Assalamualaikum kengkawan
hari ni datang keje cam biasa
tapi badan je kat opis, perasaan tertinggal di rumah
Si kenit tak sihat
Jumaat tu balik keje, pengasuh kata si kenit demam tiba2 waktu lunch
dah dibagi makan ubat demam katanya
Malamnya, dia tido nampak sangat tak selesa
Sabtu cam okey, tapi dah mula batuk
Ahad, dia dah melepek, kejap2 datang peluk aku
'kita sayang umie', banyak kali sebut camtu
aku tak pelik sangat sebab dia memang suka cakap camtu
kalau dengan ayah lagilah, selang seminit kot cakap 'kita sayang ayah'
Petang agaknya dia dah tak tahan, duk cakap 'kita nak gi spital'
batuk makin teruk, mencungap dia ambik napas
tunggu en abe balik, terus ke klinik ambik oksigen
ada yang kata bagi makan hati unta - dah bagi
ada yang kata cuba makan daging arnab- belum terai lagi
ada yang kata cuba bagi scott emulsion - balik ni nak singgah beli
# baru berborak dengan kawan yg anaknya athma teruk
tido pun tak lena sejak beberapa tahun lepas
sebab anaknya selalu diserang athma semasa tido
susahnya hati bila kesayangan tak sihat
(-_-)
Comments
Sedih dengar ayat anak ...