Skip to main content

Peniaga Kecil vs Peniaga Besar

Salam Jumaat untuk semua..

Ya Allah, terima kasih jutaan kali buat korang yang bagi sambutan pada post cotton lawa lagi gojes aku semalam, TQ muah2 sebab sudi beli ngan aku wpun korang sebenarnya boleh je beli ngan orang lain. Tq sebab support bisnes kecik2 aku tu. Ops, yang kat blog cuma sebahagian corak, untuk album penuh sila wsap ye

Sebenarnya mak ayah aku bukan orang bisnes, tapi mak aku tukang jahit di kampung aku (menjahit tu kira bisnes jugak ke? boleh lah kot, hihi). Tapi korang tahulah, upah jahit kat kampung bape rm je kan nak banding ngan upah jahit di KeyEl dan Rembau Most Wanted, eh!

Seingat aku, zaman aku tolong mak menjahit (tahun 1997/1998) dulu, upah jahit baju kurung dewasa rm18, kanak2 rm10. Pastu barang naik, mak naikkan sikit rega dalam rm20 sepasang. Perghhhhhhh, dia punya respon 'guano koho mahal ni mokteh? kak ton kampung sebelah rm15 je sepasang'. Dalam hati aku yang belum berakal panjang masa tu, nak je aku jawab 'nape datang sini, pegi lah jahit kat kak Ton yang murah tu'. Ada la sorang dua yang dah tak tempah baju ngan mak aku, tapi beberapa bulan kendian datang balik dengan alasan 'kakton jahit tak sedap pakai' emmm, mak aku okey je.

Okey, dah panjang merepek, sebenarnya nak citer mende lain. Kalau korang klik HajarCloset, korang boleh nampak ada lah beberapa barang yang aku jual. Kebanyakkan adalah dropship, baca sini. So aku memang tak simpan stok banyak, kalau ada pun stok kat rumah maybe dalam 10 barang je incase ada yang nak tengok material. Aku promote kat blog/fb, bila ada order baru aku borong dari supplier. Supplier aku ada beberapa orang, yang kenal offline@online. Samada barang tu aku gi ambik sendiri kat pemborong@aku order, kendian dia pos kan kerumah aku@ terus pada customer.

Dan............ ni citer sebenar, ada la yang komen pasal barang yang aku jual. Katanya 'barang yang ko jual ni, nape mahal sangat. Kat online lain murah je' okey, aku tarik napas dalam2 sambil cuba hadam kata2 dia walaupun kedengaran agak pahit. Tak boleh jawab sebarangan dan tak boleh juga jawab dengan emosional.

Kata aku kat dia 'akak, contohnya macam ni. Kita sama2 meniaga dan kita ambil barang dari pembekal yang sama. Saya borong 10 pasang tapi akak borong 100 pasang. Akak rasa sapa yang dapat rega lagi murah? Mestilah pembekal tu bagi rega lagi murah kat akak sebab akak borong banyak kan? Bila akak dapat murah, akak boleh lah jual murah, betul tak? jadi nampak tak apa yang saya nak sampaikan kat akak sekarang?'.

Aku bisnes suka-suka pada awalnya, dari suka sekarang dah jatuh cinta sampai tahap takleh berenggang. Bila tido boleh jadi rindu-rinduan gitu ada sikit unsur tipu2 disitu. Nak kata untung besar, sampai sekarang lom kaya lagi. Belum lagi bebas hutang. Tapi sedang berusaha kearah itu, doakan ye kengkawan.

Tapi, aku suka dan sayang pada semua customer aku. Ada customer yang penah beli inner magic dan beli cotton dengan aku, masih berhubung dan bertanya khabar sampai sekarang wpun dia tak beli barang dengan aku lagi. Bukan aku kata, tapi diorang yang kata 'suka beli dengan awak, sebab awak nampak jujur' padahal belum penah jumpa tu, mana dia tahu aku jujur @ bengkok? Kadang orang beli ngan kita sebab dia selesa dengan servis kita wpun sebenarnya dia boleh beli ngan orang lain samada dia beli sebab support kengkawan@ kesian, hihi  Insha Allah, setakat ni aku layan customer macam kawan2 je, tak formal sangat pun. Maaf kalau ada terkurang, lambat jawab sikit maybe sibuk, yelah ni bukan bisnes fulltime, tapi setakat ni belum penah tak jawab sms@wsap.

Kesimpulan disini, rezki kita datang dari Allah. Tugas kita cuma berusaha. Orang beli dengan kita, maknanya itu rezki kita. Kalau dia tak beli, mungkin itu rezki orang lain. So, berlapang dada dan senyumlah ..

Indahnya kehidupan ini jika kita pandang dari sudut mata lebah
 dan bukannya dari mata lalat 
sian lalat, jadi mangsa keadaan
sori ek lalat kalau ko baca post ni

(^_^)


Comments

:: CIKVIVA :: said…
Apa beza mata lebah dgn mata lalat?
Irfa said…
CV..
emm, ni 'kura2 dalam perahu' ke @ betul2 tak tahu?

mata lebah:
nampak bunga cantik dan madu manis je
maknanya dia nampak yang baik2 je

mata lalat:
lalat suka sampah, yang busuk dan buruk
maknanya dia cuma nampak yg buruk je

gitu
paridah said…
wah tokeh kecil ni akan jadi tokeh besar xlama lagi nih...gd luck irfa...kak dh beli kain2 utk raya lama dulu...lain kali boleh oder kat irfa pula...
Acik Erna said…
yang penting sabar dik..rezeki kita Allah dah tentukan
t.a.t.a said…
Semua baju kurung saya mesti jahit mata lalat. Padahal kat leher je pun bahagian dalam. Tapi tetap nak jahit juga.
Unknown said…
mak aku jahit sembat semua baju kurung aku.. bukan rembat..hahaha..
Nastyna said…
betui... I sendiri pun rather bayar lebih (sikit) pada yang servis bagus untuk barangan yang sama. U go Irfa, selamat maju jaya.
sarah said…
AISEYYY 2 hari tak baca blog, kak dah juai kain pasang plak yer...
izawani said…
Sedang menganalisa comment kat sini... apa kaitan mata lalat kat leher baju dengan mata lalat betul... hahaha...

Mak Su said…
:)

all the best to you, semoga terus sukses Hajar Closet :)

eh, tak jual nvl online ke?

;)
Irfa said…
TATA..
dulu2 mmg akak jahit mata lalat kt leher baju, sekarang dah malas
siap bgtau tailor, jaghir mesin pun xpe, bukan orang nampak pun
senang keje tailor

RAI..
ops lupa, ko penah citer, baju kurung mak yg beli kan ye, hihi

KAK IZAN..
hahaha, takde kaitan tp masih ada perkataan 'lalat'
Irfa said…
KAK PARIDAH..
kecik2 je kak, sbb minat
wah!awal buat baju raya, sy jugak masih tgh pilih corak, buntu sebab semuanya lawa
yg pasti raya nanti kami semua ber'cotton' je
nak order bgtau je
Irfa said…
KAK ERNA..
insha Allah, terus bersabar
Irfa said…
MAKSU..
belum lg jual novel Online
maksu nak jd supplier ke? boleh je :)
Irfa said…
SARAH..
dah lama jual tp kat blog lain
segan nak promote kat sini ;)
Irfa said…
MUMMY JJ..
hihi, itu yg ada customer ckp
terharu i dengar, nak kata servis tiptop sgt tu x berani jamin
tp cuba sehabis baik, moga semua puas hati
tq fr doa
Irfa said…
NURSHI..
haha, paksa LIKE sbb xde button UNLIKE ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...