Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blogger

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni) Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti. Emmm, tak ...

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Dear Blog Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa. Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je. Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu. TAPI.......

Blog Semakin Membosankan, Nak Tutup Tapi Sayang

Sehari dua ni, setiap malam aku bukak blog. Itupun sebab laptop dah sedia On sebab kakak guna sambil study. Dapat lah aku tumpang konon nya. Niat nak update,tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Semua pun dah bercerita di FB, bila buka Blog dah takde apa nak cerita. Tapi nak tutup terus, sayang pulak. Lagipun rutin harian pun sama je, huhu. Peliknya, aku dah malas nak baca, dulu walaupun tak update blog sendiri, rajin jugak lompat dari blog ke blog, baca kisah kengkawan. Blog yang aku suka dan wajib baca setiap hari dulu pun, aku dah malas nak baca. Adui, pehal teruk sangat nih. Waktu Free, aku suka baca buku. Pantang ke kedai buku, mesti terbeli. Eh, bukan novel, buku tentang motivasi dan buku2 ilmu yang lain. Nampak sangat hidup aku sekarang memerlukan motivasi, haha. Apapun, aku tak rasa rugi beli buku, sebab sampai bila2 pun boleh baca kan? Sejak Cikebom pandai buat hal sendiri ni, sempat lah aku ber MeTime baca buku, bagi dia buku kosong dan pensel, pandai2lah dia buat ha...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

  Assalamualaikum dan Selamat Pagi ada lagi ke yang singgah sini? hahaha macam takde je Takpelah, sapu sawang kejap * mana penyapu ni? penyapu pun dah hilang kot sebab lama tak guna*  Didoakan semua sahabat blogger yang singgah sini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sama ada yang bekerja atau yang berniaga Aminnnn Pagi ni seperti biasa, syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini Dapat tengok anak-anak bersiap ke sekolah Dapat siapkan mereka sarapan walaupun simple amat Tapi pinggan tetap licin, hehe Pinggan licin petanda sedap lah kot Dah lama tak singgah blog kengkawan Masih ada yang aktif @ bersawang macam aku jugak? Sebenarnya banyak nak tulis, sebagai kenangan  takde yang singgah @ komen pun takpe lah Emm harap penyakit M ni cepat lah hilang okbai

Bukan Tak Rindu, Tapi .... Ntah lah

Assalamualaikum... Status Cik Ina Dodocheng pagi ini terharu weh bila nama ku diseru *macam tetau aku charge laptop malam tadi dengan niat nak update blog barang seperenggan dua, hehe* serius tak tipu, bukan tak rindu langsung nak aktif berblog macam dulu2 tapi ada je benda yang menghalang * huruf M tu besar sangat, bertenggek atas kepala* asal aku on laptop je, ada lah tangan kecik tu tarik2 baju ajak baring asal aku on laptop je, dia tengah tido tetiba buai bergoyang macam tetau je aku tengah on laptop 23hb October lepas genap umurnya 10 bulan makin banyak akal ada 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah yang suka geget orang belum berjalan lagi, baru lepas2 tangan meniti sofa sudahnya, meh lah kita berbaring wahai anak oi sedar2 hari berganti minggu minggu berganti bulan sedar2 bulan pun dah sampai hujung tahun satu lagi, aku dah terlalu aktif di Facebook semua benda dah cerita kat facebook sampai dah tau nak share cite apa kat b...

Dari Dapur DJ Shaz, Mabeles You

Aku sangat kagum dengan orang pandai masak, pandai buat kek, pandai serba serbi. Aku ada ramai kawan yang pandai buat kuih, buat kek. Ada yang ambik tempahan untuk majlis lagi. Kagum giler aku dengan diorang. Aku ni, baru ada orang usik2 nak datang umah minggu depan, minggu ni aku dah seram sejuk kaki tangan 'eh!nanti nak jamu apa orang datang? takkan nak hidang biskut cicah teh o? nak masak menu pelik2, kang tak sedap malu pulak'. Padahal yang nak datang tu bukan nak makan pun, kalau nak makan sedap baik diorang gi restoren yang dah tentu2 masak sedap. Tak gitu? Oh ni sebenarnya aku nak citer tentang salah sorang kawan yang kenal dari blog bersambung ke laman muka buku FB, dan bebaru ni aku sempat merasa air tangannya. Eh makan ati tau hari2 tengok dia post brownies kat Facebook, gigih lah aku masuk order kebetulan dia onthe way nak balik kampung, kiranya order drive thru lah ni. Mujurlah laluannya balik kampung, lalu taman perumahan aku. Ada sesapa kenal? Inilah dia ...

Dilaila Food, Sambil Makan Sambil Jual

Antara hobi aku selain baca buku, jalan-jalan, makan pun aku suka. Duk umah ni lagi lah buntu makan masakan sendiri. Ko masak, ko makan. Nasib baiklah enAbe memahami, jadinya Sabtu @ Ahad wajib keluar jalan-jalan dan makan kat luar. Yelah kan, isnin sampai jumaat dah penat jadi House Manager, kihkihkih. Okey ni nak share satu tempat makan best kat Nilai. MMA Santai Corner namanya, kalau warga Nilai tak tahu tempat ni, memang saja lah tau. Kalau nak pegi, korang google je MMA Santai Corner, nanti en Waze tunjukkan jalan. Kalau sampai bulatan Bandar Baru Nilai tu nampak keta atas bumbung, hah dah betul lah tempatnya tu. Kat situ memang banyak gerai makan, tapi yang aku nak share ni gerai Kak Laila gambar dari sini Masuk je korang perhatikan warna hijau, nampak je banner hijau itulah gerai kak laila. D'laila Mee Udang namanya. Sapa suka udang size besar, sini tempat wajib singgah. gambar asal dari blog ini (maaf kongsi gambar dari blog lain, henpon dah slow malas nak c...

Tak Pandai Mekap @ Tak Suka Mekap?

Salam Isnin untuk semua Kejap je dah November ye *dah bulan ke3 aku jadi suri rumah sepenuh masa* Hari ni nak berceloteh pasal apa ye? Meh kita citer santai-santai je Sapa sini yang suka mekap? Yang wajib mekap kalau nak keluar rumah? Yang wajib touch up tiap kali lepas solat kat surau akan touch up balik mekap? Sebenarnya ada beza antara orang yang Tak Pandai Mekap dengan yang Tak Suka Mekap? Ada yang memang suka mekap tapi tak pandai mekap, jadi dia usaha belajar mekap Ada yang pandai mekap tapi tak suka mekap, cuma mekap bila ada majlis istimewa Aku spesis mana pulak ye? Aku spesis Tak Pandai Mekap, Tak Suka Mekap dan Tak Nak Belajar Mekap (kalau nak belajar boleh je, SIL aku seorang mak andam pengantin) Seingat aku, mekap paling tebal aku ialah masa jadi pengantin 15 tahun lalu, lama giler kan? Haha. Itupun aku ingat lagi macam mana susahnya mak andam nak lekatkan bulu mata palsu kat kelopak mata aku, sampai merah2 mata, lepas tu ada lah jugak mekap sikit2 kal...

Hello October

Assalamualaikum Hai korang, sihat ke? Dah sebulan tak menyapu sawang kat blog ni, penyapu mana penyapu? Last update blog 25 Ogos, sekarang dah 2 October pun. Sedar tak sedar, sebulan aku memegang jawatan 'surirumah sepenuh masa'. Kalau dikira dengan long medical sejak dari May, aku dah tak keje 5 bulan. Apa perasaan? Setakat ni aku happy urus rumah tangga dan anak-anak. Aku jadi bos untuk diri sendiri, boleh buat apa aku suka, bila-bila masa. Alhamdulillah Nak update blog pun takde masa, huhu Sebenarnya ada banyak benda dan cerita yang aku nak share ngan korang semua. Tapi aku tak tahu mana nak mula. Sekarang banyak masa aku dihabiskan dengan membaca, aku ada banyak buku yang dah beli tapi belum baca, sambil baring merehatkan pinggang lepas dah habis keje rumah, anak2 pun dah kesekolah, hanya buku meneman aku. Buku yang aku baca bukan novel, aku banyak buku motivasi dan buku dari blogger. Nanti ada masa aku share buku yang aku dah baca ye Okeylah, ad...

06May2015 #blogreviveday, Welcome Back

Hai semua, tak pasni nak update pasal apa untuk #blogreviveday ni. Demi Cekna  aku layan jugaklah, tak buat kang kata tak sporting pulak, huhu. Rasanya   #blogreviveday sesuai untuk blogger2 yang dah pencen, haha. Aku masih aktif berblog walaupun seminggu dua ni jarang update, tapi blog masih belum berkubur. 2006, tahun aku mula2 berblog. Setiap hari update blog walaupun sekadar update cerita2 merapu, lepas update blog, lompat dari blog ke blog. Paling suka baca blog kak Pnut , beberapa blog lain (yang dah di tutup hanya untuk invite reader) . Antara blogger yang aku paling ingat ialah Lubna, Kak Oren, Kak Zareda (IbuIka), Kak Azwa, Nonie Aziz, MummyRizq, Raflesia Merah, Kak Mulan, Kak Sya, Kak Yus, Mamasinga, Kak Izawani, Kak Salwa, Leney, KLM, DeeDee dan beberapa nama lagi (yang tak sebut jangan terasa ye, banyak dah lupa, huhu). Ramai dah tutup blog dengan alasan anak2 dah besar, dah malu kalau mak citer pasal mereka kat blog (Ops, aku juga mungkin jadi salah seorang d...

Nuffnang Bagi Duit. Jom Beli Kasut Idaman

Fuh fuh fuh, banyaknya sawang maaf la ye korang, kalau singgah tak berhapdet tuan rumah sibuk semenjak dua menjak nih apa yang disibukkan pun tak tahu lah okey, nak show off kasut ni aku berkenan masa beli kasut kakak tu ari tapi tengok rega, macam sayang duit pulak cantik tak? sila angguk laju-laju * tiba2 rasa kaler ni lagi lawa dr yang aku dah beli, huhu* nak jadi cerita, bulan lepas intai tabung ayam Nuffnang alahai, lambat sangat nak jadi 4 angka, huhu cash out jelah tambah sikit $$, dapat lah kasut idaman taklah terasa sangat berbanding bayar full dengan duit dari poket sendiri rambang mata, sampai kedai rasa berkenan kaler ni pulak   tak sabar nak cuti-cuti sambil melaram kasut baru #selalu kena kutuk ngan CikViva katanya, rasanya ko ni patut sebaya kakak kot minat benda yang tak sesuai dengan umur apa ada pada umur? umur tua, tapi jiwa muda, pedehal (^_^)

Bukan Lagi Rahsia

Assalamualaikum.. Dah ada yang start cuti ke hari ni? Keluar rumah pagi tadi jalan clear je sampai opis, best je rasa. Aku keje lagi sampai Rabu ni, tapi anak2 last sekolah hari ni. Cuti CNY ni takde plan kemana-mana, mungkin duk rumah je kot, tapi kami ni bukan boleh harap, suka sangat last minute plan. Hehe Terasa lama tak menulis, bukan tak de cerita tapi tak tahu dimana nak mula. Log in blogger.com dengan semangat berkobar2 nak bercerita, tapi sudahnya.. lompat2 blog orang lain dan akhirnya blog sendiri tak ber update. Huhu Minggu lepas, aku buat keputusan selepas fikir banyak kali, aku dah tutup account FB HappyIrfa, semua kawan dalam tu aku dah add sekali lagi ke Fb Mawarni Sani, kalau sesapa yang tercicir, boleh add aku ye. Dulu aku ada 2 acc FB, sebabnya.. aku tak selesa meluah rasa kat fb official. Maklumlah kat situ ramai dari kalangan ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan opis, jiran tetangga.. semua ada. Jadi aku lebih selesa meluah rasa di fb Happyirfa, kerana kat ...

Pemenang GA Sempena Besday 'Sweet' 36 Sangat

PENGUMUMAN dengan ter'publish nya entri ini, maka dengan rasminya GA SEMPENA BESDAY HAPPY IRFA DI TUTUP # gedegang, bunyi pintu besi ditutup, hehe Soalan GA yang berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK ? # berapa orang adik ye, bukan adik beradik maknanya tak termasuk ngan tuan tanah ye Hanya 5 PENGOMEN TERAWAL dan MENJAWAB DENGAN TEPAT dikira PEMENANG btw, terima kasih pada semua yang mencuba ye ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ PEMENANGNYA IALAH: IMM HASSAN (sori takleh letak link blog, google plus tu leceh sikit, huhu) SIS NIEDA RAMLY (pun sama kes, takleh letak link, i also don't know apa mslhnya) POTPET MAMA ZANA-NORZANA MASY kepada semua pemenang, TAHNIAH jangan lupa tggalkan komen bersama alamat kat entri ni hadiah mungkin tak sama, kalau tak suka..boleh je sedeqah kat orang lain, hehe #ops, komen yg ada alamat tu x publish, jgn ler korang risau ye kepada semua yang join tapi tak menang, TERIMA KASIH lain kali cuba lagi ye okey selamat ber...

Novel: Jom Baca UYDL (Ulu Yam di Liverpool), Nota Buat Cempaka, Aku Sayang Dia

Hai korang dah 2 hari tak update blog sibuk membaca katanya, hehe Baru je malam tadi mengkhatamkan novel penghijrahan seorang blogger dulunya aku baca blog beliau, sekarang baca dalam bentuk buku AbahNajwa   (hanya untuk invite reader je sekarang) ni antara blog terawal yang aku baca masa mula2 berblog (1996) masa tu yang sulung, Najwa pun kecik lagi sekarang Najwa dah jadi anak dara pun (dahlah cantik, pandai pulak tu, untung kak Ain dan Abg Naz) aku bagi 5 bintang untuk kedua2 UYDL nih #kalau korang berhati tisu macam aku sila sediakan tisu sebelum baca kisah penghijrahan blogger otai ni masa baca tu, ada jugak rasa nak berhijrah berangan free katanya lepas ni nak khatam kan 2 novel ni pulak 1 novel dari rakan blog Sis Hanis Azla 1 novel dari rakan FB dah lama jugak beli tapi belum khatam2 lagi membaca memang minat aku dari mula pandai membaca dulu, kini dan mungkin sampai bila2 pun Alhamdulillah, anak2 pun minat sa...

Yang Untung, Yang Rentung

Salam Rabu muka ada senyum datang keje hari ni tahu pasal apa? yelah, esok Selangor cuti, hehe tadi baca blog sorang blogger ni bagi aku dia dah cukup segala2nya dia cantik dan comel dapat pulak pasangan yang hensem family pulak sporting dah kawen pulak dapat mertua yang baik ada anak pun comel (kombinasi mak ayah yang sama2 comel) aku baca blog dia mesti sengih sorang2 setiap kali baca blog dia, mesti aku rasa hidup dia sempurna sangat eh! korang penah tak rasa macam tu? korang baca blog blogger feveret korang dan rasa macam 'bestnya hidup dia' sikit pun tak jeles @ cemburu bila baca terus terdetik dalam hati 'dik, moga bahagia milikmu' padahal bukan kenal pun, jumpa pun tak pernah ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ kisah lain tak tahulah kalau orang lain tapi aku suka baca blog kisah manusia lain ada blog yang kita baca, kita suka dan tumpang bahagia ada blog yang kita baca, rasa macam 'emmm, okey' ada blog y...

Singgah Baca Boleh, Risiko Tanggung Sendiri

Selamat Petang dah petang baru free sikit psttttttttttttttttttt nak tanya ada tak sesapa yang baca blog ni kenal aku kat alam nyata? siapa anda? kawan sekolah? kawan opis? jiran tetangga? sedara mara? aci kerat kelingking mesti ada yang kenal emm, tak jadi hal boleh je baca, dalam ni takde rahsia sulit pun tapi kalau ada entri dalam blog ni yang 'terasa cili' sikit aku tak bertanggungjawab ye baca dan tetiba sentap 'eh! ni macam kata kat aku je?' yang tu aku tak jamin ye, risiko tanggung sendiri walaupun setiap entri yang aku post  telah di QC (Quality Control) dengan begitu teliti niat berblog bukan nak cari pasal sekadar nak berkongsi cerita dan menambah kenalan # aku cuma manusia biasa yang terkadang lalai tanpa sedar ada hati yang terluka okey tu je nak bagitau . . . . . . . . daaaaaaaa

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Sudi Order Lagi

Hai korang lunch kat mana hari ni? emm, banyak benda nak buat lunch nanti antaranya ialah pos barang * alhamdulillah, boleh kata sejak dua menjak ni order tak putus2 dan setiap hari kena pos, sib baik post office bangunan sebelah je* antara yang paling dapat permintaan ialah Nasi Arab Al Bayt dan Inner Magic dan terbaru Reevo Malt Coklat (yang ni belum share kat KEDAI ONLINE ) # dulu2 asal cuma suka2, tapi sekarang dah jadi side income Alhamdulillah ni 'baby baru' dalam bisnes jualan aku nak tahu boleh wsap no di atas kalau nak baca testimoni ikhlas Nasi Arab Al Bayt boleh klik Customer Asyifa Customer SariYusa Customer RumahKuning Customer KakZakie jemput kesana kalau nak baca kisah mereka *antara yang membeli dengan aku, ada yang lain membeli tapi takde blog silent reader katanya TQ sebab support bisnes kecik i, sayang u oll* okey, jom jamu mata masak-masak umah mil last week aku masak nasi + sos harrah dan salad dan mil tambah dengan dal...

Eksklusif Bersama NurulWahabDepp, Ulang Tahun ke2 Blog

pstttttttttttt nak dengar citer tak? ni kisah Sabtu lepas yang fren kat FB dah muntah baca pasal ni tp kat blog  belum citer so nak bagi adil kenalah cite kat blog jugak baru adil kan? dah macam berbini dua lak ye, hihi okey, ni bukti kejadian tadi Ina, PA Nurul wsap gambar ni # alamak, tetiba malu sendiri cer cari mana aku? sori takde adiah ye Alksisah bermula di  SINI RoseMawar tu aku ler create acc wordpress semata2 nak komen kat blog NurulDepp gigihkan?  # tarik napas, hembus... panjang ni tau. Kalau nak gi toilet sila tunaikan hajat dulu, dah free baru datang baca.   Okey, korang penah baca kan yang hobi aku selain makan, tengok drama korea, membaca adalah hobi no 1. Suka baca blog orang, kisah manusia. Dari hasil lompat-lompat blog, aku terlompat ke NurulWahapDepp . Sebenarnya aku tak tahu pun sis Nurul ni ada blog, Tapi dia pakai wordpress. Aku gigih membaca dari mula sampai akhir, sib baik jugak baru tulis, sempat khata...

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Di Bazaar

Salam Ramadhan ke 3 sihat ke? dah plan ke berbuka nanti nak masak/makan apa? aku ingat nak masak Nasi Mandy Al Bayt petang ni # nanti kena singgah kedai beli tomato dan daun ketumbar untuk sambal tomato tu ~*~*~*~*~*~ Okey, seperti yang di janjikan minggu lepas. Ini sambungan entri ini  KLIK UNTUK SINI . Terharu sangat bila ada kengkawan blogger yang wsap dan bertanya macam mana pengalaman aku pertama kali join niaga di bazaar minggu lepas. Tak sangka ada yang prihatin. Meh aku jawab kat blog, jadi semua orang boleh baca. Apa yang aku tulis ni adalah pengalaman aku sendiri, kalau ada yang tak setuju, aku hormati pendapat masing-masing. Diharap jangan ada yang sentaps, hokey? Sebab ini adalah kisah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka, gitu. Aku bukan tak biasa jual secara offline, tapi setakat bukak beg bawak meja pastu kengkawan datang dan pilih apa yang berkenan. So far tak penah lagi aku bukak booth. Jadi pengalaman bukak meja dan berniaga secara ...