekali ada gak share sesuatu @ minta pendapat. free sila baca. --------------------------------------------------------------------------- ~Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online~ Dear Be

Durian + Budu + Cili Padi =Perghhhhhh,Meleleh

ni kisah malam tadi.sambungan citer hero bertuah yang bersarapan dengan durian tu.semalam dia balik sekolah terus citer 'abang sakit perut dan berak banyak sangat kat sekolah sebab makan durian' .hah,tahu takpe..sib baik tak terkincit dalam seluar.kalau tak malu sepanjang zaman. entri semalam sara ada yang tanya aku 'makan budu dengan tempoyak ke?' jawapannya ialah 'aku bukan makan budu dengan tempoyak.aku makan budu dengan durian fresh yang baunya masih wangi dan bukan dengan durian yang dah boleh buat tempoyak tu' .sebenarnya aku kurang suka tempoyak dgn budu.kalau tempoyak aku lebih suka buat gulai je. nak tahu cara makan dia?inilah cara-caranya.. gigih ambik gambar padahal perut dah berkeroncong masa tu.hehe. 1-ambik mangkuk.tuang budu dalam mangkuk (aku pilih Budu Pati Ikan Bilis) rasanya terbaik setakat ini. 2-pilih cili padi yang terbaik dari ladang.kalau boleh cili padi kampung yang kecik-kecik.pedasnya menyengat 3-last sekali..seulas durian

Tah Hape-Hape Je

dah bekfes?aku makan lempeng gandum ngan sambal paru.lempeng bawak dari rumah,sambal paru je beli kat kafe bawah ni.tapi parunya agak liat..sampai naik lenguh rahang aku mengunyah.dahlah la lupa letak sambal.rasa cam kunyah selipar jepun pun ada (macamla pernah rasa mengunyah selipar jepun.hehe). sebenarnya aku nak share gambar si abam pagi ni.belasah durian sebelum gi skolah.boleh?ayahnya bawak balik durian malam tadi tapi dia dah tido,kejut banyak kali pun tak bangun-bangun.ayahnya dah kopekkan durian dan letak dalam 'tipuware' buh dalam peti ais.pagi ni dia bangun dah siap beruniform boleh dia makan sikit je lempeng gandum yang aku buatkan untuk dia.syok je dia layan durian,naik meloya aku bau durian pepagi.huhu.. durian mentah ni paling banyak aku boleh layan 3 ulas je kot..lebih-lebih nanti boleh muntah hijau.tapi aku suka makan nasi dengan durian mentah+budu+cili padi..ada pulak ikan kembung goreng yang buh kunyit hidup tu.peerghhhhhhhhhhhh,nikmat tak terkata.tak sedar

Penjagaan Diri Paling Minima

tu dia.....terlebih makan vitamin R.entri ke3 untuk hari ni.kalau aku tak apdet blog 3 hari,kira koverlah ni kan. maaf la kalau semenjak dua menjak ni aku selalu share apa yang aku dapat dari emel.bukan apa..ada ketika kita buat sesuatu yang dah biasa kita buat tanpa kita sedar yang perkara itu tak elok sebenarnya.contoh macam DISINI , DISANA dan DISINUN .bagi yang dah tahu tu sila abaikan entri ini bagi kita-kita yang dah tua bangka (macam buruk pulak guna istilah itu) okey kita tukar..bagi kita yang dah di alam dewasa ni..mesti sedar betapa pentingnya penjagaan diri.gosok gigi tu wajib buat tiap kali mandi @ makan.tapi masa kecik-kecik dulu rasanya kalau mak tak suruh korang buat ker?buat?wah!bagusnya korang ni.tahniah la ye.. bila dah dewasa ni diserang sakit gigi dan kena jumpa tuan doktor untuk cabut @ tampal gigi..ada rasa menyesal sebab tak jaga gigi betul-betul masa kecik dulu.kalau tampal tu okey la sebab masih boleh diselamatkan..kalau dah kena cabut,konfem tak tumbuh

Bukan Senang Jadi Orang Glemer

ni bukan kisah aku.aku tak glemer.femes jauh sekali.mungkin juga inilah nilai yang terpaksa mereka bayar kerana menjadi orang glemer. banyak blog yang aku baca,sibuk bercerita tentang artis yang baru kawen tu.si cantik manis yang bertemu jodoh lepas balik dari umrah (nama malas nak sebut..aku rasa korang boleh agak sapa dia) .tahu kan?okey.. dalam ramai yang memuji betapa sepadannya mereka berdua ada jugak yang sibuk mengorek kisah silam si pengantin lelaki.siap ada kuar semula gambar kawen yang katanya tahun 2010 dulu. yang aku pelik kenapa sekarang baru nak kuar citer tu? kenapa berita-berita dan gambar itu tak keluar sebelum ini? wartawan dah tahu awal @ baru tahu? apa perasaan si pengantin yang baru bergelar isteri itu? andai kata dia dah tahu sebelum itu..sedikit sebanyak pasti terguris hatinya bila kisah silam si suami diheboh2kan. lagi satu..artis yang baru kawen Sabtu lepas pun terkena bahang yang sama. sibuk orang pertikai kenapa dia tak sanggul je rambut yang mengurai it

My Bekfes...Silakan Menyantap

ni entri takde keje.hahaha.boleh? jemput cuci mata dengan gambar yang super duper kabur.maklumlah henpon cap ayam serama. pagi ni bawak bekal,nasi goreng tomyam letak sutun di gandingkan bersama dengan bayam merah yang dicelur.aku suka bayam..selain kangkung,pucuk paku dan juga siew pak choy. semalam pun bawak bekal jugak.nasi dan rendang ayam (belen kenduri) kenapa ada orang bawak bekal ke opis? 1-memang tak mampu nak membeli kat luar sebab tu bawak bekal..bukan tak mampu sebab takde duit.cuma dalam erti kata lain,berjimat ler ;) 2-tak suka membazirkan makanan.kalau ditinggalkan kat rumah nanti takde sapa nak makan.petang nanti masak yang lain untuk dinner.so belen malam tadi bawak je la ke opis 3-bosan dengan menu sama di kafe pejabat 4-memang masak khas untuk bawak bekal bagi menjamin tahap kebersihan. aku pilih no 2 dan 3.korang? sambil makan teringat kenangan di opis lama..bawak bekal dari rumah makan ramai-ramai dengan kengkawan.sorang satu lauk,bila dikumpul..pen

'Saya Takut Jarum'..itu tak kelakar okey

kat bawah opis aku ni ada unit yang anjurkan program menderma darah.katanya untuk mengisi Tabung Darah Negara.last week lagi dah kuar emel pekeliling kepada sesiapa yang berminat sila bersedia.aku bukan tak berminat tapi............. (ada je alasan) .aku mabuk tengok darah.silap haribulan boleh pitam.sapa yang susah?aku jugak.... sumber dari sini Ciri penderma darah: * Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram. -dari segi umur dan berat badan memang lulus sesangat.. * Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus. -yang ni aku tak pasti le pulak * Tidak menghidap penyakit kronik. -alhamdulillah takde dan mintak dijauhkan * Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma. -minum air suam je.sesekali minum milo.hehe * Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor. -memang tak suka makan ubat.kecuali sakit teruk.kalau boleh bertahan sampai baik dengan sendiri * Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma. -malam tadi lipat

Kerjaya Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa

tadi baca blog Kak Yus ..izin share ye :) teringat si adik malam tadi,sambil baring-baring depan tv aku cakap ngan dia 'adik..esok umie work yer' dengan kepala geleng dia menjawab 'na nak (taknak)' .sian pulak rasa hati.tapi realiti harus di hadapi.mesti dia suka aku duk umah layan dia je.sabtu ahad dia selalu bangun lewat sebab tak dikejut untuk gi umah pengasuh.best je berselubung dengan umie sambil berpeluk.si abam pun penah tanya 'kenapa umie work?kawan abang..mak dia duk umah je' . susah dah jawab kan?kadang-kadang aku jawab 'banyak benda nak kena bayar..jadi kena ada duit banyak.kesian ayah keje sorang.jadi umie kerjalah tolong ayah'. setakat ini itu je jawapan yang aku ada.nak bagitau lebih detail pun tak pasti diorang faham ke tidak. so kepada suri rumah..TAHNIAH kerana tak semua orang berjaya jadi suri rumah seperti kamu semua. tapi terfikir jugak 'boleh ker aku duk umah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?' emm..

'Ukan Atik..Aaaaaaja'

Malam tadi hujan lebat tapi aku boleh tak sedar.lena sungguh tido.sikenit pun banyak kali mengigau.Agaknya penat main tengah hari tu yang membawak sampai kedalam mimpi.Dia jerit-jerit okey lagi..tapi kalau dia ngigau sebut 'kakak..kakak' yang tu aku tak tahan.Mesti dia sangat rindu kat kakak tapi tak boleh nak bagitau orang. Bulan ni cikenit cikebum dah masuk 2 tahun 5 bulan. (kalau tengok kat sticky belah kanan tu ada kiraan umur anak2 aku.si adik dah 2 tahun 5 bulan 3 minggu dan 6 hari) .mulut dah makin riuh.sehari tak gaduh ngan abam tak sah.abam pulak suka ngusik.sapa lagi dia nak usik,adik jelah pun..kakak dah jauh. ada je karenahnya yang buat aku teringat kat dia bila di opis -nak tido mesti akan gosok-gosok lengan aku dan kata 'shayam omie' kalau nasib tak baik dia buat aku sentap bila gosok lengan aku sambil cakap 'eeeee besarnya' (maknanya lengan umie sudah gumuks) -nak susu mesti akan cakap 'omie nak sosu..nak sosu.nak sosu..nak sosu' .s