Skip to main content

Pokok Kari, Masak Kari Entah Bila

hai, dah sarapan?
hari ni bekfes sambil dating ngan cik abe, sebab sama2 keje pagi

sambil makan, teringat anak2 kat rumah sarapan roti sosej
gitu lah bila jd mak bapak ni
makan apa pun mesti ingat anak-anak, kan? 

eh, sesapa kat sini suka kari?
sila angkat keyboard
aku kalau di suruh pilih untuk masak
antara gulai kari dengan gulai tempoyak
laju2 aku angkat tangan untuk masak gulai tempoyak
siyes, aku memang fail masak kari

kalau tanya mil, dia pun dah jemu kot bagi resepi
asal dia masak, aku pun tanya
'ma, lepas ni masuk apa?letak apa lagi?' 
tapi masaknya, haram tidak

 sabtu lepas hujan sepanjang hari, ahad je tu baru nampak matahari
so kuarlah kemas laman
nampak pokok kari tepi tembok segar bugar kena air hujan
wpun hari2 siram guna air paip tp tak sesegar kena siram air hujan
sekali aku tengok
'eh! pokok kari tu beranak, dua anak dia'
haha, gila. pokok kari beranak
kebetulan ada pasu extra, terus pindah ke pasu kecik tu

ni mak dia, kecik je mak dia
  
ni anak dia, comel kan?
nak ambik buat anak angkat tak?
bagi free ngan pasu sekali , haha 
apa daa, citer pasal bekfes sampai ke pokok kari
nampak sangat takde idea nak hapdet blog
daaa

(^,^)


Comments

Acik Erna said…
dik kalau tanam kat tanah..lagi beranak pinak..jenuh pulak nak cantas..banyak sangat dia membiak
sarah said…
kami pangge pokok kari karapole..pucuk muda bleh buat ulam..sedapppp
paridah said…
pokok kari ni biak anak daripada akarnya...masak kari kalau xguna daun kari mmg xumph karinya.
Cho Zila said…
tuler pasal dari kisah bekfes McD terus ke pokok kari.. ingatkan tadi McD nak buat perisa baru kari...
ha.. ha.. ingat masak karini teringat 1st masasak habis kena buang dalam tong sampah...rentung.. kelakar... sebabnyer per pakai api kuat lepastu idak nak kacau2.. suami tak tau sampai sudah... dulu duk ngan mak kita masak goreng2jer.. gulai2 mak yang masak.. padan muka...
Siti Munirah said…
1) saya kan, kalau tengah makan sedap (urusan kerja), for sure mmg ingat kat suami n anak2.
2) filet o fish, feveret saya tu kak.
3) saya vote utk masak kari compare to gulai tempoyak.
4) umah saya takde daun kari
5) saya suka kari mamak. sedap sehingga menjilat jari.

sekian terima kasih. :)
HeNRieTTa JoSe said…
eeehhh branak? klu rietta dekat nak jugak buat naka angkart nie....sebab xpndai msak kari, tapi suka goreng ayam campur daun kari...
Nastyna said…
dulu kami tak pernah hingin nak masak kari ke apa, tapi bila duk sini yang macam mission immposible untuk dapat daun kari, mula la duk mimpi2 daun kari. COmelnya anak dia... post sini boleh? Promise hari2 I masak kari nnt hahahaha.
t.a.t.a said…
saya ingat daun kari ni tak boleh dimakan tau. just letak dalam kari untuk dapatkan aroma nya sahaja. so one time saya try makan yang digoreng punya. sedap weh. haha.
sweetie said…
Irfa... apalah susah no nak masak kari.... hiris2 bawang putih dan merah, halia ... pastu tumis.. campakkan sekali daun kari ke dalam... masukkan serbuk kari yang dah di bancuh ngan air/ santan... kacau2 sampai bangkit baunya baru masukkan ikan/daging/ayam... dah nampak kecut masukkan santan, garam dan asam... ha dah jadi masak karinya... saje je ko ni...

eh mintak satu anak kari tu... cantik nampaknya..
dekdaa said…
- tak suka masak kari
- tak suka makan kari
- tak suka masak gulai tempoyak
- tak suka mkn gulai tempoyak
- tak suka masak tp suka makan :P
Unknown said…
Kari.. masak rajin tapi makan kurang laa..
Tapi kalau masak lemak.. lajuuuuu..
Aziela said…
Saya gagal juga bab2 kari ni. Lulus untuk tekak sendiri jer. Tapi kalau ikut piawaian hubby dan MIL, memang gagal teruk. Tapi kalau masakkan untuk orang yang pemakan masak lemak, kari saya diterima dengan meriahnya. Pokok kari saya ditanam dalam tanah terus. Maka dia membesar dan beranak cucu dengan bahagianya. Maka, selain dari masak kari, saya guna daun dia untuk buat ayam goreng berempah atau untuk dibalut dengan ikan bakar.

Kesimpulannya, saya adalah penternak pokok kari yang berjaya. Terima kasih.
:: CIKVIVA :: said…
Penah masak kari ke?? Kari best boleh carik kat Casarina...heheh
Unknown said…
aku segan nak mintak sebab takut mati di bawah jagaanku..

aku pun fail bab kari.. mana boleh lawan tekak dah biasa makan nasi kandar, mamak kat penang tuhh..

so gulai2 mmg aku tere la kot..hahaha.. daun kari.. kering je dalam peti sejuk..wakaka..
Dr K said…
kalau masak kari, awak suka guna rempah apa? :)
Irfa said…
KAK ERNA..
ni pokok rumah baru
rumah lama dulu tanam atas tanah, mmg tak larat nak cantas sebab banyak sgt daunnya
Irfa said…
SARAH..
ulam?
akak x tahu plak pucuk kari org buat ulam
boleh cuba nih..mesti sendawa bau kari nanti
Irfa said…
KAK PARIDAH..
betul tu, hati2 saya cabut supaya tak putus akarnya ;)
Irfa said…
CHO ZILA..
hihi, kalau jawab peksa gini mmg zero le jawabnya
dah terkeluar tajuk

betul tu, masa bebaru kawen konon nak masak utk suami
banyak jugaklah masakan sy yg jd habuan tong sampah
yg sy igt smpi sekarang ialah goreng pisang
x tahu mana silap, pisang saya goreng tak melekat dgn tepungnya, togel je ;)
Irfa said…
HAI UNI..
comel sgt komen pakai nombor nih ;)
-mak mak mmg gitu, makan sedap igt anak2, tambah lg klu makanan tu kegemaran si anak
-give me five, akak kalau makan burger, mesti order filet o fish ;)
-gulai tempoyak tu dr kecik dah pandai masak, sbb itu feveret family kami
-umah akak ada, nak free dtglah petik.hihi
-kari mamak yg xde santan tu lambat basi, tp tak tahan bau yg melekat kt tgn,

watammat ;)
Irfa said…
RIETTA..
hai lama x nampak? bz ke?
malas2 sgt nak buat kari, buat je ayam goreng berempah taruk daun kari
ada jugak pekdahnya kan
Irfa said…
MUMMY JJ..
dah susah dpt mmg gitu ler, emm tak cuba tanam ke?
mana tahu boleh hidup cuaca sana
Irfa said…
TATA..
kalau xleh dimakan, apa guna di letak dlm makanan, ye tak?
org lain siap wat ulam pucuk kari
hihi, itu pun baru tahu bila org komen, nnt leh cuba
Irfa said…
SIS SWEETIE..
semudah itu ke? tp kalau tumis rempah tak garing, tak sedap kan kak?
sy penah buat kari sadin, so far licin
tak tahu lah diorang mkn sebab sedap @ sbb kesian, kikiki
kalau dekat boleh je dtg ambik sepasu tu
Irfa said…
DEKDAA.
oklah tu, suka makan pun jdlah
ada jugak yg suka ;)
part masak bg org lain buat
Irfa said…
KAK SHAM..
masak lemak pun jarang kt rumah, penat lah
sekali masak, berkali2 kuar masuk peti ais, berkali2 jugak dipanaskan
so masak yg simple2 je.. janji licin
Irfa said…
AZIELA..
hihi, tipulah klu kata lgsung x penah masak kari tp mcm u cakap lah
lulus tekak sendiri je, nak masak utk org lain mmg xde keyakinan
wah hebat, boleh bukak ladang daun kari nih, hihi
cipta serbuk kari jenama Aziela
Irfa said…
CV..
hellooo. penah lah i masak kari
kari sadin je ;)
emm dah lama x gi Casarina
Irfa said…
RAI..
haha, ko ada juri pengkiritik
nak lawan kari mamak penang mmg bau asap jelah kat belakang
tp ko boleh wat kimchi, orang korea makan pun nanges
Irfa said…
DZ..
ntah lah, selalu beli paket yg jual kedai runcit tu
lupa dah jenama apa?
ada cadangan jenama apa yg bagus?
Zareda Norman said…
Dah lama tak.makan mc d. Dekat 6 bulan gak le.. diet katanyerrrr x makan fast food

masak kari akak expect. See the face le pulak kan hahaha. Bila surub buat gulai tempoyak.. mulalah ternganga nganga.. hehe
Ananaifa Foods said…
salam blogwalk :)
santai je gaya tulis, nice pc of reading :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...