Skip to main content

Singgah Baca Boleh, Risiko Tanggung Sendiri

Selamat Petang
dah petang baru free sikit

psttttttttttttttttttt
nak tanya
ada tak sesapa yang baca blog ni kenal aku kat alam nyata?
siapa anda?
kawan sekolah?
kawan opis?
jiran tetangga?
sedara mara?

aci kerat kelingking mesti ada yang kenal
emm, tak jadi hal
boleh je baca, dalam ni takde rahsia sulit pun

tapi kalau ada entri dalam blog ni yang 'terasa cili' sikit
aku tak bertanggungjawab ye
baca dan tetiba sentap
'eh! ni macam kata kat aku je?'
yang tu aku tak jamin ye, risiko tanggung sendiri

walaupun setiap entri yang aku post 
telah di QC (Quality Control) dengan begitu teliti
niat berblog bukan nak cari pasal
sekadar nak berkongsi cerita dan menambah kenalan
# aku cuma manusia biasa yang terkadang lalai
tanpa sedar ada hati yang terluka

okey tu je nak bagitau
.
.
.
.
.
.
.
.
daaaaaaaa



Comments

Unknown said…
hehe, kena QC dulu kan Irfa, mmg tak semua boleh cerita kan Irfa.. ◕‿◕
Nastyna said…
eh kita kawan sekolah tak? harap tak. hahahaha
I pun kadang2 terfikir nak privatekannnn jer blog, walau entry takder hat menyentap, tapi sometimes u feel like... naked. u know what I meant? dah tu saper paksa berblog pun... sendiri mau, sendiri tanggung ma. hahaha
mamabeauty said…
tak kot hehe.. dun worries.. siapa yang mkn cili dialah terasa pedasnya giteww
paridah said…
heh..heh..tu jer irfa...tulis jer posting tu tiada kena mengen dgn yg hidup r yg tlh tiada mesti fhm tu...
Acik Erna said…
Tetiba..ada la tu ye dik
Unknown said…
Kenal kat wassup jer..
Aci tak?

Irfa..
Sama je kita ni..
Kut tetiba jumpa "entry" deleted tu.. maknanya.. K.Sham dah kena tembak la tu.
LYAfrina said…
hihi..
risikonya kalo org y dikenali baca blog..
Tepoh Dock said…
saya xkenal...hehehehe....
Aisyah said…
ifa..tak yah riso..u never hurt me...bos yong bapak direct nye...but very easy to communicate with..direct giler..tp yong tak ponoh simpan dlm hati pun..
Aziela said…
Boleh x akak tak faham asbab entry ni? hehehehe...
isme_cv said…
lebih kurang...aku yang punye cerita..ko yang panas..dah kenapa...okbai.. #janganpublishhahaha
sarah said…
lamaaaa tak singgah sini..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...