Skip to main content

Kasih Sayang Sesama Manusia

Hai kawan2..
maaf lewat bersiaran hari ini
sedikit sibuk @buat2 sibuk barang kali

hari ni nak bercerita tentang perasaan
dulu, waktu umur dalam 20an
aku cepat panas hati, rasa nak marah je
#kalau citer bab sabar dalam rumahtangga
enAbe banyak bersabar dengan perangai aku di awal 
hingga kini dalam perkahwinan kami, huhu

Dengan orang sekeliling pun sama
agak2 menyampah je nak layan orang yang banyak songeh dan annoying
cepat je mulut tu berkata2   
'lantak ko lah, suka hati ko lah'

tapi bila di usia 30an, banyak benda berubah
bila nak marah, cepat2 berfikir
takde guna marah2, masalah takkan selesai
tarik nafas, hembus, tenangkan diri

aku suka berkawan dan tambah kawan
kawan opis, kawan sekolah, kawan blog, kawan di fb
aku boleh dapat kawan baru dimana saja
di klinik, di bank sambil menunggu pun ada kawan

hari ni aku jumpa kawan alam maya
ofkos lah di airport, dia nak terbang ke arab saudi
kami kenal di FB secara kebetulan
masa tu aku pm dia, tapi tersalah orang
nama mereka sama, tapi orang lain
wpun silap orang, hubungan kami kekal sampai hari ni

kadang2 rasa terharu bila banyak hari tak update blog
ada yang whatapps tanya khabar
'sihat ke? nape lama tak update blog?'
terharu sangat

orang kata, kawan ketawa senang jumpa
kawan menangis, ibarat intan di antara jutaan pasir di pantai
sebenarnya kawan menangis bukan takde
tapi kita kena cari

semoga kita sentiasa dalam keadaan berkasih sayang
dan of coz, hargai lah orang2 di sekeliling kita

kepada yang selalu singgah baca dan kekadang komen
ni je nak cakap


memuahhhhhhhhhhhhh
#sesekali kita jiwang apa salahnya


Comments

sweetie said…
Muahhh jugalah untuk kau Irfa... kita kenalpun melalui alam maya ni juga dan tak semena2 'terjumpa'... moga persahabatan kita kekal hingga akhir nanti....
Unknown said…
Alhamdulillah.. kawan yang sebegitu.. wajib kena jaga sampai ujung nyawa..
Mar Mansor said…
berkawan biar 1000..hehe..
sahabat memang sukar untuk dicari..bila ada, perlu jaga persahabatan itu..
usia mematangkan kita..macam saya juga..
nita said…
saya pun rasa terharu bila ada yang bertanya khabar..
semoga kita saling berkasih sayang...
terima kasih irfa sebab sudi singgah blog saya ^_^
Siti Sharini said…
=) syukur ada yang sayang hihi
paridah said…
berkawan berkasih sayang suatu keindahan...
EZAN IDMA said…
wahh terase special walaupon baru jekk dtg sini hihi
Dr K said…
Memang benar..
Semakin kita meningkat usia..fitrahnya patut kita makin tenang, makin cool, makin santai..
Kalau makin tua makin teruk perangai, kena muhasabah betul2
SalbiahM said…
so true kak Irfa...berkawan biar seribu.
Unknown said…
Ada jugak yg semakin "berusia" semakin menjadi-jadi..
Kononnyer.. dulu tak merasa itu ini..

Tepuk dahi.. kaji diri sendiri..
Ania said…
Salam kenal Irfa! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Nastyna said…
mmmuahhh back... I think bila dah tua tua ni... nak marah pun penat, so lantak ko la situ. hahahaha
kakrose said…
Betul tu..dah tua2 ni sifst pemarah dsh berkurang..banyak pulak sifat berlebih kurangnya..
Nieda Ramly said…
bila dah berumur sifat marah dah berkurang seiring dgn usia...slow down

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...