Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Baby SAA

Bukan Tak Rindu, Tapi .... Ntah lah

Assalamualaikum... Status Cik Ina Dodocheng pagi ini terharu weh bila nama ku diseru *macam tetau aku charge laptop malam tadi dengan niat nak update blog barang seperenggan dua, hehe* serius tak tipu, bukan tak rindu langsung nak aktif berblog macam dulu2 tapi ada je benda yang menghalang * huruf M tu besar sangat, bertenggek atas kepala* asal aku on laptop je, ada lah tangan kecik tu tarik2 baju ajak baring asal aku on laptop je, dia tengah tido tetiba buai bergoyang macam tetau je aku tengah on laptop 23hb October lepas genap umurnya 10 bulan makin banyak akal ada 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah yang suka geget orang belum berjalan lagi, baru lepas2 tangan meniti sofa sudahnya, meh lah kita berbaring wahai anak oi sedar2 hari berganti minggu minggu berganti bulan sedar2 bulan pun dah sampai hujung tahun satu lagi, aku dah terlalu aktif di Facebook semua benda dah cerita kat facebook sampai dah tau nak share cite apa kat b...

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Hai korang... Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik. Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha. Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu ...

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni  *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe* . Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi.  Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu  KLIK SINI , terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby. Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe. Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle . Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page...

Baby Aisha: Tik To Tik Tok, Sudah 9 Bulan

Assalamualaikum Umie sibuk, maklum lah Home Manager katakan banyak benda nak diuruskan so biarlah saya tolong sapu sawang blog umie ni hihi Hai genap 9 bulan umur saya hari ni kejap je masa berlalu kan? Umi cakap ' rasa macam baru semalam umie terkejut monkey dalam bilik doktor bila tahu saya diam2 dah 3 bulan saya menyorok dalam perut umie' hihi Terima kasih Umie, Ayah, Kakak, Abam dan Kakcik yang sabar melayan saya layan saya yang suka menjelajah satu rumah layan saya bila saya meragam Terima kasih pada kenalan umie dalam FB dan jugak Blog (walaupun umie dah jarang update blog kesayangan nya ini) Sebagai kenangan, saya listkan apa perkembangan saya setakat ini - saya dah boleh merangkak laju, sampai depan muka pintu bila ayah nak gi work - saya dah ada 2 gigi bawah, 2 gigi atas untuk gigit umie, auwwwwww - saya dah boleh berdiri lepas tangan dalam kiraan 2 saat - saya dah makan bubur blend - saya masih menyusu denga...

Cuci Gambar Dengan LifeBuuk

Awal bulan tu ari aku ada cuci gambar guna online, dari LifeBuuk. Gara2 terpengaruh dengan kawan yang cuci gambar percutian dia. Nampak sangat comel gambar2 tu dibukukan dengan buku comel tu. Aku pun ambik jugaklah pakej, RM60/3 buku album. Nampak macam leceh je nak buat, tapi kalau tahu cara, takde lah susah mana pun. Memula sekali, korang kena install apps ni kat henpon dulu ye, pastu pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang. Bayar online, guna Maybank2u pun boleh. Nanti dapat code. Pastu follow je arahan yang simple dan senang faham. Pastu dah boleh lah upload gambar. Lagi senang kalau korang dah siap2 buatkan album dalam Facebook. Tu ari aku tak tahu, jenuh lah skroll satu-satu gambar dari galeri handphone. Tak pasal, ada gambar kena print 2kali. Rugi je Memula stress jugak pilih gambar, sampai 2x kena reject sebab gambar tak menepati piawaian diorang. Diorang akan emel kalau gambar kena resubmit balik. Aku jarang buka emel, tu yang lambat proses. Memula tu ...

Baby Aisha: Kesian Sayang Umie

Tengok gambar kat bawah ni Ini gambar beberapa bulan lepas Sian baby SAA pipinya kejap gebu, kejap lagi merah mengelupas Dah jumpa beberapa doktor  ada yang kata ruam susu ada yang kata exzema aku pun dah pening huhu Pernah ke Klinik Dr Ko di Seremban dapat 2 ubat krim sapu, 1 mandian balik sapu, 2/3 hari baik, dah hilang pastu naik balik Jiran pula cadangkan kami ke Klinik Reddy di Kajang katanya dari zaman anaknya yang sulung sampai yang bongsu situ lah klinik diorang pegi memang serasi sangat Jomlah kita cuba Dengan bantuan En Google Maps, sampai lah kami kesini Kali pertama dapat parking betul2 depan pintu Rezki baby SAA Suasana dalam klinik mengingatkan aku klinik masa aku kecik2 dulu Deko klinik zaman dulu-dulu Kali pertama jumpa Dr Dass (kalau tak silap namanya) katanya, tak boleh mengesahkan tapi berkemungkinan eczema (dah agak cuma nak kan kepastian) Diberi sejenis krim sapu dan ...

Ramadhan Bersua Kembali, Alhamdulillah

Wow, dah sebulan lebih blog terabai. Maafkan daku kerana melupaimu, bukan ku sengaja tetapi masa amat mencemburuiku, uhuk uhuk uhuk. Alhamduillah, hari ni umat Islam berpuasa di hari ke8. Sekejapan je dah seminggu lebh kita berpuasa ye. Harap belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua sahabat alam maya yang sudi singgah ke blog sendu ini. Ramadhan kali in amat bersejarah kerana ma ayah sudi datang menyambut Ramadhan di perantauan, haha. Bukan senang oi mak ayah aku nak menyambut Ramadhan dirumah anak-anak. Tapi kali ini seminggu sebelum puasa, mak datang dan 2 hari sebelum puasa, ayah pulak datang dengan adik. Jadi dapatlah kami bersahur dan berbuka puasa bersama mak ayah beberapa hari. Dapat makan masakan mak, Ramadhan kali ini sama macam tahun2sebelum jugak, aku masih dapat menahan diri untuk ke bazaar Ramadhan, masak ala kadar kat rumah. Kecuali keluar makan kat restoren pilihan je yang tak boleh elak, huhu. Anak-anak pun berpuasa seperti biasa kecual...

Aku dan Kisah Penyusuan

Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop. Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang. Kakak: Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak. Abam: Bers...

Car Boot Sale Mercato Enstek, Macam-Macam Ada

Aku ingat lepas ni nak mintak komisyen dengan penganjur Car Boot Sale Mercato lah Asyik promote diorang je, haha Mana tau dapat lot tapak niaga free * jangan berangan le nak free, air hujan je yang free setakat ni* Gurau jelah, aku share sebab aku suka Suka kalau dapat share benda bagus dengan orang Mana tahu dengan perkongsian tak seberapa ni membantu orang lain ye dak... Kan dah cite kat entri lepas , boleh kata tiap minggu datang sini maknanya duit aku boleh tahan masuk poket peniaga kat sini, haha eh! diorang tak paksa ko beli pun ko yang mudah tergoda, lagi nak salahkan orang ye meh tengok apa aku beli minggu lepas Baby Walker dan Playpen Condition 8.5/10 bintang gitu Baby walker ni ada 2 fungsi 1- jadi baby walker untuk baby menjelajah satu rumah 2- jadi kerusi goyang macam yo-yo tuh dan last, playpen aku tak tahu berapa lama dia nak main dengan mende nih nanti kalau dah taknak pakai, baby dah be...

Kaklin Kids Bundle

Baru selesai asingkan baju-baju Baby Aisha yang dah tak muat, jangan tak tahu, umur baru 3 bukan lebih, tapi baju size 3-6 bulan dah tak muat. Dia pulak susu badan sepenuhnya, kemain membolat badan, kalau dukung setengah jam pun dah lenguh tangan. Kuat menyusu, badan naik bagai di pam-pam. Aku ingat nak jual prelove je baju-baju tu, tengok banyak je page prelove kat Facebook, kalau tak laku.. sedeqah jelah kat sesapa yang baru dapat baby, baju elok-elok lagi, pakai tak sempat berpeluh pun. Ada yang baru pakai sekali dua, dah tak muat. Aku ni pulak pantang betul nampak baju baby girl, laju je nak membeli. Tambah2 lagi membeli sekarang tak payah keluar kedai, online pun habis duit, huhu. Baju baby bukan murah, kalau masuk butik baby, paling sempoi brand Anakku pun dah puluh2 RM selai baju, belum lagi masuk butik mahal. Bukan tak boleh beli baju baru tapi nanti membazir, lain lah kalau anak sulung, boleh diperturun pada adik2nya nanti. Tapi aku ni dari zaman anak sulung lagi, tak suka s...

Pengalaman Sendiri Tentang Penyusuan

Assalamualaikum... Selasa hari ni ye? Sejak tak bekerja ni, hari pun asyik lupa je. Ada ke patut semalam aku ingat hari Sabtu. Rasa cam setiap hari adalah hari Sabtu dan Ahad, haha. Semalam check up baby SAA ( 2 Bulan). Masa tunggu giliran dalam bilik menyusu, nampak artikel ni. Emm, cam tahu-tahu je aku dalam dilema sekarang. 3 anak sebelum ni, macam2 kisah pasal penyusuan. Si kakak menyusu lebih kurang 3/4 bulan je. Masa tu aku keje shift, dia pulak dijaga oleh MIL. So memang dia dah start campur susu formula awal lagi. Masa tu pun aku kurang ilmu bab breastfeeding, taktahu pun yang susu ibu boleh perah dan simpan. Si Abam menyusu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Tapi dah campur susu formula bila aku mula bekerja di bulan ke3. Tapi bila aku cuti @ malam memang dia langsung taknak susu botol. Si Kakcik beruntung sebab masa tu aku dah ada ilmu sikit, dengan gigih perah susu malam nak simpan stok dan dia merasa susu badan sepenuhnya selama lebih kurang 8 bul...

Terapi Sonotron, Bukan Sinetron

Salam Jumaat emm paginya bersiaran, hehe curi masa sementara si kecik tengah sedap tido Mungkin dada dia dah selesa lepas 2 kali rawatan sonotron cairkan kahak kot tu yang tido lama kalau tidak, asik terjaga je Okey, ni nak share pengalaman bawak baby SAA ke terapi sonotron semalam kali ke2 kami ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal - Bangi Mula2 tahu pasal ni tengok orang share kat Facebook (memula baca, cam sinetron drama bersiri Indon tuh, haha) Saja lah nak try, so call buat appointment Walk in takut lama kena menunggu Pertama kali ke sana, Rabu minggu lepas appointment kami jam 10.15 pagi Dari Nilai ikut highway, takdelah susah pun cari tempat dari tepi jalan dah nampak ingatkan lot kedai, rupanya pusat rawatan tu atas rumah orang (owner tingkat bawah) tempat menunggu selesa, ekon sejuk, hihi ada surau kecik, tempat menyusu dan bilik air jugak (boleh lah nak tumpang) pusat terapi tu tingkat atas, hati2 naik tangga ye, hehe Kami ta...

Segalanya Indah, Manis dan Wangi

Tajuk atas tu tak tahu nak letak tajuk apa. Hihi. Sekarang aku dah ada idea nk update blog cara pantas (mungkin orang lain dah lama buat, aku je baru tahu, ketinggalan ko Irfa oi) . Okay, caranya ialah: Bila free, sambil BF pun boleh. Memula tu taip je cerita kat nota di henpon, hantar pada whatapps, dari whatapps tu copy dan paste kat blogger.com. Jauh kan jalan nya? Dari utara ke selatan, patah balik ke timur sampai utara, haha. Takpe lah asal blog berhapdet. Sebab skrin henpon tak besar, view blog pun tak sepenuhnya, so bila free buka laptop.. Edit je mana yg rasa tak ok, kot nk tambah apa yg kurang. Letak gambar sekeping dua sebagai hiasan... dan publish. MeTime kejap, sikenit tengah tido. Akhirnya aku terpaksa mengalah dengan buai. Walaupun dah niat taknak ajar buai tapi terpaksa mengalah sebab dia tido kejap2 sampai aku tak leh wat keje lain. Dia nak berkepit je, mana tahan. Takkan tak basuh kain, tak masak tak hapa kan. Sekarang dah pegang jawatan supir,tak larat nak usu...