Skip to main content

2020, Impian Menjadi Realiti


Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi

Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020

Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan

Update tentang anak2 pula

Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat

Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. Sekolah berasrama yang aktif bola sepak seperti yang dia minat. Semoga lebih fokus sebab tahun ni PT3

Kakcik dah 10 tahun, darjah4. Hari2 ada je cerita tentang dia dengan pemikiran nya yg unik. Lain dari yang lain. Suka melukis dan selalu berangan nak jadi You Tuber (tapi sebab takde handphone sendiri, so impian tinggal mimpi je, sorry ye sayang. Omie tak galakkan)

Dan last sekali, Cikebom dah tadika. Peneman Omie sekarang dah sekolah. 4 jam la Omie tanpa dia kat rumah. Rasa cepat sungguh masa berlalu bila si kecik dah pun tadika

Apapun yang berlaku, langkah harus di teruskan. Aku harus bersyukur dengan banyak perkara. Baik @ buruk, pasti ada hikmah disebalik nya. Berhenti merungut dah menyalahkan orang lain. Kita sudah berada di tahun 2020. Cukup2 lah berada di takuk lama

Aku berazam tahun ni untuk capai beberapa perkara yang dah banyak tahun aku gagal laku kan. Oh, yang pasti nya.. azam nak turun kan berat badan masih kena renew, hihi

Aku harap lebih fokus dalam bisnes Kak Mawar Pantang Food (moga istiqamah kerana itu adalah bisnes aku sendiri, bukan produk orang lain)

Okey lah... jumpa lagi

Comments

Nieda Ramly said…
Dah besar anak dara sulung tu
Mulan said…
Happy 2020.. Masih ada kita semua pada tahun ni.. Sihat & ceria selalu (^_^)
Irfa said…
Sekejap je rasa masa berlalu
Betapa lama dah usia blog ni
😄
Irfa said…
Ye
Alhamdulillah kan kak
Semoga tahun ini lebih baik utk kita semua

Popular posts from this blog

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuba Teka? GA by Happyirfa

Happy Thursday masuk keje, nampak ni atas meja kalau hebat, cuba teka? 10 komen terawal yang dapat jawab dengan betul ada 'kad raya istimewa' untuk korang # GA terkejut katanya, nampak benda ni terus timbul idea nak buat GA, haha join lah kalau free hadiahnya yang pasti bukan tv@peti ais TARIKH TUTUP: sampai ada entri baru, nanti kita publish semua komen (^_-)