sesapa yang penah datang Klia ni
tahu lah mana nak sarapan murah
* masa nak gi Medan tu hari, member di Medan kirim nasi lemak
pepagi tu gerai lom bukak,
aku beli nasi lemak ayam rendang di klia, rm29.90 sen untuk 4 bungkus*
nasi lemak dengan sambal, sehiris timun dan 1/4 telur rebus
pun bodo-bodo rm2.50 sen, itu belum tambah air lagi
tapi, semalam aku nampak iklan promosi kat tiang besar tu
*sebelum ni takde pun, baru lagi nih*
Breakfast Value Meal RM2
terpampang gambar nasi lemak bungkus dan teh o
dari parking lot ke terminal dah nampak tiang ni (tingkat 2) |
abaikan gambar blur tu, sebab snap pic sambil berjalan
seganlah nak ambik berdiri tegak depan tiang tu
nampak sangat i blogger sendu
dalam hati terfikir
'eh! biar betul, ada ke sarapan rm2 siap nasi lemak dan teh o rm2 kat klia nih?'
Pagi ni, kebetulan lalu situ, saja lah nak tengok
eh eh, memang ada lah
tapi masa bayar jadi RM2.10
aku tanya '10sen tu untuk apa dik?'
dia jawab '10 sen tu airport tax kak'
oh okey
sarapan bajet ni kat Food Garden Level 2 dari jam 7-11 pagi |
harganya agak okey setakat untuk sarapan siap dengan air
tapi takleh makan hari-hari lah
kang mengecut baju tak muat pakai
aku makan nasi lemak je, teh o tu aku bagi akak cleaner yang lap meja tadi
rasa nasi lemaknya boleh tahan jugak
# boleh tahan tu bukan sebab murah je
sebab ada jugak nasi lemak mahal tapi sambalnya hancus
okey tu je nak share
sarapan apa pagi ni?
Comments
Nasi lemak pun ada airport tax jugak ker???
Manalah tau kut kami terpaksa ambik flight pagi.. tahulah mana nak pi utk lapik perut.
sama2, tu lah niat sebenar saya share
kot sesapa nak sarapan murah boleh gi situ ;)
hehe, sila salahkan baju ye
eh! akak x tahu ke?
sy buat partime waktu lunch 1 jam
promote klia di mata dunia gitu, hahaha
boleh lah pegi kalau rasa nak makan nasi lemak murah
mcd n kfb di klia pun lebih mahal dr kat luar bila tambah airport tax
eh! sapa jual cotton mengecut tu?
so far akak jual insha Allah tak kejut, haha
ambik ko. sempat promosi gitu
alahai geli tekak dengar dipanggil adik
ni akak lah,,awak lagi muda ;)
menu sarapan murah ni baru wujud
sblom ni takde pun
bolehlah kak setakat lapik perut ;)
yg penting murah.haha
tu lah pasal, sib baik masuk toilet x kena bayar, hihi
tp penumpang still bayar airport tax termasuk ngan tolilet sekali lah ;)
sedap tu nasi kerabu, nak pulak siap ikan celup tepung dan solok lada
btw, dtg sini klik tabung uniten 3x, thank u (: