Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Adik

'KakCik' dan Gelagatnya Yang Mencuit Hati

Hai semua, Salam Jumaat ye Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik' Sementara belum ada 'baby baru' ni kan Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat) Genaplah umurnya 6 tahun Dia seorang peminat setia kucing pantang nampak kucing mesti mintak nak bela maaflah sayang, tengok dan pegang boleh bela tu umie belum mampu, huhu ( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati) # kucing ni nama Ray (kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai ) Ni situasi biasa bila balik dari tadika Tudung senget benget tu pemandangan biasa jarang lah tengok tudung dia terletak elok sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe Tapi anak tudung dah banyak kali hilang Yang ni memang sakit perut mak aku gelak mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni bila citer, sakit perut gelak kata mak mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah alasannya "kita ...

Rutin Harian dan Kisah 'Kak Cik' Yang Bakal Menjadi Kakak

Salam Sayang Setulus Embun Pagi Untuk Semua Embun lah sangat, jerebu je yang ada sekarang nih hihi Baru balik hantar 'kakcik' ke tadika Hari ni, jiran yang selalu aku tumpangkan kenit demam anak dia dicutikan, so aku kenalah hantar kenit si kenit ni kalau boleh nak umie hantar dia hari2 senyum lebar pagi ni bila kejut bangun sambil cakap 'hari ni umie hantar kakcik gi skul ye' sekarang duk ketagih mewarna di Ipad tekun dia kaler satu2 bentuk tu Ini KakCik, bakal jadi kakak lagi sebulan dua Prihatin sangat bila dengar umie ngadu penat 'umie bertahan okey, nanti kita jumpa doktor' so sweet lah kakcik ni tau pastu slow2 dia gosok perut dan bercakap dengan baby 'hai baby, kakcik ni, baby dah makan ke belum?' dia suka melukis dan mewarna selain tengok kartun antara hasilnya, kalau boleh di frame kan mesti cantik ni kan? Sekarang rutin harian aku bermula selepas subuh Kejut anak2 bangun dan solat Subuh pa...

Kali Pertama Adik Ikut Lawatan Tadika

Assalamualaikum.. update kat blog kisah si kenit kali pertama ikut lawatan tadika sambungan dari sini   Sebagaimana yang tertulis di dalam surat lawatan Jumaat lepas, pepagi lagi adik bersiap dengan semangat nak gi lawatan lagi happy sebab umie ayah hantar ke tadika pagi itu *dia ni kalau boleh nak hari2 umi ayah hantar gi tadika* tak sempat tengok dia naik bas, sebab kena berkumpul kat tadika dulu so aku gi keje cam biasa sepanjang hari kat opis, otak duk ingat dia je nak buat kerja serba tak kena tapi nak sms/whatapps tak berani *cikgu dah pesan jangan call/sms kecuali kecemasan sahaja* bertabahlah menunggu jam 6 petang Petangnya.. ambik abam kat sekolah agama, pastu terus ke tadika si kenit bas belum sampai ,katanya jem lebih kurang 6.50 baru lah nampak bas masuk jom layan gambar haha, nak tergelak pun ada tengok muka sorang2 masa turun bas dah rupa cam pelarian sesat yang di jumpa selepas beberapa hari ada yang hilang tudung, ad...

Umie Kena Percayakan Kita

Hai korang Sihat ke? Sori lama tak update mood celaru sikit, nak update blog pun takde mood, huhu ~*~*~*~*~*~*~*~ nak citer pasal si kenit, dah lama tak citer pasal dia kan? pernah ada 'silent reader' yang whatapps bagitau yang dia suka baca blog aku ialah bila aku citer pasal anak2 tq kak, u know who u are korang tahu kan, tahun ni tahun pertama kenit ke tadika minggu lepas bawak balik surat kebenaran untuk ikut lawatan katanya ke Zoo Negara dan Balai Bomba Sebenarnya berat hati nak lepas rasa kecik sangat boleh ke urus diri nanti? nak kencing nak berak macam mana? masa aku berfikir tu, kakak senyum simpul kat aku sambil malu2 cakap 'masa kakak tadika, umie tak bagi pun ikut lawatan. Kenapa abam ngan adik nak pegi, umie bagi?' alahai, kedengaran nada jeles disitu 'kakak, umie tak bagi sebab kakak kan anak pertama umie dan ayah mesti lah risau kalau jalan tanpa umie ayah sekarang umi bagi abam dan adik iku...

5 Hari Punya Cerita

Hai korang dah khamis rupanya kita ye Sibuk ngalahkan PM dah sehari dua ni (5 hari tak apdet blog) Sabtu balik kampung kejap (aku, en abe dan kenit je, kakak n abam tinggal) jenguk nenek yang makin uzur jenguk jugak sedara mara yang kena banjir aduhai, menitik aimata tengok ada rumah yang dah tak rupa rumah ada yang tinggal tangga je ada jugak yang tak berdinding moga kehilangan akan berganti dengan yang lebih baik Ahad balik sini dengan airmata jugak tinggalkan nenek  dan mak yang tetiba tak bangun (sakit kepala sangat katanya) tapi tanggungjawab kat sini banyak menanti terpaksalah kena balik jugak (inilah nasib si perantau) Isnin aku cuti, menguruskan anak2 sekolah sebenarnya tak perlu pun sebab kakak dah form 2, abam dah darjah 4 tapi abam tahun ni masuk sesi pagi dan petangnya sekolah agama (kena monitor turun naik bas) tahun lepas kakak n abam dedua sekolah sesi petang kakak sesi petang, abam sesi pagi tahun ni terc...

Hari Ni 'Kita' Dah 5 Tahun

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari Hari ni antara hari istimewa aku sebagai IBU pada tarikh yang sama tapi 5 tahun lepas (09/01/2010) aku melahirkan anak ke 3 seorang puteri yang kini dialah penyeri keluarga, sebab dia paling kecik selesa dengan panggilan 'kita' minggu lepas dah selamat terima uniform tadika Insha Allah, esok lusa dah pun bersekolah tadika dekat rumah kami mungkin orang lain hantar anak awal ke tadika tapi semua anak aku masuk tadika bila umur 5 tahun nak hantar awal sangat, tak sampai hati, huhu hari ambik uniform muka momyok sebab kena bangun awal #sekarang dia bangun tido kul 10 pagi bila kejut, dia akan cakap 'lagi 5 minit' haha lepas ni dah kena bangun awal ke tadika harap xlah meragam adik, umie ayah kakak n abam sayang adik sangat2 umie harap blog ni masih wujud bila adik dah besar adik boleh baca kisah anak2 umie dalam blog ni moga kamu ber3 membesar jadi orang berguna mungkin umie garang bila kor...

Alhamdulillah

Salam Jumaat  Alhamdulillah langit cerah pagi ni Walaupun petang semalam gelap gelita siap pakej hujan lebat macam nak banjir Kehidupan kita pun macam tu jugak ada hari terang, ada hari mendung Minggu lepas macam2 perkara berlaku Bermula dengan cik abe dan si kenit On Off demam Petang je badan start panas Malam pun tak lena tido sebab risau diorang panas mendadak Ke klinik ulang alik ambik darah Endingnya En Abe admit hospital hari Khamis setelah sah denggi Sian cik abe drive sendiri ke hospital sebab aku tak boleh tinggal anak2 ini budak taknak balik katanya (ni kejadian malam sabtu sebelum dia admit) ' umie pegi lah balik rumah, teman kakak dan abam, kita nak teman ayah' Elok je En Abe discharge hari Sabtu Si kenit pulak admit hospital yang sama sebab denggi jugak Hari Ahad bersambung dengan kakak join si kenit badan dah naik bintik2 merah aku tak perasan pun dia demam sebab sibuk uruskan si kenit Kakak kat tingkat 3, Adik ka...

Dilema Memilih Tadika Untuk Si Kecil

Assalamualaikum... Moga semua yang singgah sini ceria-ceria hendaknya. Ni ada benda nak tanya. Kisah biasa je, saja nak ngada2 ngan korang. Boleh gitu? dia dan sepupu menadah muka depan maksedara nya maka ini le hasilnya sanggup cakap pakai bahasa isyarat, takut gincu tanggal Sikenit ni tahun depan dah 5 tahun. Kalau ikut sejarah kakak n abam yang lepas, tahun depan dah patut hantar tadika. Tapi masa kat taman lama, pendaftaran tadika swasta masih lagi kategori murah (pendaftaran dalam bajet rm300-500 dan bulanan dalam rm100-rm150). Nak kata pandai sangat tak jugak pun, cuma kenal lah huruf dan nombor sebelum masuk darjah 1. Kat taman baru ni, ada 1 tadika Kemas (aku ada sejarah hitam dengan tadika Kemas cawangan yang sama masa abam umo 5 tahun, penah citer kat blog lamaaaaaaaaaa dulu, malas nak korek balik entri lama. Tapi bila ingat balik rasa macam toreh balik luka lama) . Selain dari tu, semua tadika swasta. Ada Smart Reader Kid, Genius Aulad, Krista dan beberapa ...

Yang Ditunggu Sudah Tiba

Sejak Jumaat minggu lalu, lepas tunjuk gambar tu kat dia setiap hari di tanya 'bila nak sampai?  bila nak sampai?' akhirnya petang tadi yang di tunggu pun sampai keadaan plastik koyak rabak tak dapat di pastikan apa kah yang berlaku sib baik kotak tak koyak nak tengok isi di dalam?  taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa "Let It Go" The snow glows white on the mountain tonight Not a footprint to be seen A kingdom of isolation, And it looks like I'm the queen. The wind is howling like this swirling storm inside Couldn't keep it in, heaven knows I tried! Don't let them in, don't let them see Be the good girl you always have to be Conceal, don't feel, don't let them know Well, now they know! Let it go, let it go Can't hold it back anymore Let it go, let it go Turn away and slam the door! I don't care What they're going to say Let the storm rage on, The cold never bothered me anyway! It...

Cerita ' Kita'

Lama tak stori mori tentang anak2 asyik2 cite pasal aku, aku dan aku lagi ni kisah 'kita' si kenit Hajar Umurnya 4 tahun 8 bulan *masih gelaran adik, hihi. bongsu barangkali* Peminat setia Anna dan Elsa (filem animasi bertajuk 'Frozen') peminat tegar kucen boleh tengok, pegang tak boleh kejam tak? # tapi aku tahu dia pegang jugak sebab kat pengasuh ada kucing nama Norman* ni gambar wajib tengok sebelum tido comel tak? dan ini kucen yang selalu datang makan umah kami pandai nih, kalau kitorang bangun lambat dia dah panjat tembok nak ambik makanan sendiri Orang kata bela kucing murah rezki Aku tak mampu nak bela, bagi makan boleh lah ye hihi

Bukan Hari Ibu Tapi Hari Umie

Boleh terima tak kalau sebut 'Hari Umie?' Nanti Kalau Kata 'Hari Ibu' Ada Yang Kata Itu Bukan Budaya Kita ni kisah 2 malam lepas, si abam masuk bilik aku  dia tanya  'umie suka tak benda yang letak kat tudung macam pin tu?' aku jawab ala kadar sebab asyik ber wsap * jangan ikut perangai ni, lain kali bila anak bercakap bagi perhatian* kendian dia keluar layan tv Malam selepas itu, dia masuk lagi bertanyakan salotape dan kertas balut hadiah masa tu aku terfikir  'budak ni nak buat apa? hari guru kot, dia nak bagi hadiah kat cikgu' takkan darjah 3 dah ada gepren?  emm ~*~*~*~*~*~ dan malam tadi persoalan terjawab dia masuk bilik masa aku baru lepas menulis diary *wajib tulis diary setiap hari, dan isi diary 90% ada kat blog nih 10% biarlah rahsia, hihi*    sambil golek2 atas tilam, dia tanya 'bila hari ibu?' aku jawab 'hari-hari kan hari Ibu' dia cam tak puas hati dengan jawapan aku, so aku ...

Daddy Oh Daddy

TQVM untuk yang kongsi tips dan petua untuk anak semput semalam DISINI si kenit masih belum ok baru kejap tadi pengasuh call, si kenit batuk non stop aku dah sampai opis, en abe lak keje shift pagi aku memang nak balik je tadi, tapi pengasuh kata tak payah  dia dah mintak adik iparnya hantarkan kenit ambik oksigen kat klinik # akak pengasuh n family baik sangat, hanya Allah mampu balas budi baik mereka Rezki bukan hanya $$ semata, di kelilingi orang2 yang baik juga adalah Rezeki dr Allah    sekarang kenit nampak okey sikit sambil layan vcd kegemaran 'Frozen' tapi dia sebut 'Pozen' kata si kenit 'nama kita 'ELSA', kakak jadi ' ANNA' 'do u want to build a snowman' lalalala ~*~*~*~*~ ni aku jumpa kat FB tetiba gelak besar hahaha, sweet sangat kan? si ayah kuar outstation seminggu si mak okey je urus anak si mak kuar kursus 2 hari ke cuti gi sopim dengan kengkawan anak dah huru ...

Adik dan Oksigen

Assalamualaikum kengkawan hari ni datang keje cam biasa tapi badan je kat opis, perasaan tertinggal di rumah Si kenit tak sihat Jumaat tu balik keje, pengasuh kata si kenit demam tiba2 waktu lunch dah dibagi makan ubat demam katanya Malamnya, dia tido nampak sangat tak selesa Sabtu cam okey, tapi dah mula batuk Ahad, dia dah melepek, kejap2 datang peluk aku 'kita sayang umie' , banyak kali sebut camtu aku tak pelik sangat sebab dia memang suka cakap camtu kalau dengan ayah lagilah, selang seminit kot cakap 'kita sayang ayah' Petang agaknya dia dah tak tahan, duk cakap 'kita nak gi spital' batuk makin teruk, mencungap dia ambik napas tunggu en abe balik, terus ke klinik ambik oksigen ni kali ke3 dia kena ambik oksigen sejak awal tahun semalam sampai je klinik, dia terus lompat atas katil ambik benda tu tekup kat hidung siannya anak umie # sila abaikan pemakaian anak tudung tu sbb lupa bawak payung, tutup kepala...

Hai, Nama Kita Hajar

YaAllah, ngantuk tahap gaban hari ni. Rasa cam nak je aku letak pen kasi tongkat kelopak mata dari tertutup. Duk khatam satu blog macam mana suri rumah menjana pendapatan sendiri sambil2 masak, sambil2 jaga anak, duit mengalir masuk akaun setiap hari (oh! pastinya bukan semudah ABC, usaha tetap kena ada) , yang pasti ni bukan MLM, dia bisnes dari rumah ye, jadi agen dropship. Macam2 barang dia jual, bagus kan? Back to the topic, lama tak citer pasal 'cintahati' aku yang paling kecik setakat ni. Dah 4 tahun umurnya *dah boleh bagi adik orang kata, itu orang yang kata, aku tak kata apa-apa, senyum je* Yang ni lain dari 2 keluaran yang lepas, kakak n abam masa kecik dulu okey je kalau ayah gi keje, yang ni tahap melalak melolong macam kena pukul bila nampak ayah sarung uniform, kalau ayah cuti, dia suh baring je sebelah dia, ayah bangun gi bilik air pun tanya 'ayah nak pegi mana? ayah jangan work, kita sayang ayah, kita nak sayang ayah' . Drama sangat tau, kaka...