Skip to main content

Hari Bersama Keluarga

Salam Isnin
keje la, apa lagi, cuti pun dah takde
YaAllah, janganlah ada yang sakit demam waktu aku takde cuti ni

Pagi ni tebal sungguh kabus, rasa macam duk negara musim sejuk
# kabus ke jerebu eh? tapi rasanya cam kabus
sebab kalau jerebu mesti ada bau asap sikit
hari2 hujan, sekarang ni malam rasa sejuk je
tu yang bila pagi, bunyi alarm buat2 tak dengar
2/3 kali alarm bunyi, baru hegeh2 seret kaki masuk bilik air, huhu

~*~*~*~*~*`*~*~

Ni kisah hari minggu kami

aku dan En Abe tak sama cuti
aku memang wajib cuti sabtu ahad, tapi En Abe keje shift
memang payah nak bertemu roster dia yang sama ngan aku
jadi bila berkesempatan cuti sama
kami akan rancang cuti yang berbaloi utk anak2
# bukan lah maksud aku pegi cuti jauh2 yang memerlukan modal besar

Paling tidak keluar makan dan tengok wayang
yang penting ialah masa untuk bersama2 keluarga
# kami memang suka bawak anak2 tengok wayang
so far anak2 behave, oklah
kalau jenis takduk diam, aku pun taknak bawak
tak pasal dapat maki orang seat belakang, huhu


cite BIG HERO 6 ni best giler
dari minit pertama sampai habis, gelak je
bagus untuk release tension

selain aktiviti kuar makan + tengok wayang
kami juga akan luangkan masa ziarah family (mentua) di Cheras
cuma nak ziarah mak ayah aku je payah sikit, jauh nun di Kelantan
# Insha Allah mak ayah datang cuti sekolah nanti

tak kisah lah apa aktiviti pun janji masa bersama keluarga
bagi yang bekerja, 5 hari kat opis, cuma 2 hari je dapat duk umah
masa ni lah nak layan karenah anak2

apapun kerja kita, FAMILY lebih utama

apa aktiviti hari minggu korang?
masak2 eh?





Comments

Aziela said…
Aktiviti utama ialah makan...masak yillek...hehehee
Izwa Kamaruddin said…
alahaiii ramai nyer cakap citer tu best gilerrr
Unknown said…
best tak cite tu..? ada rezeki nak jugak bawak bebudak ni..
Kakzakie Purvit said…
Betul bila ada peluang macam ini kena gunakan.
Kakak dgn abang cuti pun tak sama sorang jumaat soarng ahad... johor dah jadi macam ni sekarang.
Dr K said…
Hujung minggu kebanyakkan rakyat Malaysia mmg banyak dihabiskan di shopping complex...sebab nak buat aktiviti outdoor, panas! hahaha

Best ya cerita Big Hero 6? Ok, saya nak bawak anak2 gi tgk
schazaza said…
hari minggu memang susah nak spend time sesama kak... husband saya kerja takde offf. saya sebolehnya spend time dgn anak sendiri. kang bapak die balik petang barula keluar ke rumah mertua mahupun jalan-jalan mall...
nazayiena said…
Anak2 pun sukakan bawa jln2,mkn2 dan tgk wayang.
Zaitun said…
Kak zai tinggal berdua tak payah nak plan. Ikut kaki mana nak pergi.

dekdaa said…
Hahaha betul2... kalu budok2 yo ya yo ya dlm panggung.. maunya kena sound berketui2 ni :P
Jurruh2 anok dio.. bestnyo :-)

Klate start uje doh ni... adeiiih.
SalbiahM said…
duduk umah je..demam.huhu.best ek cite Big Hero tu?dah besar-besar ni pun rasa excited nak tengok..hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...