Skip to main content

Match Ke Tak Ni?

Morning korang ;)dah sarap?eeeeeeeeeeeee semacam je rasa bila taip perkataan sarap tu.macam sampah sarap pun ada.okey mula sekali lagi

Assalamualaikun kawan-kawan ku sekalian.Moga hari ni hari yang ceria untuk kita semua dan dipermudahkan oleh Allah dalam semua urusan.Dah sarapan?aku sudah..roti+sekeping daging burger+milo kurang manis.alhamdulillah........

Rutin pagi aku ialah lepas mandi+solat mesti termenung depan lemari baju.emm nak pakai baju kaler apa ye ari ni?

BAJU:nak pakai baju kurung @ seluar dengan kemeja?
TUDUNG:nak pakai tudung syria@tudung lilit?
KASUT:nak pakai kasut bertumit @ flat?

bila dah siap pakai sempat lagi menung depan cermin.match ke tak baju dengan tudung ni?tu pasal asik belasah tudung hitam je hari-hari.bila tengok hanger tudung tu hampir separuh kaler hitam je.huhu

gitulah hari-hari.kadang-kadang terfikir jugak 'kan best kalau pakai uniform je?tak payah pening kepala pikir nak pakai baju apa setiap pagi?'.itulah namanya manusia.tak penah puas..ada je nak komplen..dulu,7 tahun aku pegi keje pakai uniform.sesekali singgah bahagian admin,tengok akak-akak pakai baju lawa macam gi kenduri mula la terfikir 'kan best kalau keje pakai baju biasa?boleh pakai baju lawa hari-hari.taklah asik pakai baju sama je'.alahai.........


ada orang yang dah plan sebelum tido nak pakai baju apa esok pagi.siap gosok baju dan tudung sekali.tapi aku tak..pagi tu baru hegeh-hegeh pikir nak pakai apa.

korang macam mana pulak?

Comments

Unknown said…
akak dulu2, sebelum pegi kerja mmg dah plan dari awal nak pakai baju apa. Siap gosok baju hari Ahad untuk seminggu dah...

Sekarang gosok baju malam2 atau pagi2 pukul 5 untuk anak2 dan suami. Baju sendiri, tak fikir dah...hihi.
mama aryan said…
akak..bangun pagi baru pk nak pakai baju apa,kdg2 rasa mcm dah tader baju nak pakai,pada hal baju penuh satu lemari..huhu
Unknown said…
aku lagi teruk..pilih pilih ikut dan je.. lepas tu nanti baru aku tanya husband aku.. kalau dia kompelin aku tukar..kalau dia kata ok aku laram je..biasanya pilih baju tak payah iron..dasar pemalas..wakaka..kasut takde maknanya aku nak cari matching bagai..apa yg dekat aku sauk..

aku memang tak senonoh..fine! hahahaha...
-Sara- said…
kite lak jenis mlm2 dh siap iron sume..tgu pakai je esoknya tu..klo x , kelam kabut tak suke...hehe
*SiRibenMerah said…
kita serupa.. kahkahkah~
Nieda said…
Akak dah iron siap utk seminggu. Pagi2 sarung je.jimat masa
Ummi said…
pening dan malas nak fikir baju apa nak pakai, tambahan pulak students akak lebih bergaya dari cikgu-cikgunya

selalu akak pakai jubah, senang, sarung aje :)
Aku pun ade mslh tatau nak pki baju pe. Semenya sama. Naik muntah tgk baju yg sama je.

Jap, aku nak muntah ni bile cite psl baju keje.

Uwekkk! Uweekkk!
NenetPenne (NP) said…
sama je kita.. hari ni nak pegi kerja, hari ni jugak terkial nak pakai baju apa..renung baju tu memang dah jadi lumrah pagi2...
paling malas nak gosok baju kain cotton..senang amik baju yang materialnya senang nak di gosok...

la ni rasa mcm nak cari maxi jer... kang kalau pakai jubah tak pakai tudung mcm pelik laa pulak...
Mulan said…
zaman cenggitu sudah berakhir... hehee...
aNIe said…
Salam irfa...dulu akak pun camtu... merenung dlm almari tiap hari sebab terfikir nak pakai baju apa...hehehe
Nida said…
Kak Nida pun suka kalau kerja yg ada uniform..hhe

Lama betul tak pakai baju kurung, last masa raya tahun lepas..

p/s: maaf lama tak menjengah.. tengah sibuk mempacking barang..
time mood dtg....2-3 ari sblum pon dh gosok baju yg nk pakai...time malas, sarung jeans dgn tshirt tak bergosok je...hehe...
Irfa said…
NET..
skrg maxi lawa-lawa
tingin gak nak pakai tapi kurang keyakinan
nanti nampak cam org peknen.huhu
Irfa said…
M.U.L.A.N...
saya masih 'berjuang'hehe
Irfa said…
KAK ANIE..
tenung-tenung pun baju itu tidak bertukar kaler
hehe
Irfa said…
HAI FARAHERDA..hehe lain macam pulak sebut nama penuh ;)
nah baldi..jgn muntah rata-rata
kena saman nanti ;)
Irfa said…
KAK UMMI..
jubah2 sekarang pun dah lawa-lawa
dah boleh bawak masuk majlis besar
rega pun boleh tahan jugak ;)
Irfa said…
KAK NIEDA..
wah rajinnya akak.saya tak la,pagi tu baru pikir dan pagi tu baru nak gosok.sebenarnya sgt bahaya..kalau black out,ada yg cuti kecemasan sbb alasan takde letrik nak gosok baju :)
Irfa said…
SIRIBEN MERAH..
give me 5
Irfa said…
SARA..
anda sgt rajin
sila teruskan ;)
Irfa said…
RAI..
oh laki ko jadi perunding imej yer?
konsep janji selesa la kiranya ni ;)
Irfa said…
MAMA ARYAN..
mmg pun..duk ulang yang sama je pdhal banyak lagi baju lain
dah itu yang paling selesa.kdg2 malu jugak kalau org perasan
tapi kalau saya pun tak perasan org pakai baju apa semalam...adakah org lain kisah psl saya?
Irfa said…
KAK YUS..
rajinnya akak
sekarang gosok baju anak-anak dan suami jelah kan
sebenarnya menggosok ni bagus sbg senaman..konfem peluh meleleh ;)
Irfa said…
KAK NIDA..
dulu tak suka..skrg mintak nak pakai uniform.huhu
kat sana jarang la nak pakai baju kurung..dah balik sini nanti bolehlah pakai baju kurung ari-ari

selamat berkemas ye.nak tolong pun jauh ;)
Irfa said…
AIM..
best giler boleh pakai jean je.yelah dalam konti mana org nampak ;)
dengar suara je
NenetPenne (NP) said…
nak kerja mcm AIM...senang!!! pakai jeans jerrrr... tapi erkkk suara tak masyuk laaaa...bhahahah...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...