Skip to main content

Pengalaman Interview Kali ke 3

Salam Khamis, hari ni giler awal sampai opis, sebelum jam 8.00 dah sampai.
Jalan clear je, mungkin ramai lambat keluar sebab hujan awal pagi tadi.

TQ utk yang wish good luck pada entri semalam
Yang kelakar seram, kat FB ada yang ingat aku peknen bila post pasal rerama terbang dalam perut. Siap cakap Tahniah, adik Hajar bakal jadi kakak, huhu.

Sebenarnya semalam aku gi interview (internal interview je)
Sapa sini ada pengalaman interview? haruslah ada kan?
Bape kali korang gi intebiu sampailah korang dapat keje sekarang?
hah! ambik ko, jawab 3 soklan sekali napas
# pitam jap

Semalam, aku attend intebiu kali ke3 dalam sejarah hidup.
Rama2 Kupu2 segala mak nenek serangga terbang berlegar dalam perut.
Dahla malam sebelum tu, duk mengadu nasib ngan cik Abe dia bantai gelak je kat aku, huhu.
Dalam takut2 pun. menten tido kul 12malam sebab layan drama Korea, Ugly Alert.
Bukan nak menelaah apa yang patut jawab dalam bilik intebiu.
Otak lak duk pikir 'emm, nak pakai baju apa intebiu esok ye, tudung nak lilit macam mana ye?'
sengal sangat tau..

Pukul 2 depan dah depan bilik intebiu, nama aku giliran no 3.
Orang no 1 masuk, keluar dengan senyum
Orang no 2 masuk, keluar dengan senyum
Ah! tak boleh jadi nih, apa yang senyum lebar tu? soklan kelakar ke?

Cik S*** M****** (cik ye, korang tak silap dengar, jangan jeles u olls)
Ketuk pintu, masuk, ucapkan selamat petang, letak file, undur sikit ke kerusi
Berdiri sampailah di suruh duduk.

Soalan Ketama
-perkenalkan diri anda, dari jabatan mana, berapa lama kerja, kenapa mintak jawatan ni?

Soalan ke2, pasal keje dulu (sebelum keje sekarang)
Soalan ke3, 4 & 5 tentang apa yang aku tahu tentang dept yang aku apply ni
(5 soklan je pun, tapi macam jawab 100 soklan, dahlah subjektif, patut bagi objektif, senang aku nak bagi jawapan), bantai jawab ikut suka, berkerut kening panel intebiu tu dengar jawapan aku.

Abis soklan dia, dia tanya aku soalan, aku punya blur langsung takde soklan (wpun sebenarnya nak je tanya berapa % harapan aku untuk dapat jawatan tu, hahaha, ada hati gak tu).

Keluar je, kengkawan lain bantai gelak. Kata diorang 'mak aih, kejapnya ko masuk, apa ko jawab?'. Kata aku 'saya jawab apa yang dia tanya la, betul tidak tu belakang citer'.

Okey, gitulah kisah Happy Irfa gi intebiu untuk tahun 2014.

Sekian Wasallam
#sambil simpan file sijil dalam kabinet, mungkin lagi 5 tahun kot aku gi intebiu lagi
#aku harap bos naikkan gred aku otomatik, tanpa perlu masuk bilik intebiu lagi, boleh gitu?
#kalau dapat, banyak benda kena belajar, kalau tak dapat pun, maybe ada rezki yang lain  

Apa kenangan intebiu yang korang tak boleh lupa?
Nak share, silakan ...

Comments

Unknown said…
tapi aku tak best jugak diorang dah ada candidate utk jawatan tu tapi open utk interview.. macam buang masa orang lain.. still.. aku doakan yg terbaik utk ko.. kejap tak semestinya tak dapat...lama tak semestinya diorang suka jugak.. sbb kalau jawab meleret2 takde isi nak buat apa..huhu
bangsawan nilai said…
irfa,

skrg ni aku dah naik level, aku plak yg interview orang
so, boleh balas dendam apa yg terbuku dulu...hahaha
aizamia3 said…
kat office akak sedang berlangsung interview dan akak tak mohon pun jawatan yang ada sebab rasa malasnya nak pergi interview.. hehehe..
Kopiolimauice said…
citer pasal intebiew mmbuat sy trauma smpi skrg T__T tak penah nya dpt yg ok semua provokasi...
paridah said…
gdluck irfa...rezki Allah tentukan...tiap tahun gaji tetap naik juga..
Aziela said…
Since akak kerja HR, memang berdozen2 pengalaman interview yang akak ada..hehehehehe
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

semoga ada rezeki dalam interview tu.. insyaALLAH.. bila nak interview mmg rama2 asyk terbang aje dalam perut he..he.. nak senyum pun terketar2..
Yunus Badawi said…
Saya kerja sendiri takyah nak interview …. hehehe
Mummy Rizq said…
Semoga berjaya dgn interbiu smlm.... so.. rama2 dah abis ilang dah???
Unknown said…
Seumur idup.. byk kali jugak akak kena intebiew.
Saja.. suka.. sambil2 tu test market..
Ni dah pencen.. baca pengalaman korang je la ya.

P/s;
Bab rerama dlm perut tu.. standard la kan..
Siti Munirah said…
washing machine in the stomach. begitulah saya rasa setiap kali nak gi interbiu. bergelodak semuanya dalam perut ni. hahahaha...
Mimie said…
Sy dulu interview 3x dua kali interview kerja satu interview sbb juara penuh disiplin pegawai awam...dah la yg interview tuh pegawai besar polis...menggigil je nk jwb..hahaha
Nastyna said…
"Pukul 2 depan dah depan bilik intebiu, nama aku giliran no 3." Muahaha tau la nebes.

Interview I paling best adlah bila I nak tak nak jer pergi interview untuk kerja tu, so jawab pun sambil lewa acuh tak acuh, sekali dapat kerja tu. And rupanya kerja itu adalah kerja yang paling best I had so far in my life. Siapa sangka, cempedak adalah nangka.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...