Skip to main content

Lain Orang,Lain Harga

Salam Hari Jumaat untuk semua.moga korang baik-baik je dihari yang baik ini.hari ni mood kelaut tapi tetap gigih nak apdet blog.okey,aku ada satu citer nak share ngan korang.terfikir nak tulis pasal ni bila baca blog M.U.L.A.N dan rasanya mulan lebih banyak pengalaman tentang Vietnam sebab penah menetap kat sana 10 tahun kalau tak silap.so sangat tak sesuai la kalau aku nak citer pasal negara tu sebab aku pegi pun balik hari je.tak sempat bermalam pun.tapi tak kisahlah kan?aku nak citer jugak.sibuk je makcik ni kan?hehe

citer aku ada kat sini dan juga sini.

malam tadi adik aku citer pasal kawan dia yang memang selalu gi Vietnam.buat bisnes kecil-kecilan.kawan dia citer tentang bagaimana beza harga orang biasa dan orang berduit bila sopink kat sana.ini kisah benar..tak caya tanya aku,hahahaha.

kawan adik aku (dia pun kawan aku jugak tapi aku citer dari versi adik aku la) dia dan kawannya masuk satu butik dan dalam tu ramai rombongan mak datin dan ada juga yang bergelar puan sri.mereka tengah sopink sakan dan memilih barang.kawan aku tu terlintas nak tanya,ala saja tegur basa basi.masa tu dia tak tahu diorang mak datin.dah lama borak baru tahu diorang ni group mak datin tapi jenis low profile.dia tegur la 'banyak sopim makcik?murah ker?' dan dijawab datin tu 'ha,ah.murah sangat.kita ni kena pandai tawar.ni dah tawarlah ni kalau tak lagi mahal'.yang buat kawan aku tu terkejut sebabnya barang yang sama dia beli tapi harga sangat berbeza dengan rega yang mak datin tu dapat walaupun nak tawar katanya.

aku yang dengar pun terkejut.sebiji beg rega dalam USD10 tapi datin tu beli dengan harga USD25.husband datin tu pun sama seronok ngan bini dia sebab dapat beli sebiji jam tangan dengan harga USD250 sedangkan kawan aku pun beli jam yang sama untuk suami dia dengan harga tak sampai USD50.korang bayangkan betapa untungnya pekedai itu bila group orang ber'uang' masuk kedai mereka.

agaknya diorang (maksud aku peniaga) boleh cam kita dari dari golongan ada-ada ataupun tidak.sampaikan kawan aku kata 'nak je aku tolong belikan untuk diorang tapi sebab aku tengok muka masing-masing dah suka sangat dapat rega tu..biarlah dah diorang mampu.nanti tak pasal-pasal cakap aku memandai pulak'.

tak payah pegi jauh..rasanya korang pun penah kena kot.aku penah saja singgah pusat kecantikkan dan promoter tu jangan kata nak tanya aku nak apa,pandang pun nak taknak je.macam tahu aku tak mampu nak abiskan duit kat kedai dia tu.

sama la kalau aku dengar orang pegi memborong kat Kelantan (itu negeri aku tu.hehe).katanya 'kalau tak pandai kecek klate,konfem kena ketuk.kecuali bawak kawan yang orang asal sana dan ko jangan bercakap-cakap masa sesi tawar menawar itu'.nak panas telinga pun tak boleh jugak sebab citer tu ada kebenarannya kalau memang nasib tak baik walaupun tak semua peniaga begitu.ada yang ikhlas siap bagi diskaun yang amat murah sampai tahap nak borong satu kedai ;).

dipendekkan citer,mana-mana pun sama ada golongan suka ambil kesempatan ni.emm tak lama lagi kita nak sambut Ramadhan..konfem param (pasar ramadhan) akan tumbuh segenap ceruk.yang tak pernah berniaga pun tiba-tiba pacak gerai untuk mencuba nasib.masa tu akan berlaku la kisah air tawar macam air paip,kueh serimuka dah rasa kueh bingka.sup macam air basuh tangan.macam-macam ada la.

tetiba rasa tak sabar nak posa..dalam hati ada pasang nak niat nak masak je bulan posa ni,aku kata masak je kan?tak kata nak masak penuh meja..masak nasi pun dikira masak juga.lagipun dah banyak tahun jugak aku jarang singgah param kecuali kalau teringin nak makan kuih akok @ air tebu.sebab yang tu aku tak mampu nak buat sendiri.hehe.alasan malas nak singgah param ialah malas nak parking keta dan tawaf kedai.

eh!jauh dah aku melalut..dari Vietnam ke pasar ramadhan pulak ye..stop dulu la.bai

Comments

-- said…
ngeee... buat2 je mcm tak berduit.. walaupun mampu.. aku lagi suka kalo promoter tu tak menggesel2..ngekorrr je. biarlah dia pandang rendah pon. kalau rasanya aku mampu... pelepuppp aku bagi duit bayar kat dia. ala..dia pun promoter/SA je.. lagi nak kerek2... ellehhhh!

pasal ramadhan plak.. azam aku nak terawikh cukup sebulan... mintak2 dapat la buat.. tak lompong2..ngeeeeeee...
Yunus Badawi said…
Ini kisah willing seller willing buyer.

Lantaklah mak datin tu bayar mahal asalkan mereka seronok. Kalau kawan adik irfa tu bagi tahu belum tentu mereka ucapkan terima kasih kerana dapat berjimat lebih tapi kena sindir pula sebab potong stim keseronokan mak datin tu.... huhuhu
Yunus Badawi said…
Kuih akok kat pasar malam tempat saya ni lebih sedap daripada yang kami beli semasa ke Ganu hari tu .... huhuhu
Acik Erna said…
dik..akak berbuka memang selalu beli..masak untuk sahur je..kalau cuti..baru la tak beli..dari buka ke sahur..semua masak sndiri
Irfa said…
FIDA..
betul tu.ko tgk apek masuk bank macam macam mana?pakai suar katok baju pagoda masyam..tapi nak bank in,tu dia selepuk.silap haribulan bawak guni terus.yang pakai smart/lawa-lawa masuk bank malu-malu hulur borang merah nak kuar duit asb.hahaha mcm gelak diri sendiri pun ada ;)

eh!terasa la bab terawih tu.anak dah besar boleh bawak gi surau dah.xde alasan..hehe
Irfa said…
YB..
tu la pasal..dah dia mampu dan redha suka hatilah.duit dia ;)
Irfa said…
YB...
petua pilih kueh akok..jgn pilih yang cantik je tapi pilih yang berkedut sbb konfem banyak telur bukan tepung semata2.dulu akok 5 keping rm2.skrng dah mahal
Irfa said…
KAK ERNA..
beli kalau konfem sedap takpe..kalau param kat kuaters tu buat sakit hati pun ada.hehe.susah nak jumpa yg betul2 sesuai kat tekak
Aku berkerut gak dahi. Dari Vietnam alih smpi param. Tapi tak pe...aku terpesona gak baca cite ko ni.
Irfa said…
FARA..
hahahaha.
dari naik kapal terbang pastu jalan kaki ke param.boleh?
tapi BM aku kredit masa spm 14tahun dulu
HeNRieTTa JoSe said…
btl...ada ramai jugak golongan camtu...rietta jenis yang xpndai dressing...org kdg2 mls nk layan....walhal rietta dah bawak duet cukup, sebab dah 10 bulan kumpul kot....sedeyyyy....
Unknown said…
aku pegi keja pun serebeh je irfa..(eh apa kena mengena!) tapi aku tau kalau aku masuk mana2 kedai pun confirm tuan kedai tu tau aku ni mesekin.. wakaka..

kalau dapat kuih serimuka rasa macam bingka takpe lagi.. dapat sup rasa mcm air basuh tangan mmg rasa mcm nak maki..habisla kurang pahala pose aku..aku pun duk kira2 nak masak..tapi mengenangkan selera aku yg demand lately..aku dilemas sungguh la..
bangsawan nilai said…
kami bkn org klate, tapi wifey n anak-anak aku suka kuih akok...esp beli kat bazar ramadan
Asmara said…
mcm ni kalau nak shopping tempt boleh tawar2 gitu, jgn pakai brg berjenama kan. hehe..
*tak merasa lagi param taun ni. hari2 masak sendiri je la. tp bagus kan lebih terjamin kebersihan dan confirm sedap! ;D
Rumah Kuning said…
saya jenis yg serebeh punya. nanti boleh le dpt harga murah. hehehe
Irfa said…
RIETTA..
kalau kita mmg dah bawak duit dan nak beli..pakai je selebet pastu muka kerek je masuk kedai yg kita nak beli tu..siap libas2 duit depan dia.hahaha
Irfa said…
RAI..
nampak je luaran serebeh..tapi duit berkepuk dalam bank.kan?

tulah pasal..kurus pulak puasa sbb maki peniaga yg takde ati perut.sambil makan sambil mencarut..sgt tak baik begitu.

sian ko ye..kalau berjiran boleh aku masakkan utk ko.kira bayar bulan terus.wah!ada hati tu..hari2 la ko berbuka sgn telur mata kebau ;)
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
kueh tu ramai yg suka.aku sorang boleh abis 5 keping tau
budak2 pun suka sebab rasanya lemak-lemak manis gitu
Irfa said…
ASMARA..
ye..jgn pakai baju merelip dan handbag mahal..nanti org igt mak datin.masuk je terus kena ketuk ;)

jom pakat masak bulan posa ni..patutnya lebihkan amal ibadat..sibuk cite pasal makan :)
Irfa said…
KAK RUMAH KUNING..
samalah kita..janji selesa ;)
Unknown said…
hehe, baru semalam baca entri IRfa ke Vietnam tu, dapt link dari blog kak Mulan lah...

selalu ke Param, kalau time berjalan2 tak sempat masak je, kalau tak mmg gigih memasak...
sarah said…
salam...ye la, cam kita beli kat petaling street dengan omputih beli kat situ,..beza beno reganya..masa study kat belah sana la..tak tahu la kalu sekarang dah lain...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...